Sep 7, 2015

Dato' Arifin Said Kembali Ke Rahmatullah

Dato' Arifin Said (yang lebih selesa dipanggil "Abe Fin") adalah bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan pada akhir 1970an, yang sebelum itu adalah Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang pertama, dan sebelum itu lagi adalah Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Sekitar tahun 1990an beliau menjawat jawatan Pengerusi KESEDAR. Saya berpengalaman berkhidmat di bawah beliau semasa saya menjadi Pegawai Undang-undang KESEDAR. Beliau seorang yang tegas, dan begitu juga saya. Pada peringkat permulaan, beliau "kurang meminati" saya. Namun setelah bersemuka dan mengenali hati budi dan prinsip masing-masing, kami menjadi pasangan yang akrab. Banyak kali juga beliau meluahkan kisah dan perkara peribadinya kepada saya, dan ada beberapa kali beliau "secara tidak langsung, menyelamatkan saya daripada perangkap tertentu". Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Syarikat Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB) dimana saya menjawat jawatan Penasihat Undang-undangnya.
Saya kerap juga menyediakan Kertas Lembaga Pengarah KPSB dan Lembaga KESEDAR. Kerap saya diberitahu, apabila beliau meyemak kertas-kertas Lembaga dan Lembaga Pengarah, beliau secara spontan akan berkata, "Hah, yang ini mesti Aziz yang buat..." dan ada juga beliau berkata, "Aziz ni banyak jugak buat kertas Lembaga"
Setelah saya meninggalkan KESEDAR awal tahun 1999, hubungan kami telah terputus (tanpa disedari). Ada sekali saya pernah singgah di rumahnya, cuma seseorang memberitahu, "Dato' tidor.."
Pada 22 Ogos 2015, beberapa sahabat lama mengirimkan gambar mereka menziarahi Dato' Arifin yang uzur, di Hospital. Disusuli pula lawatan para sahabat pada 29 Ogos 2015 di Hospital Raja Perempuan Zainab (RPZ), Kota Bharu.



Sekitar jam 4.30 pagi, 4 September 2015 (jumaat), Dato' Arifin menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab (RPZ), Kota Bharu...
Jenazah beliau dikebumikan selepas solat jumaat, di Perkuburan Kubur Lada, Wakaf Bharu, Kelantan.





Saya memaafkan dan menghalalkan Dato', atas segalanya. Terima kasih atas segala bantuan, tunjuk ajar dan tindakan Dato' yang menyokong saya. Semoga Allah memberkati usaha murni Dato'...dan Dato' ditempatkan bersama-sama orang-orang yang diredho'i Allah SWT....

Di bawah ini gambar kenangan satu Majlis Perasmian yang dihadiri oleh Dato Arifin bersama pegawai-pegawai KESEDAR



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.