Jan 11, 2015

TAK SEMESTINYA DAPAT MAKAN...

Awal pagi ini,11 Januari 2014, ahad, saya mengelilingi (ronda-ronda) kampus Induk USM, untuk mencari makan pagi. Namun, lepas satu...satu..satu..tempat makan yang saya kunjungi, semuanya ditutup... Sambil memandu ke restoran nasi kandar (juga di dalam kampus), saya diselubungi rasa sedih, dan hati bercakap sendirian.."Tak semestinya aku yang ada kenderaan, ada wang, ada kemampuan, dan masih sihat ini, dapat memakan makanan, jika makanan tak ada..."

Begitulah juga para sahabat kita dan ahli warga Malaysia dan dunia ini.. Banyak cerita yang kita tahu, bahawa mereka itu kaya, berkuasa, tetapi tidak dapat menikmati makanan... Maha kaya Allah ta'ala..


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.