Apr 30, 2013

Lata Janggut, Jeli, Kelantan

Salah satu destinasi pelancongan yang promosikan di dalam laman sesawang Majlis Daerah Jeli, Kelantan adalah LATA JANGGUT. Pada 11 Mac 2013 saya telah singgah di situ untuk satu siri penyelidikan... Inilah gamabran sebenar destinasi tersebut...



 Satu-satunya "kemudahan" (?) yang disediakan.... Unik, kan?

Apr 29, 2013

Ini apa?

Boleh sesiapa terangkan apa maksud perkataan-perkataan pada van ini (yang diletakkan di lapangan terbang Plonia, Medan). Pssst...mungkin hujung tahun ini, Medan akan mempunyai satu lapangan terbang baru.


Apr 28, 2013

Kemalangan Di Jalan Kota Tebing Tinggi-Kota Permatang Siantar

Ini gambar yang sempat say rakam semasa dalam perjalanan menyusur jalan utama Kota Tebing Tinggi-Kota Permatang Siantar, Sumatera Utara. Indonesia, pada pagi 25 April 2013. Apapun, kita sama-samalah berdoa agar kemalangan yang serupa tidak berlaku kepada kita (walaupun kemalangan yang hampir serupa telah saya alami sendiri semasa berumur 18 dahulu, tetapi alhamdulillah kami semua selamt, kecuali kakak ipar saya kehilangan rantai leher yang diragut seseorang semasa ramai orang datang "melihat" kami...)



Solat Jumaat 26 April 2013 Di Masjid Taqwa Parapat


Ini saya bergambar bersama 3 sahabat di hadapan Masjid Taqwa di parapat, Danao Toba, Indonesia. Saya dan beberapa sahabat sempat bersolat Jumaat pada 26 April 2013 di masjid ini. Masjidnya tidak la besar, dan saya agak ia cuma dapat memuatkan sekitar tak lebih 500 jemaah di ruang utamanya.

Nak dijadikan cerita, saya berada di saf kedua. Semasa semua jemaah berdiri untuk memulakan solat, saya perasan terdapat ruang kosong di kiri saya, dan oleh kerana memikirkan lebih afdhal makmum "memberatkan" ke kanan saf, maka saya memegang perlahan pergelangan tangan makmum di kiri saya untuk merapatkan saf,... tetapi saya terkejut juga kerana dia pula yang kemudiannya memegang kiri saya dengan agak kuat dan menarik saya supaya berada di sisnya....

Apapun, saya maafkan dia atas "kekesarannya" itu..... Itu cuma sedikit pengalaman bermusafir.... Banyak lagi dugaan yang lebih besar, kan? Yang penting, ingatkan diri sendiri dan para sahabat kita agar jangan tinggalkan solat, walau di mana kita berada, dan pohonlah pertolongan Allah setiap masa....