Sep 8, 2011

Di Kota London

Pada akhir tahun 1994, saya dan beberapa sahabat berpeluang melawat London (atas jasa baik Dr Mohd Tap Salleh (kini Dato')(big boss saya dahulu). Terima kasih Dr.
Diantara perkara yang masih menjadi kenangan saya dan sahabat saya ialah:
1. Kami tiba di London (suhu pada masa itu 0 darjah C), dari Frankfurt dengan penerbang terakhir (tengah malam) dan lapangan terbang Heathrow sudah sunyi. Kami bergegas untuk mengejar keretapi bawah tanah yang terakhir. Tapi, salah seorang sahabat saya pula perutnya meragam, dan berlari ke tandas. Saya menunggunya dan bagasinya dengan penuh debaran dan tegang (suspense)(dah dibahasamelayukan menjadi "suspen"). Kemudian kami terus menaiki keretapi tersebut, dimana di dalam gerabak tersebut, penumpangnya cuma kami empat orang dan seorang pegawai keretapi. Namun keretapi tersebut menamatkan perjalanan separuh jalan (di satu stesyen), dan kami bergegas mencari teksi untuk meneruskan perjalanan dan ke hotel penginapan di Russels Square.
2. Dalam bilik hotel, di bahagian dalam pintu utamanya terdapat notis berikut,
       "DO NOT HELP THIEVES HELP THEMSELVES"
3. Sewaktu makan pagi di kafe (cafe') hotel tersebut, yang disediakan percuma kepada penghuni, kami cuma makan roti dengan jem dan kopi o, kerana "tak berani" makan makanan lain yang ada kandungan daging. Ada kakitangan kafe yang merenung kami, dan terus bertanyakan nombor bilik dan lain-lain maklumat. Mungkin dia tak percaya kami penginap di hotel tersebut, dan mungkin bagi mendapatkan kepastian bahawa kami "layak" untuk makan percuma di situ.






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.