Jul 30, 2012

Petai belalang (Leucaena leucocephala)

Petai belalang (nama saintifiknya Leucaena leucocephala). Ia sejenis pokok liar dan banyak terdapat di dalam semak. Jika kita menaiki keretapi pun, kita akan temui banyak pokok ini tumbuh membiak di kiri kanan jalan keretapi.

Daun pokok ini boleh dijadikan makanan haiwan...psst, tapi belalng sendiri pun saya lihat jarang yang memakan daun petang ni, he he... Jadi mungkin ia bukanlah daun kegemaran belalang, walaupun namanya, "petai belalang". Nujum Pak Belalang (salah satu filem lakonan P. Ramlee) pun tak la pula mengetengahkan petai belalang...

Namun buah petai ini, terutama yang belum menjadi tua kehitaman/kekelabuan (?), adalah bermanfaat bagi tujuan berikut:
Pertama, untuk makanan, iaitu dijadikan ulam yang enak/sedap, di cicah ngan sambal, budu, dll.  Buah yang muda tu boleh dimakan terus bersama kepingan kulitnya. Malah pucuk petai belalang ini juga sedap dibuat ulam, atau dimasukkan dalam ramuan kerabu bagi nasi kerabu, atau ulaman tambahan bagi kerabu untuk laksa/laksam Kelantan. Sedap juga. Di setengah-setengah tempat, bijinya diproses untuk dibuat tempe.
Kedua, buah petai belalang itu juga dijadikan penawar penyakit, termasuk kencing manis (itu petua orang tua-tua la). Caranya, buah petang itu dikisar halus dijadikan jus tanpa gula dan diminum pada awal pagi dan malam (sebelum tidor). Apa salahnya berikhtiar, kan? Dan selebihnya Allah yang akan tentukan. Ada juga yang memberi petua untuk penawar kencing manis dengan cara mengisar daun, buah, kulit dan akar petai belalang ini, dan diminum. Cuba la...insyaAllah...

DENGAN ITU, JANGANLAH SENANG-SENANG MEMUSNAHKAN POKOK-POKOK PETAI BELALANG INI, YANG MENJADI SATU LAGI KHAZANAH ALAM YANG ALLAH SEDIAKAN, . ...KERANA BANYAK KHASIAT DAN GUNANYA....



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.