Apr 28, 2015

Persembahan Kerja Berpasukan RMS304

Salah satu kursus yang akan dilalui oleh para pelajar yang mengambil pengajian Ijazah Sarjana Muda (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) (Pengurusan Binaan) USM adalah Studio RMS304 (untuk tahun 3). Salah satu komponen RMS 304 ini adalah Segmen Undang-undang.
        Bagi segemen ini, pada sesi ini, yang melibatkan 53 pelajar, para pelajar dibahagikan kepada 4 pasukan (teams) dengan setiap pasukan diberikan tajuk dan arahan pelaksanaan tugasan. Mereka akan diperkenalkan dengan konsep dan aplikasi "melaksanakan tugas secara berpasukan," termasuk peranan positif setiap ahli, sikap positif setiap ahli dan kaedah melaksanakan tugas dengan jayanya (mencapai objektif).
        Pelajar juga diperkenalkan dengan aplikasi 4M dan 4W+1H, dan membuat cadangan dengan memberikan justifikasi (1W). Kaedah mengendalikan mesyuarat dan penulisan Minit Mesyuarat juga turut ditekankan. Semua perkara tersebut dilaksanakan melalui peringkat tertentu dan dalam batasan waktu tertentu (agar mereka memahami erti pentingnya mengurus masa dengan baik dan bermanfaat). Ini termasuklah penekanan tentang kedatangan mereka yang perlu tepat pada waktunya. Ini diharapkan dapat menyemai rasa pentingnya kerja berpasukan yang bersandarkan beberapa nilai positif.
      Diterapkan juga elemen lain, dimana termasuklah agar mereka melaksanakan arahan dengan suasana ceria (semangat sukarela dan bukan dengan terpaksa dan tertekan).
       Dalam masa yang sama mereka didedahkan dengan 4 tajuk khusus bidang undang-undang pembinaan dengan dua versi pelaksanaan projek, iaitu swasta (Borang standard PAM) dan Kerajaan/badan berkanun (Borang standard JKR). Ini termasuklah menganalisis fasal-fasal perjanjian, mendalami maknanya, dan merujuk-silang dengan fasal-fasal lain yang relevan, dan ditambah pula dengan kajian tambahan lain. Pelajar juga diarahkan untuk mengkaji semua dokumen kerja yang dipakai dalam industri pembinaan (misalnya Bon-bon sebenar, Polisi Insurans sebenar, dll).
       Mereka juga diajarkan cara menyediakan Laporan Akhir yang menepati kaedah sebenar penyediaan laporan yang baik (termasuk pembahagian Laporan dan Lampiran).
       Pada peringkat seterusnya, mereka akan membuat persembahan secara berpasukan. Diantara tujuannya adalak membiasakan mereka dengan suasana berhadapan dengan khalayak dengan berani dan yakin diri, disamping dapat menerima teguran/kritikan membina dengan terbuka (dan bersedia mengubahnya, jika perlu)

DIHARAPKAN KOMBINASI KAEDAH INI DAPAT MENYEMAIKAN SEMANGAT KERJA YANG POSITIF, BERDISIPLIN TINGGI DAN MENGAPLIKASI BEBERAPA ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS).

Berikut gambar-gambar semasa mereka melaksanakan tugasan:











Berikut pula adalah persembahan mereka pada 27 April 2015