Dec 2, 2014

Kursus KECEMERLANGAN SEORANG PENJAWAT

Pada 29 Nov hingga 1 Disember 2014, saya mengendalikan satu kursus berjodol KECEMERLANGAN SEORANG PENJAWAT. Kursus ini anjuran Yayasan Berkanun Malaysia (Persatuan Badan-badan Berkanun Malaysia) yang diadakan di Hotel Seaviaw, Kuah, Langkawi. Seramai 11 peserta yang hadir yang tersiri daripada FINAS, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak, UPNM, Universiti Malaysia Pahang, dan NSR (National Specialist Register)

Tujuan kursus ini adalah:


  • Memahirkan peserta dengan gaya dan teknik pengurusan mantap untuk dirinya dan organisasinya
  • Meningkatkan kesedaran betapa pentingnya aspek kecemerlangan dan kewibawaan pada diri dan kesan positif daripadanya kepada organisasi dan Meningkatkan kemahiran dalam beberapa aspek praktis dan teknik mengurus diri dan organisasi yang cemerlang. 


Kandungan kursus ini adalah seperti berikut:


·   Taklimat Objektif, Keperluan pemantapan keterampilan diri dan organisasi

·   Keperluan Komunikasi Efektif

·   Aplikasi Konsep PENTERA

·   Aplikasi “Betul masa dan tempat”

·   Praktis “munasabah dan budibicara”

·   Meneroka ”Tanggapan”

·   Plan B

·   Analisis ”Logik”

·   Analogi dan penanda aras

Berikut gambar-gambar aktiviti kursus:











No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.