Kes Pertama:
Dua hari lepas, iaitu 31 Mei 2011, dilaporkan di dalam akhbar dan juga televisyen bahawa sebuah lori yang membawa muatan beras telah terbalik di lebuhraya Utara-Selatan, kerana tayar depannya pecah. Dilaporkan ada ramai pemandu yang singgah dan mencuri beras, sebelum pihak PLUS dan pemilik beras datang mencegah perbuatan tersebut. Kita pun tahu bahawa itu bukan beras kita, dan ia berada di situ kerana kemalangan. Namun, sifat baik kita (saya percaya begitu), tiba-tiba berubah menjadi pencuri beras, apabila ada "peluang" sedemikian. Mudahnya kita berubah daripada sifat baik, kepada pencuri (atau cuba mencuri).
Yang saya catatkan di atas, bukanlah satu-satunya kes sedemikian. Ada banyak lagi kes, misalnya kes lori yang membawa muatan limau terbalik, dan orang berdekatan termasuk pemandu (dan penumpang) yang lalu turut berebut "rezeki" haram. lori yang membawa ayam yang terbalik pun menerima nasib yang sama. Pernah lori yang membawa petrol yang terbalik pun masih ramai yang berebut "petrol percuma". Mungkin kalau lori yang membawa daging yang terbalik pun akan ada orang berdekatan dan pemandu yang singgah mengambil daging "percuma", tanpa memeriksa daging itu daging apa.. (silap haribulan, selepas makan baru mereka tahu mereka mencuri dan memakan daging khinzir). Begitulah, mudahnya kita berubah menjadi orang yang hilang pertimbangan....

Kes Kedua:
Ada orang datang (datang secara bersemuka, atau "datang" melalui email, dan lain-lain) menemui kita menyatakan dia sedang mencari rakan pelaburan. Katanya, pelaburan itu amat menguntungkan, dan berjela-jelalah penerangan yang diberikannya, dan kita pun terkebil-kebil mendengar penerangan yang memukau fikiran. Kita pun akhirnya bersetuju melabur (RM100, atau RM1000. atau RM10000, atau...). Kita pun memberikan nombor akaun bank kita. "Rakan pelabur" tagi pun berlalu, dan kita pun menunggu, dan menunggu...dan menunggu...dan menunggu...dan akhirnya barulah kita sedar, kita telah TERTIPU! Mudahnya kita memberikannya wang sebanyak itu, tanpa terfikir, atau berfikir panjang, mentelaah, dan menira, serta bertanya, antaranya:
1. Dalam seramai orang di dunia ni, kenapa anda datang menemui saya untuk dijadikan rakan pelaburan anda?
2. Kalau perniagaan/pelaburan tersebut amat menguntungkan, dan menjanjikan pulangan besar, adakah SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT, ORANG RAPAT anda sudah melabur? Dan kemudiannya barulah anda datang menemui saya...
3. Siapakah anda? Sudahkah diselidiki sedalam-dalamnya dan daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai tentang siapa dia, tinggal dimana, perniagaannya, dan sebagainya..
Mudahnya kita kita berubah kerana terpukau dan kerana $$$$$$$, kan?
Kes Ketiga:
Semasa kita kesempitan kewangan (untuk makan, belajar, berniaga, dan lain-lainnya), kita pun berusaha mendapatkan pinjaman (daripada rakan, teman sepejabat, kedai runcit, bank, PTPTN, MARA, TEKUN dan sebagainya). Kita pun amat gembira dan selesa kerana kita mendapat bantuan yang dihajati. Namun, apabila kita sudah lega, selesa, ada pendapatan lumayan, perniagaan maju, KITA SECARA SELAMBA DAN PENUH RASA TIDAK BERSALAH, enggan membayar hutang. Malah bersedia ke tahap "bermusuh" dengan orang/pihak yang membantu kita. Mudahnya kita berubah menjadi seorang yang tidak mengenang budi dan mungkir janji....
Kes Keempat:
Beberapa tahun yang lalu, saya terserempak dengan seorang rakan lama, di suatu tempat yang mewah. Saya menegurnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun dia cuma berjabat salam sambil lalu dan terus berbual dengan rakan-rakannya yang saya nampak hebat-hebat belaka. Dia dan rakan-rakannya terus beredar..... Dia pun memang sudah kaya dan berjawatan besar. Namun, sebelum dia menjadi kaya dan menjadi "orang besar", saya adalah diantara orang-orang yang pernah membantunya, dalam kewangan dan sebagainya. Bukan saya ingin mengungkit, tetapi terasa aib dan kecewa yang teramat sangat apabila dia melakukan adegan sedemikian terhadap saya, di hadapan rakan-rakannya. Mudahnya kita berubah.....
Kes Kelima:
Kita terima sms yang mencatatkan lebih kurang seperti berikut:
"Jangan delete sms ini! Pada suatu malam, Sheikh Ahmad bermimpi dia berada di tepi Kaabah, dan dia melihat Rasulullah (saw) berada di sisinya dan berpesan supaya membaca selawat kepadanya 20 kali, dan meminta disebarkan kepada 20 orang. Jika disebarkan segera maka dalam 20 hari orang itu akan mendapat banyak kebaikan, dan jika tidak disebarkan maka orang itu akan mendapat bala"
Kita pun terus menyebarkan kepada 20 orang, dan orang yang menerima seterusnya akan melakukan perkara yang sama, dan begitu juga kumpulan orang berikutnya. Mungkin kita sendiri tidak sempat membaca selawat sebelum menyebarkan sms itu kerana "takut bala" menimpa. Kita juga tidak memeriksa, "Siapa Sheikh Ahmad"?, "Betulkah cerita itu"?, "Bila kejadian itu berlaku"?, dan benarkah jika sesuatu perbuatan yang hukum asalnya sunat (itu berselawat ke atas Nabi saw) jika tidak dilakukan, maka akan mendapat bala? Tidak terfikirkah bahawa sms itu disebarkan oleh pihak musuh Islam? Atau mungkin juga "skim piramid" bagi mendapatkan keuntungan penyebaran sms dan kos sms mereka akan dapat! Apapun, mudahnya kita berubah tindakan akibat "ancaman palsu" sedemikian....
Kes Keenam:
Beberapa tahun lepas, terdapat satu keluarga yang miskin, yang saya merasakan patut dibantu. Saya pun menggunakan prinsip. "Jika dia diberikan ikan, ikan itu akan habis dimakan. Jika kita memberikan jala, ia akan dapat menggunakan jala itu mencari ikan, dan terus mencari ikan, dan dia akan dapat kerap makan ikan". Saya pun memberikannya modal untuk membeli 2 ekor lembu betina, dan menyebut, "Kita pawah, yer. Jika dapat hasil, kita bahagi dua". Setelah 5 tahun berlalu, saya dapat bertemu keluarga tersebut, dan dia beritahu lembu sudah tinggal seekor. Seekor lagi sudah mati, dan 2 ekor lembu tu tak pernah beranak, kecuali sekali, tetapi anak lembu itu mati. Apabila diselidik, rupa-rupanya lembu 2 ekor itu telah melahirkan anak 7 ekor, tetapi orang tadi telah menjualnya. Malah satu induk lembu betina itu pun sudah dijualnya. Dek kerana sedikit keuntungan segera, mudahnya kita berubah...dan menjadi orang yang pecah amanah....
Betullah seperti kata seorang pendita yang berbunyi lebihkurang begini: "Ada orang Melayu yang bukan sahaja miskin harta, tetapi juga miskin fikiran"
Kes Ketujuh
Sekitar empat tahun lepas, semasa saya sedang memandu bersendirian di Jalanraya Timur-Barat, dari arah Jeli, Kelantan ke arah Gerik, Perak, sekitar 20 kilometer daripada jambatan Pulau Banding (Tasik Temenggor), saya terserempak dengan sebuah kereta yang dipandu perlahan (sekitar 60km/j)(dengan beberapa penumpang), dan saya memotong. Sebaik sahaja saya memotong, kereta tadi memecut mengekori rapat di belakang saya (dengan kelajuan antara 90-100km/j)(melebihi had laju la pulak...), tetapi enggan memotong saya walaupun saya "memberi jalan". Sesampai di kepala jambatan pertama Pulau Banding, saya terserempak dengan deretea 5 kenderaan di hadapan (dengan yang paling hadapan adalah treler panjang membawa balak). Saya mengekori deretan kenderaan (yang kelajuannya cuma 30 km/j). Saya tak memotong di atas jambatan (yang terdapat dua garisan berkembar), dan bercadang akan memotong selepas tamat melalui jambatan, atau semasa mendaki, selepas kem tentera Pulau Banding). Namun kereta tadi telah memotong deretan 6 kenderaan termasuk kenderaan saya dengan lajunya sambil pemandunya menoleh kepada saya. Malangnya, di hujung jambatan, di atas pulau, sebuah kereta peronda polis sedang menunggu dan seorang anggota polis trafik mengibarkan bendera merah kepada kereta tadi....
Saya masih tertanya-tanya sehingga hari ini: Kenapa dia bersikap sedemikian terhadap saya? Kerana memotong kenderaannya? Itu sahaja.... Mudahnya kita berubah, daripada pemandu yang cermat, kepada pemandu yang membuli, tidak sabar, dan melanggar undang-undang, hanya kerana rasa tercabar kerana kenderaan kita dipotong.....

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.