Diantara jalan raya yang biasanya kita akan temui etnik Orang Asli adalah jalan Gua Musang-Kampung Raja, Cameron Highlands-Simpang Pulai, Ipoh. Kita akan temui, antaranya, penempatan dan penempatan semula, sekolah, dan pusat komuniti yang disediakan untuk mereka.
Mereka juga mencuba nasib mencari rezeki dengan mendirikan gerai-gerai di tepi jalan raya untuk menjual buahan (rambutan, durian, petai, pisang, dan lain-lain), dan juga lain-lain hasil hutan seperti madu (madu lebah, kelulut), rebung, buluh, dan lain-lain...
Pernah juga saya singgah membeli madu (madu kelulut), yang apabila saya tanya, "Berapa harga sebotol?", Mereka menjawab, "30 ringgit", dan bila saya kata, "oit..mahalnya...", mereka pun menurunkan harga kepada RM25. Setelah membayar harganya, saya meminta izin untuk mengambil gambar mereka...
Saya juga pernah membeli rebung, petai, dan lain-lain
Saya berpandangan, usaha gigih mereka untuk mencari rezeki secara berdikari perlulah disokong sepenuhnya terutama oleh agensi-agensi berkaitan, seperti Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)(dahulunya dikenali "Jabatan Hal Ehwal Orang Asli")(JHEOA)(dan sebelum tu pula dikenali "Jabatan Orang Asli")(JOA), Jabatan Perhutanan Negeri-negeri berkaitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majils-majlis Ugama Islam Negeri-negeri berkaitan, Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan, Pejabat Tanah dan Derah berkaitan, dan seumpamanya, dan pengguna jalan raya sendiri (ini yang utama, sebab itulah mereka mendirikan pondok di tepi jalan, kan?). Contohnya, dalam menyediakan tempat (pondok yang unik, menarik, dan sesuai dengan fungsinya, selamat dan selesa untuk penguna/pelanggan berhenti (sebab saya dapati kebanyakannya kini didirikan di kawasan garisan berkembar: yang maksudnya di kawasan jalan yang merbahaya seperti selekoh, bukit dan seumpamanya (Lihat gambar-gambar di atas)), mengawal mutu produk/hasil jualan (dan harga? serta keaslian?), pemasaran, menjadi produk pelancongan, dan lain-lain lagi.
Saya mencadangkan diwujudkan PUSAT TRANSFORMASI & INTEGRASI ORANG ASLI (bagi mengabungkan usaha pelbagai organisasi/institusi/jabatan/agensi, mengambil langkah dalam bentuk inisiatif-proaktif, berkesinambungan, berhubung-rangkai-rantai, bersifat menyokong-mendokong, memudahcara, dan seumpamanya), yang MERANGKUMI SEMUA BIDANG YANG RELEVAN.
APAPUN, YANG PENTING DAN UTAMA ADALAH: BANTULAH MEREKA, WALAUPUN MUNGKIN MEREKA BELUM (ATAU TAK MAMPU) MEMBERITAHU, "BANTULAH KAMI".
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.