Pada jam 11.02 malam, rabu 18 Februari 2015, saya mendapat makluman bahawa seorang sahabat saya Dr. Abd. Hamid Kadir Pakir telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang. Jenazah beliau dikembumikan di perkuburan Permatang Damar Laut, Pulau Pinang pada jam 3 petang, khamis 19 Februari 2015. Beliau telah bertahun-tanhun menghidap kencing manis, dan akhir-akhir ini ditambahi pula dengan komplikasi lain. Dia seorang sahabat yang rapat dengan saya dan suka berjenaka, tapi tegas dalam tugas.
Apapun, itu giliran dia... Giliran kita juga akan mesti menyusul. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dan selawat kepada beliau dan sama-sama memaafkan dan menghalalkan beliau atas segalanya.