Dec 28, 2015

Pokok Tal



Pokok kelapa laut (Inggeris: coco de mer) (atau nama botaninya ialah Borassus flabellifera), juga dikenali dengan nama tal di Kelantan. Ia merupakan sejenis pokok palma spesis genus Lodoicea, yang dikatakan berasal dari Pulau Praslin dan Pulau Curieuse, Seychelles. Pokok tal juga terdapat di Thailand, India, Bangladesh dan Myanmar.

Ia biasanya (walaupun kini amat jarang) ditemui di batas sawah padi di pantai timur dan utara Semenanjung Malaysia. Ia merupakan antara tumbuhan yang menjadi sumber utama manisan (manisan tal)(yang dipetik dari keratan mayangnya). Air kelapa tal dari titisan air  dari kertan mayangnya juga boleh dijadikan air minuman (sama seperti air buah kelapa atau nira air kelapa). Daun tal boleh  digunakan untuk membuat kipas, atap rumah, tikar, topi, beg dan bakul.

Berikut pokok tal yang terdapat di kawasan lapang berhampiran  Muzium dan Galeri Tuanku  Fauziah, Universiti Sains Malaysia, kampus Minden, Pulau Pinang:





Dec 23, 2015

Taklimat/Kursus Kepada Pasukan Pakar Pentadbiran Tanah Kelantan

Pada isnin 21 Disember 2015, pihak Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan menjemput saya memberikan taklimat/kursus kepada sekumpulan 50 pegawai kanan yang dikumpulkan di bawah "Pasukan Pakar Pentadbiran Tanah". Tajuk yang diminta saya ketengahkan adalah "PENGURUSAN SURAT KUASA WAKIL".



Kandungan taklimat/kursus ini, antaranya:
a. Apakah Surat Kuasa Wakil dan kategorinya;
b. Sejarah Surat Kuasa Wakil;
c. Pemakaian Surat Kuasa Wakil;
d. Menulis, mengesah dan mendaftar Surat Kuasa Wakil;
e. Aplikasi dan isu dalam pentadbiran tanah.








Ahamdulillah, taklimat/kursus tersebut berjalan lancar, dan penuh dengan Q&A yang berkualiti tinggi. Semoga ia dapat dimemanfaatkan dalam menguruskan pentadbiran tanah dalam kes yang melibatkan Surat Kuasa Wakil.

Dec 18, 2015

Majlis Pelancaran Buku Terbitan Penerbit USM 2015

Pada pagi 18 Disember 2015, bertempat di Muzium & Galeri Tungku Fauziah, USM, Pulau Pinang, diadakan Majlis Pelancaran Buku Terbitan Penerbit USM 2015. Salah satunya, buku saya berjodol, "Bon Pelaksanaan Dalam Kontrak Pembinaan". Alhamdulillah,,,









Dec 17, 2015

KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE



"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun."

"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang."

"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apa lagi kamu."

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia."

"Doa di saat tahajud  adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."

"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”

"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan."

"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu.''

"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk  matamu."

Tetamu Baru Dan Istimewa

Pada 13 Disember 2015, sekitar 4.50 pagi, seekor tapir (tenuk) telah mengunjungi laman pondok kami. Ianya amat jinak, tanpa sikap agresif dan mudah disekati. 


Tapir (tenuk) (nama binomialnya tapirus indicus)(juga dikenali sebagai tenuk asia), sudah dua kali datang bersama anaknya ke kawasan Pondok Al-Huda ini untuk mencari makanan.  
Menurut kajian Mohd Khan bin Momin Khan, "Status and Action Plan of the Malayan Tapir (Tapirus indicus)," Tapirs: Status Survey and Conservation Action Plan, IUCN Tapir Specialist Group, 1997, hlm. 1, tenuk adalah haiwan vegetarian, dengan hidupnya memakan pucuk-pucuk serta daun kayu. Ia haiwan yang bergerak perlahan. Bagaimanapun, apabila diancam atau takut, tenuk mampu berlari pantas meskipun berbadan besar dan juga akan bertindak agresif mempertahankan dirinya dengan cengkaman kuat serta gigi yang tajam. Tenuk Malaysia berkomunikasi melalui decitan dan siulan.



Nota: Dalam hubungan di antara haiwan dan manusia, diperturunkan di bawah ini beberapa perkara berkaitannya daripada perspektif Islam:
Al-imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Umar ra dari Nabi S.A.W bersabda, "Seorang wanita dimasukan ke dalam neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi."
Dalam riwayat di dalam sahih al-Bukhari, "Seorang wanita diseksa kerana seekor kucing yang dia kurung sehingga mati. Dia masuk neraka kerananya. Dia tidak memberinya makan dan minum sewaktu mengurungnya. Dia tidak pula membiarkannya dia makan serangga bumi."
Sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda, “Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu.”
 Allah mengutuk orang yang menjadikan sesuatu yang bernyawa sebagai sasaran (yakni sasaran untuk memanah atau menembak untuk suka-suka).” Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadanya).” Hadith Riwayat Bukhari, Ahmad dan Ibnu Majah.
Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit.” Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.
Jabatan Mufti Negeri Perak. 2013. “Pemeliharaan Dan Penjagaan Haiwan Mengikut Perspektif Islam” memberikan pandangan berikut: http://mufti.perak.gov.my/arkib/26-artikel-fatwa/56-pemeliharaan-dan-penjagaan-haiwan-mengikut-perspektif-islam.html
Haiwan mempunyai peranan yang penting di dalam menyambung kitaran hidup alam ini. Haiwan di dalam alamnya yang tersendiri mempunyai perasaan, terasa bila disakiti dan mempunyai bahasa pertuturannya yang tersendiri serta bertasbih namun kita tidak memahaminya.”
Al-Qur’an:  Surah al-Isra’:  44 ada menyatakan bahawa, “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Hadis riwayat Buhkari dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sedang seorang Nabi telah berteduh di bawah sepohon pokok, ia digigit oleh seekor semut. Baginda memerintahkan agar mengemas barangan dan mengarahkan agar seluruh sarang semut itu dibakar. Allah SWT menegur perbuatan itu lantaran berfirman : Bukankah yang menggigit kamu itu hanya seekor semut!”
Hadis hasan, dari Mas’ud bin Abdullah, Rasulullah SAW bersabda, “Kasihanilah makhluk di bumi, nescaya anda dikasihani makhluk di langit.”
Orang Islam dilarang membunuh atau menyeksa binatang (kecuali gagak, helang, tikus dan anjing gila kerana ia  boleh mendatangkan memudaratkan). Satu hadis hasan, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang membunuh seekor burung secara sia-sia, maka burung itu akan mengadu kepada Allah pada hari kiamat, dan berkata: Wahai Tuhan ku si fulan membunuh ku secara sia-sia tanpa berdasarkan menafaat tertentu.”
NOTA: Entri di atas adalah sama seperti pada entri pada blog berikut:  http://mujahadah2012.blogspot.my/2015/12/tetamu-baru.html
di mana ia juga ditulis oleh saya (Abdul Aziz Hussin) pada 16 Disember 2015, atas kapasiti sebagai Penasihat Undang-undang Yayasan Kebajikan Mahfatim, Terengganu.

Dec 13, 2015

Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian)

Berikut adalah war-war di akgbar berkaitan Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian):





Gelagat Pelajar Semasa Sesi Pengajaran

Berikut rakaman gelagat para pelajar saya (yang saya rakam dalam beberapa sesi kuliah) yang mengambil kursus RMK 350: Undang-undang Pentadbiran pada sesi 2015:









Lawatan Pembelajaran Ke Kawasan "Warisan Pulau Pinang"

Pada 3 Disember 2015, saya dan para pelajar Sarjana Sains Pembangunan Pelancongan (MSc Tourism Development) mengadakan lawatan pembelajaran ke kawasan Warisan Pulau Pinang, di Georgetown. Gambar berikut dapat memberikan gambarannya:













Majlis Pelancaran Buku Terbitan ISDEV-DBP

Pada Rabu 9 Disember 2015, bertempat di Dewan Persidangan Universiti, USM, Pulau Pinang, diadakan upacara Majlis Pelancaran Buku terbitan bersama ISDEV dengan pihak DBP. Satu buku saya berjodol "PELANCONG DAN PELANCONGAN ISLAM" adalah salah satu daripada 15 jodol yang terlibat. Alhamdulilllah...semoga ia menambah koleksi "ilmu yang bermanfaat", InsyaAllah...