Sep 30, 2012

Pulut Berkelapa+Ikan Goreng

Biasa tak makan nasi pulut yang digaulkan dengan kelapa, dengan ikan goreng dan ikan kering goreng?
Ia makanan kegemaran kebanyakan penduduk Selatan Thailand dan juga negeri-negeri di pantai timur, terutama Kelantan. Pernah juga saya terjumpa makanan ni dijual di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Emmm...., tetapi hampir semua penjualnya adalah sama ada orang Thailand atau orang Kelantan, dan para pemakannya pun saya agak berasal atau pernak lama bertugas dari tempat yang sama, he he he...
Nak tau cara menyediakannya?
Pulut ditanak atau dikukus
Ikan basah tu pula yang sesuai adalah ikan kembung. Selepas dibersihkan, ikan tadi disapukan dengan garam yang dicampur kunyit dan sedikit serbuk perasa. Kemudian digoreng separuh rangup. Selepas dikeluarkan dari kuali, terus pula menggoreng ikan kering (seeloknya ikan tamban atau cencaru) dengan menggunakan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan basah tadi.
Kalau nak tambah lauk dengan daging bakar/goreng atau hati lembu bakar/goreng pun, boleh ajer...
Pulut tadi kemudiannya dimasukkan ke dalam pinggan. Taburkan kelapa parut putih dan gaulkan (sebelum atau semasa nak makan).
Dannnn...., tunggu apa lagi????


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.