May 29, 2014

Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik 2014

Pada 28 Mei 2014, bertempat di Hotel Traders, Pulau Pinang, pihak Agensi Nuklear Malaysia mengadakan Seminar Penulisan & Penerbitan Saintifik 2014. Saya diminta menyampai satu slot ceramah berjodol "MEMBANGUNKAN BUKU". Sekitar 70 peserta pelabagai agensi dan taraf jawatan menghadiri Seminar ini. Alhamdulillah"MajlisIlmu" yang saya kendalikan berjalan amat baik.






May 24, 2014

Mahkamah Makanan????

Mahkamah Makanan...

F

FOOD COURT = MAHKAMAH MAKANAN.
Betul la tuuuu... Tafsiran harafiah, tanpa roh bahasa...
Oh Malaysia ku....

May 11, 2014

KUAH, LANGKAWI: FERI PENUMPANG HILANG... IDENTITI PENUMPANG TIDAK DAPAT DIKENALPASTI...!!!!

Tajuk di atas hanyalah gimik sahaja... Namun ia mungkin menjadi kejadian sebenar atas beberapa faktor:
1. Tiada senarai penumpang feri yang disediakan, sama ada di Kuah, atau di Kuala Perlis;
2. Tiada pemeriksaan keselamatan barangan dan penumpang yang akan menaiki feri. Yang ada cuma pemeriksaan kastam (itu pun bagi sebahagian penumpang dari Kuah); dan
3. Terdapat feri yang tiada CCTV di dalam feri (kecuali sebuah dua).
Perhatikan gambar-gambar berikut yang saya ambil pada pagi 12 April 2014 di Kuah, Langkawi dan di atas feri...












May 9, 2014

Kenangan Hampir Tamat Sesi Pengajian

Pada khamis 8 Mei 2014, semasa memulakan sesi kuiz, saya sempat bergambar kenangan dengan sebahagian pelajar saya yang mengambil kursus Undang-undang Binaan... Hujung bulan Mei ni, tamatlah sesi pengajaran saya bersama mereka... Selamat maju jaya...




May 5, 2014

Suatu Pagi, Seekor Burung, Satu Kenangan Kehidupan...

Pada awal pagi, sekitar jam 7.15, 22 April 2014 (22 Jamadil Akhir 1435), saya menuju ke pintu pejabat saya... dan saya ternampak seekor burung berada berhampiran pintu itu..


Selepas saya keluar dari bilik pejabat saya sekitar jam 9.30 pagi, ia masih berada di situ.
Sekitar jam 12 tengah hari, selepas tamat kuliah, saya dapati burung itu masih berada di situ... "Mungkin dia ni tak tahu jalan keluar la kuit...". Bisik hati saya. Saya pun menangkapnya, mengambil gambar ketika ianya berada di dalam genggaman saya. Kemudiannya saya membawanya turun ke luar, ke kawasan lapang di tingkat bawah, dan membuka genggaman saya dan memberitahunya, "Pergi la...ni dunia mu yang sebenar..." Burung ini tidaklah pula terus terbang, tetapi dia merenung muka (menelek) saya seketika, dan setelah berbunyi nyuit nyuit, dia terbang pergi... Dan saya berkata dalam hati, "Selamat jalan..."