Oleh Betty
Subaryati am@hmetro.com.my
Kota Bharu:
Seramai 14 penduduk Kampung Pulau Kundur, Pantai Cahaya Bulan, di sini,
dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kundur malam tadi
kerana rumah mereka dilanda banjir berikutan air pasang besar.
Ketua Balai
Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Zaini Bidin berkata, lima anggotanya membantu
memindahkan mangsa selepas menerima panggilan kira-kira 9 malam.
"Dua
lori digerakkan ke sana turut memantau keadaan. Setakat ini keadaan masih
terkawal.
"Bagaimanapun,
14 mangsa yang menghuni empat rumah berdekatan pantai diminta berpindah atas
faktor keselamatan dan rumah mereka turut dimasuki air hampir setengah meter.
"Mereka
dipindahkan ke SK Kundur malam tadi," katanya ketika dihubungi di sini,
hari ini.
Sementara
itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Mukim
Pulau Kundur Nik Aziz Nik Musa berkata, penduduk tinggal berdekatan pantai
sudah biasa berhadapan fenomena itu.
"Tapi
biasanya air surut cepat, namun kali ini surut lambat kerana angin kencang dan
ombak tinggi.
"Atas
faktor keselamatan maka 14 penduduk berpindah," katanya yang memberitahu
rumahnya turut dimasuki air.
Artikel ini
disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 1:26 AM
http://www.hmetro.com.my/node/110058
Berikut kiriman gambar dari beberapa sahabat organisasi Al-Falah Kuala Krai, saudara Saufi Daud, dan lain-lain, yang menggambarkan air laut pasang sekitar PCB, dan Tumpat, Kelantan:
Air pasang besar: 72 penduduk dipindahkan
27 Januari
2016
KOTA BHARU -
Jumlah mangsa fenomena air pasang besar yang ditempatkan di pusat pemindahan
sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Kundur, Pantai Cahaya Bulan di sini,
hari ini meningkat kepada 72 orang berbanding 45 orang, semalam.
Pengarah
Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Zainuddin Hussin berkata, jumlah itu
membabitkan 17 keluarga dari Kampung Pulau Kundur yang rumah mereka rosak
akibat dilanda ombak besar.
"Ini
berikutan kesedaran penduduk kampung itu untuk mengambil langkah awal bagi
mengelak terdedah kepada risiko dilanda ombak besar seperti malam
semalam," katanya kepada kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Zainuddin
berkata, tindakan yang diambil penduduk itu amat dialu-alukan pihak berkuasa
memandangkan fenomena air pasang besar belum berakhir.
"Selain
bantuan makanan dan keperluan asas seperti selimut, mangsa turut mendapat
khidmat pengurusan trauma daripada beberapa pegawai perubatan dari Hospital
Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini," katanya.
Fenomena air
pasang besar yang berlaku sejak dua hari lalu menyebabkan kira-kira lapan rumah
rosak teruk manakala sebahagian besar lagi kediaman digenangi air laut. -
Bernama
Berikut adalah langit di sekitar PCB seminggu sebelum itu,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.