Sejarah Dinamakan “Ayat
1000 Dinar”
Pada zaman dahulu ada
seorang pedagang lelaki di sebuah negara di Timur Tengah yang bermimpi
didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah
wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang
itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang
itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan.
Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu
Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk
diamalkan. Ayat tersebut adalah seperti berikut:
"Barangsiapa
bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan
memberi rezeki kepadanya (daripada sumber) yang tidak di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang
bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (dalam segalanya). Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan
ketentuan bagi setiap sesuatu.”
Maka beramallah pedagang dengan ayat berkenaan. Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir. Kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak dengan kuatnya. Namun pedagang tidak putus-putus membaca ayat tersebut, sehingga sampai satu ketika kapal itu pun karam dan semua anak kapal mati lemas, kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut. Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar “Ayat 1000 dinar”.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.