Jul 30, 2014

Memijak Ayat-ayat Suci Al-Qur'an?

Berikut gambar dan video sekeping sejadah panjang yang dihampar pada saf pertama di Masjid Bandar Baru Gua Musang (Masjid Tengku Faris Putra), Kelantan. Cuba perhatikan betul-betul, dan perasankah terdapat tulisan jawi yang banyak pada dua jalur (atas dan bawah)? Saya dapat membaca beberapa daripadanya yang mengandungi kalimah "Allah". Jika ini benar, maka ramai makmum dan imam yang memijak-mijaknya setiap waktu solat....
Sesuatu perlu dilakukan oleh seseorang/badan bagi menangani perkara di atas.




Berhari Raya Puasa Di Gua Musang

Berikut gambar-gambar kemeriahan 1 Syawal 1435 Hijrah ((28 Julai 2014) di rumah saya di Gua Musang, Kelantan. Ahli keluarga saya pun dah bertambah lagi 2 orang (dapat dua menantu perempuan). Maka raya pun makin meriah...