Semenjak di bangku sekolah rendah lagi saya mempunyai seorang sahabat yang amat rapat, dan saling membantu dalam pelajaran, saling berkunjung (walaupun jarak rumah kami lebih 1 kilometer, dan hanya berjalan kaki sahaja). Hubungan kami tidak putus dan sering kali saling bertanya kabar, walaupun telah tinggal berjauhan (rentas negeri), mempunyai keluarga sendiri dan sibuk kalut dengan tugas. Dia seorang yang baik perangainya, berbudi bahasa walaupun kelakar orangnya.
Beberapa tahun lepas hubungan saya dan beliau (bernama "Halim") terputus, dan nombor telefon rumah dan telefon bimbitnya telah "tiada dalam perkhidmatan". Kebetulan selang beberapa bulan selepas terputus hubungan, saya berkunjung ke kampung berkenaan (di kawasan Kuala Krai, Kelantan), dan saya berkunjung ke rumahnya... Alhamdulillah...dia ada, tetapi telah berpindah ke rumah baru yang terletak berhampiran rumah lamanya (rumah ibubapanya). Lantas saya bertanya:
Aziz: Eh, Halim, lama mu hilang... Aku telefon tak dapat...
Halim: Sebenarnya aku berada di penjara... Nombor telefon aku tukar sebab telefon dulu tu hilang.
Aziz: ????? (Sedikit terperanjat)... (Dalam hati berkata. apa la...kesalahan sahabat aku ni...)(macam mana aku nak tanya ni...)
Aziz: Halim, mu dok dalam perjara mana?
Halim: Penjara Pengkalan Chepa....
Aziz: (Errr...macam mana laaaa aku nak tanya ni...). Halim, mu masuk penjara tu kerana apa?
Halim: Aku dapat kontrak kerja membaiki bangunan di dalam Penjara Pengkalan Chepa. Jadi susah nak berulang-alik, dan aku dok dalam penjara tu di rumah seorang sahabat aku, seorang kakitangan penjara... Banyak masa aku dok dalam penjara tu la...
Aziz: !!!!!! Subhanallah..... Aku ingat mu buat apa...
Halim dan Aziz: ha ha ha ha...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.