Pohon angsana atau nama saitifiknya pterocarpus
indicus juga dikenali di Indonesia dengan nama asan, hason, langsano, babaksana, nara, lana, dan linggua. Negara Perancis
menyebutnya sebagai santal rouge, amboine,
Filipina menamakannya apalit,
Thailand dengan nama pradu, Laos
menyebutnya chan dĂȘng, Myanmar
memanggionya padauk, sena, ansanah, dan
nama Inggerisnya adalah Malay padauk, red
sandalwood, amboyna.
Namun apa
yang saya hendak bangkitkan di sini hanya berkaitan bunga angsana sahaja.
Ini bunga semasa ia baru luruh:
Nampak cantik, menghampar bumi, ibarat sekeping permaidani.
Namun, apabila ia kering, ia menjadi seperti berikut:
Ia menjadi hitam, mereput, dan jika kena hujan ia menjadi seperti satu lapisan krim atau gris atau lumut. Ia amat membahayakan kenderaan yang memijaknya, terutama di selekoh (dan lebih la memberhaya jika dipandu secara gopoh dan laju). Jika dibiarkan di bangku, maka ia amat mengotorkan pakaian...
Jadi, keputusan kita: nak biarkan ia menebari bumi selepas berguguran? Atau nak dibersihkan ia? Mana yang lebih banyak: kebaikan atau keburukan?
APAKAH DILEMA KEWUJUDAN BUNGA ANGSANA INI JUGA MERUPAKAN SATU LAGI MANIFESTASI KEWUJUDAN SEBAHAGIAN INSAN BERGELAR "MANUSIA"?
APAKAH DILEMA KEWUJUDAN BUNGA ANGSANA INI JUGA MERUPAKAN SATU LAGI MANIFESTASI KEWUJUDAN SEBAHAGIAN INSAN BERGELAR "MANUSIA"?