Namun tak lama kemudian saya mendapat kiriman berita berlaku kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta yang dilanggar lori dari arah Ipoh ke arah Pulau Pinang. Kemalangan berlaku sekitar kawasan Kuala Kangsar pada sekitar jam 9 pagi.
NOTA: Bukannya nak melawan takdir Ilahi, tetapi sebagai ikhtiar... ALANGKAH BAIKNYA JIKA SETIAP KENDERAAN DILENGKAPI ALAT PEMADAM API....
Kes meningkat
setiap tahun
Menurut
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia, Yahaya Madis, kes yang melibatkan kereta terbakar di
negara ini meningkat setiap tahun.
“Untuk
rekod, pada tahun 2008 terdapat 2,101 kes melibatkan kebakaran kereta di
seluruh negara berbanding 2,052 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2006 pula
sebanyak 1,811 kes dicatatkan.
“Jika
melihat kepada bilangan kes, ia meningkat setiap tahun. Walaupun peningkatannya
tidak mendadak, ia perlu diberi perhatian serius kerana ia melibatkan nyawa,”
katanya.
Ujarnya
lagi, punca utama kebakaran kereta disebabkan oleh kemalangan iaitu pelanggaran
kereta dengan kereta atau jentera berat lain. Selain itu, kebocoran minyak
petrol juga menjadi punca.
Menyentuh
mengenai lokasi kejadian, Tuan Yahaya tidak dapat memberi penjelasan yang
spesifik kerana kemalangan yang melibatkan kebakaran kereta boleh berlaku di
mana-mana sahaja sama ada di lebuh raya, jalan persekutuan mahupun jalan
kampung.
“Tetapi
peratusan kes kemalangan kebakaran kereta yang menyebabkan kematian tidak
tinggi. Namun saya menasihatkan setiap pemilik kereta persendirian supaya
menyimpan alat pemadam api di dalam kenderaan masing-masing sebagai langkah
keselamatan.
“Bukan
mahal, beli alat pemadam api jenis natrium hidrogen karbonat/amonium sulfat
seberat tiga kilogram pada harga antara RM60 hingga RM80.
“Situasi
mungkin panik tetapi sekiranya kita bertindak pantas ia dapat menyelamatkan
jiwa dan juga harta seseorang,” ujarnya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_05.htm
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.