Lembu
Kerbau
Kambing (termasuk kambing gurun)
Babi/khinzir
Beruang
Kucing (peliharaan atau yang liar)
Beruk, monyet, kera, lotong
Burung (termasuk burung hantu)
Kura-kura, tenggiling dan seumpamanya
Ular
Gajah
Harimau (termasuk harimau bintang, harimau akar)
Seladang
Kancil (termasuk napoh, arnab)
Rusa
Katak...dan lain-lain...
Namun, terdapat juga kadang-kala tanda isyarat "Haiwan Liar Melintas", kan?
Walaupun nampaknya agak ganjil, tetapi banyak juga kemalangan yang berlaku, termasuk kemalangan maut yang melibatkan haiwan. Misalnya:
ALOR GAJAH – Kegembiraan sebuah keluarga meraikan kepulangan seorang ahli keluarga mereka dari Jepun bertukar tragedi apabila dua daripadanya maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang mereka naiki merempuh seekor lembu semalam. Kejadian pukul 1.20 pagi di Kilometer 213 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat itu mengorbankan guru Sekolah Kebangsaan ….. dan anak bongsunya…. Jurucakap polis berkata, ketika kejadian empat beranak itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Simpang Renggam selepas menjemput …. “Sebaik sampai di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas menyebabkan … hilang kawalan. Ekoran itu, kereta yang mereka naiki terbalik di atas penghadang jalan menyebabkan … dan …,” katanya di sini semalam.
Sumber: KOSMO http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0806&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm [6 Ogos 2012/17 Ramadan 1433]
Bangkai
bergelimpangan
4 September 2012
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/bangkai-bergelimpangan-1.81589
RANTAU PANJANG - Sebanyak 10
bangkai biri-biri bergelimpangan di bahu kiri dan kanan jalan di hadapan
sekolah agama di sini, malam kelmarin, dipercayai dilanggar kenderaan berat.
Kejadian dipercayai berlaku
kira-kira jam 10 malam ketika hujan lebat dan keadaan di situ agak gelap. Haiwan
tersebut dipercayai dilanggar kenderaan berat berdasarkan jarak yang jauh
antara satu sama lain. Perkara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan
masyarakat setempat memandangkan kemalangan disebabkan haiwan ternakan begitu
kerap berlaku sejak akhir-akhir ini. Seorang penduduk dikenali Mat, 48,
berkata, masalah ternakan berkeliaran di sekitar Rantau Panjang bukan lagi
perkara baru. Dia sendiri sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak
bertanggungjawab supaya turun padang
seterusnya menangkap haiwan tersebut. Menurutnya pihak terbabit patut lebih
kerap membuat operasi supaya pemilik lebih berhati-hati.
“Pemilik ternakan kebanyakan
hanya membiarkan ternakan berkeliaran di merata tempat.
“’Keadaan ini membahayakan pengguna jalan,” katanya.
Mat berkata, pekan Rantau Panjang sendiri turut menjadi tumpuan ternakan
sehingga mengganggu pengunjung membeli belah. Menurutnya, keadaan ini cukup
memalukan masyarakat setempat kerana pekan ini sentiasa dikunjungi pengunjung
sama ada dari dalam atau luar Kelantan.
“Justeru, saya mengharapkan pihak berkuasa lebih kerap membuat operasi
menangkap ternakan berkeliaran di atas jalan.
“Saya yakin jika operasi berterusan, pemilik tidak akan sewenang-wenangnya
melepaskan ternakan mereka,” katanya.
Cuba baca cerita-cerita di dalam keratan akhbar di bawah ini pula...
Motosikal dirempuh babi
hutan
Wartawan Sinar Harian
26 September 2012
26 September 2012
Nur Arizah melihat keadaan Firas di rumah mereka di Kampung Sungai Buntu.
PONTIAN
– Seorang murid tadika patah bahu dan lengan kanan serta terpaksa menerima tiga
jahitan di kepala apabila motosikal dinaiki bersama bapanya dirempuh seekor
babi hutan yang tiba-tiba melintas di Kampung Sungai Buntu, Penerok, dekat
sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, Mohd
Fakhrurazi Tukiman, 33, dalam perjalanan menghantar anaknya, Firas Nor Hanisya
Aini, 4 ke sekolah tadika. Dia yang bertugas sebagai penyelia di Kolej
Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ) berkata, ketika sedang melalui jalan itu,
tiba-tiba seekor babi hutan keluar dari kawasan semak dan parit di bahu jalan
yang kemudiannya merempuh motosikal yang ditunggangnya.
“Seekor
babi hutan sebesar anak lembu yang secara tiba-tiba keluar dari kawasan semak
merempuh tepi motosikal menyebabkan saya dan anak jatuh tersembam di atas jalan
raya.
“Saya
terus bangun menarik Firas, meskipun kaki saya ketika itu terasa sakit akibat
dihempap motosikal,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai
Buntu, di sini, semalam.
Mohd
Fakhrurazi berkata, dia segera ke Pusat Kesihatan Penerok yang terletak tidak
jauh dari tempat kejadian untuk mendapatkan rawatan.
“Mujur
ketika itu motosikal saya masih boleh bergerak, dan saya segera bawa anak untuk
mendapatkan rawatan.
“Selepas
imbasan x-ray dilakukan, saya diberitahu lengan dan bahu anak saya patah serta
dia perlu menerima tiga jahitan di bahagian kepala,” katanya yang turut
mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan dan terseliuh di kaki.
Katanya,
anaknya itu juga perlu menjalani rawatan susulan bersama doktor pakar Hospital
Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Terkejut
suami, anak kemalangan
Bagi
isterinya, Nur Arizah Yahya, 34, dia tidak sangka kejadian malang itu menimpa suami dan anaknya
memandangkan mereka sudah biasa melalui jalan itu untuk ke sekolah dan tempat
kerja.
“Saya
terkejut apabila diberitahu suami melalui telefon kira-kira jam 7.50 pagi, dia
dan anak terlibat kemalangan akibat dirempuh babi hutan dan meminta saya ke
pusat kesihatan,” katanya yang bekerja sebagai Pembantu Pra Sekolah di Sekolah
Kebangsaan (SK) Serkat. Katanya, tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan
kejadian sama berlaku pada masa hadapan.
“Masalah
babi hutan di sini bukan sesuatu yang baru, malah ramai penduduk kampung yang
telah terserempak dan dilanggar babi hutan,” katanya.
NIBONG
TEBAL: Suasana di Kilometer 166.2 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan
berhampiran susur keluar Plaza Tol Bandar Baharu, di sini, malam kelmarin,
gempar dan cemas apabila beberapa lembu tiba-tiba melintas lebuh raya
menyebabkan beberapa kenderaan rosak akibat terlanggar haiwan berkenaan. Dalam
kejadian jam 10.17 malam itu, sebuah lori membawa lembu terbabas selepas tayar
hadapannya pecah lalu melanggar pembahagi jalan sebelum 12 daripada 16 ekor
lembu yang dibawa terlepas menyebabkan enam daripadanya mati dilanggar ketika
cuba lari. Pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Mad, 27, berkata dia dalam
perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Skudai, Johor untuk menghantar
bekalan lembu yang dipesan pelanggan.
Artikel ini disiarkan Harian Metro pada 2 Oktober 2012
http://www.hmetro.com.my/articles/Enamlembumatidilanggar/Article
Berikut adalah satu kemalangan maut melibatkan seekor kera yang melintas jalan. Gambar ini saya ambil pada sekitar jam 10.30 pagi, 28 September 2012 di jalan ke Kompleks Sekolah-sekolah di Bandar Baru Gua Musang, Kelantan. Semasa saya tiba, saya dapati darah masih belum beku, dan masih mengalir merah...menunjukkan kera tersebut baru sahaja dilanggar dan mati...
Afrika Selatan, Isnin 6 September 2010: Sebanyak 136 ekor ulat bulu berkonvoi beratur rapat sepanjang 17 kaki membuatkan pemandu kenderaan pelancong terlihat peristiwa aneh itu lalu memberhentikan kenderaannya selama 20 minit untuk memberi laluan kepada ulat-ulat tersebut. Jamie Rooney,38, bersama pelancong-pelancong lain dalam perjalanan dari melawat Kruger National Park , Afrika Selatan sempat merakam periistiwa aneh itu. Ulat-ulat bulu ini berpindah daripada tempat ia menetas menuju ke belukar kemudian berpecah ke haluan masing-masing menjadi kepompong sementara menunggu masa untuk berubah menjadi seekor rama-rama yang cantik. Tindakan ulat-ulat bulu ini berbaris panjang telah menyelamatkan mereka daripada maut dilanggar kenderaan. "Berhati-hati dan bersopan di jalan raya dapat mengelakkan tragedi yang tiada sesiapa mengingini". SubhanAllah
NOTA: Cerita di atas diemailkan kepada saya oleh Sdra Cikgu Izani Daud pada akhir tahun lepas. Terima kasih, cikgu...
Malah panduan kita dalam meneruskan perjalanan dan kaitannya dengan sifat/sikap berhemat terhadap haiwan di jalan ini turut dinyatakan di dalam Al-Qur'an:
Diceritakan bahawa: Nabi Allah Sulaiman (a.s.) telah menghimpunkan bala tenteranya yang terdiri daripada makhluk jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (masing-masing dalam barisan tertentu). Apabila bala tentera ini tiba di suatu lembah, terdapat sekumpulan semut yang berada di hadapan mereka di laluan tersebut. Maka ketua kepada semut-semut ini segera menyeru ahli-ahlinya: ”Hei semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu segera agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, kerana mereka tidak menyedari kita”. Nabi Sulaiman yang mendengar seruan tersebut kemudiannya tersenyum dan tertawa, dan terus baginda berdoa: ”Ya Allah, limpahkan kepadaku kurnia agar aku mensyukuri nikmat-Mu yang telah Kamu anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibubapa; kurniakanlah padaku hingga aku dapat mengerjakan amal soleh yang Kamu redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Al-Qur’an, surah An-Naml: 16-19).
Yang banyak berlaku adalah, katak mati kena pijak oleh kenderaan, yang betul-betul "mati katak"
Ada satu kejadian, semasa saya sedang menumpang kereta seorang sahabat, seekor burung dengan tiba-tiba melayang meluru laju, dan terus menghentam cermin besar hadapan kereta tersebut, dan mati melekat di celah bonet hadapan berhampiran cermin besar.
Pada 4 Mac 2012, saya dari Pulau Pinang ke arah Tumpat. Kelantan, bagi satu tugasan penyelidikan, saya sedang memandu bersendirian di jalanraya Timur-Barat. Pada sekitar jam 3.30 petang, saya tiba di sekitar 10 km selepas simapang RPS Air Banum (selepas Pulau Banding, Perak), saya terserempak di hadapan saya, seekor harimau yang berjalan perlahan, dan berhenti seketika dan melihat ke arah saya, dan saya pun memperlahankan kenderaan saya, dan harimau tersebut dengan "lenggang lenggok" (bukan melompat atau berlari) melintas jalan... Saya berhenti melihat telatahnya dengan senyum sahaja (sebab saya memang merasakan kehadirannya bukan membahayakan saya. Lagipun semasa tersebut saya memandu kenderaan yang agak besar). Saya ingin merakam gambarnya, tetapi baru saya teringat kamera saya berada di dalam bonet.. Tak kan la saya nak turun dan pergi ke bonet kereta, dan beritau harimau tu, "Mau, mua,...berhenti sat no, tunggu yer, saya nak ambik gambar kamu...". he he he... Bila saya beritau seorang ahli keluarga saya hal tersebut, dia pun berkata, "Naper tak guna kamera telefon bimbit?". Ops, saya terlupa la...!!!!
Pada 16 Mei 2012, sekitar jam 4 petang, semasa saya memandu dari Jeli, Kelantan (dalam perjalanan pulang daripada berceramah di USM Kubang Kerian, Kelantan) ke arah Gerik, saya tiba di sekitar 2 km sebelum R&R Gerik. Saya ternampak seekor kera dalam jarak 100 meter, sedang melintas laju dari arah kiri ke arah kanan jalan. Saya memperlahan kenderaan, dan setelah pasti dia tidak kelihatan lagi, saya melajukan semula memandu, tetapi tiba-tiba, kera tadi berpatah balik dari arah kanan ke arah kiri jalan dengan mengonggong sebiji buah mempelam kampung... Ia melintas laju di hadapan saya yang sudah terlalu dekat dengan kenderaan saya...dan saya cuba membrek untuk mengelak daripada terlanggarnya, namun sudah terlambat... Saya tak dapat mengelak ke kanan jalan kerana pada masa tersebut terdapat sebuah lori yang datang dari hadapan saya. Saya terpijak kera tersebut...kruuk buuk....bunyinya. Saya berhenti melihat...Badannya hancur...Buah mempelam tadi masih melekat di dalam mulutnya.... Ya Allah..., saya kesal sangat atas kejadian tersebut... Semoga Allah mengampunkan saya...
Pada November 2010 (sekitar jam 4 pagi), saya terserempak dengan sekumpulan 5 ekor gajah di jalanraya Gua Musang-Cameron Highlands. Mereka cuma menggunakan tepi jalan untuk lalu, dan tidak la mula cuba menghalang kenderaan saya...alhamdulillah...
Pada 28 Februari 2018 sekitar Km 17 Jalan Gua Musang/Cameron Highlands, yang terserempak dengan seekor haiwan (babi) yang baru sahaja dilanggar kenderaan. Ia nampaknya mati serta merta dengan berlumuran darah yang keluar dari mulutnya. Kesian...
APAPUN, SAYA BERPESAN KEPADA DIRI SAYA SENDIRI DAN SAUDARA SEMUA, KITA SAMA-SAMA BERHATI-HATI, BUKAN SAHAJA TERHADAP KENDERAAN ATAU ORANG LAIN, TETAPI JUGA TERHADAP SATU LAGI MAKHLUK ALLAH, BERNAMA "HAIWAN". Jika berlaku kemalangan, mungkin ia meragut nyawa haiwan tersebut, DAN/ATAU, mungkin juga meragut nyawa pemandu/penumpang kenderaan yang melanggarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.