Jul 27, 2012

Mengurus Masa Berkualiti Petang Puasa

Pada bulan puasa ini, kebanyakan umat Islam akan cuba seupaya yang boleh untuk meningkat-memaksimakan kualiti: samaada ibadat, atau/dan juga pengisian masa. Namun, masa paling "kalut" dan perlu pula dimaksimakan, dan dengan itu perlu diuruskan dengan sebaik mungkin, adalah waktu diantara jam 7 petang-9 malam, kan?
Saya cadangkan diuruskan begini (berdasarkan apa yang saya lakukan....):

Pertama, pada sekitar jam 7 petang (bagi yang berada di Semenanjung Malaysia), ambil wuduk...dan kemudian mengaji (baca al-Qur'an), atau berselawat, atau berdoa, atau berzikir, atau kombinasi semua yang tersebut...
Kedua, apabila masuk azan maghrib, makan kurma 3 biji dan air suam, atau air zamzam, atau air susu segar tanpa gula... Kemudian berkumur/berus gigi (bagi mempastikan tidak tertelan sisa makanan semasa solat)
Ketiga, cepat-cepat tunaikan solat maghrib (seboleh-bolehnya berjemaah bersama ahli keluarga)...
Keempat, sambung makan sepatutnya...makan nasi..makan roti..makan apa-apa jer la yang sepatutnya... Jangan terlalu banyak, jangan terlalu kepelbagaiannya (sebab takut keracunan makanan, membazir, mendatangkan mudarat, dan sebagainya. Lagipun perut kita ni bukannya tong sampah yang boleh "dicampakkan apa-apa jer ke dalamnya, kan?)
Kelima, rehat sekejap (kejap jer, tau!)...dan,
Keenam, ambil wuduk, dan terus pergi untuk solat isya' berjemaah dan diikuti terawikh (dan witir) di Masjid/surau...

Kalau diuruskan masa macam tu, biasanya tak la jadi "kalut" atau "kelam-kabut"..., atau tertinggal/hampir terlucut solat maghrib (sebab kalu jadi macam tu, macam sia-sia sahaja berpuasa... orang puteh kata, "defeat the purpose", kan?...), dan disamping itu, sempat pula solat terawikh berjemaah di surau/masjid... Jadi, MASA KITA PUN TERURUS, serta DAPAT DIMAKSIMAKAN PENGISIAN DAN KUALITINYA.

SELAMAT MENYAMBUNG IBADAT PUASA. SEMOGA PUASA KITA DITERIMA ALLAH SEMAKSIMANYA, sebab kita tak tau, mungkin ini puasa kita yang terakhir sebelum kita dipanggil pulang menghadapNya...

SALAM KEMAAFAN DARIPADA SAYA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.