1. Bapak beca ini menyusur kota mencari pelanggan. Saya berkesempatan menaiki beca ini, iaitu dari hotel Everbright, Jln. Raya Manyarkertoarjo 44 ke kampus Universitas Airlangga (Kampus B, Airlangga), dan upah/tambangnya RP15,000 (sekitar RM5)(jaraknya sekitar 4 kilometer)
2. "Sukarelawan" mengawal kenderaan di satu persimpangan dan Pusing-U di Jln. Raya Manyarkertoarjo 44. Dia menerima upah daripada mana-mana pemandu kenderaan yang sudi menghulurkannya. Saya perhatikan, banyak yang tak menghulurkan, berbanding sedikit sahaja yang menghulurkan. Kebanyakan yang menghulurkan "upah" adalah pemandu kenderaan berjenis "sederhana". Pemandu kereta mewah tak ada yang memberinya (mungkin pemandunya bukan tuanpunya kenderaan tersebut).
Ini adalah dua orang daripada mereka yang bekerja di simpang tersebut secara bergilir-gilir, dengan setiap orang melaksanakan kerja sekitar 2 jam. Mereka memberitahu, dalam sehari mereka memperoleh pendapatan sekitar RP10,00-20,000. Mereka ini bukan bekerja sepenuh masa. Salah seorang adalah "budak pejabat" sebuah firma, dan seorang lagi adalah penjaga rumah pangsa.
3. Menjalankan perniagaan mengambil upah membaiki (menampal, menjahit koyakan dll.) pakaian, di tepi jalan. Terlupa saya untuk bertanya, "Bapak bisa mengambil upah menjahit pakaian baru?", he he he...
4. Tukang membaiki motorsikal di tepi jalan. Jadi, kalau penunggang menghadapi masaalah membaiki motosikal, mereka mudah mendapatkan khidmat membaikinya.
4. Menghiburkan penumpang, sebelum bas bergerak (di Terminal Bas Bratang, Surabaya)
5. Memberikan taklimat berkaitan kapal selam (Muzium Kapal Selam)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.