EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Oct 28, 2015
NBOS PILS Langkawi 23-25 Oktober 2015
Berikut rakaman aktiviti National Blue Ocean Strategy (NBOS) Program Inisatif Libat Sama (PILS) yang melibatkan pihak Kementerian Pendidikan, beberapa universiti tempatan dan Politeknik, berkaitan aktiviti membantu pembangunan sekolah. Aktiviti ini berjalan di Langkawi Lagoon Resort pada 23-25 Oktober 2015:
Oct 27, 2015
Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit.
Berikut beberapa maklumat berkaitan buku Abdul Aziz Hussin. 2015. Undang-undang Tanah: Lesen Pendudukan Sementara dan Permit. Edisi Ke 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka:
Cabutan daripada manuskrip buku ini, di halaman 11-12:
Apakah yang Dikatakan Lesen Pendudukan Sementara?
“Suatu Lesen Pendudukan Sementara adalah tepat
tersirat seperti namanya. Ia suatu lesen untuk menduduki dan tidak lebih
daripada itu.”
Nampaknya apa yang ditekankan oleh
Hakim Good itu adalah mengenai taraf pendudukan orang atau badan atas sesuatu
tanah yang diberikan lesen pendudukannya yang bersifat sementara, dan
disebabkan itulah lesen itu digelar Lesen Pendudukan Sementara. Penulis David
Wong[3] pula
menyebut bahawa disebabkan tempoh sahnya yang singkat dan tidak boleh serahhak
itulah mungkin menyebabkan ia dipanggil lesen. Walau apa pun, kedua-dua
pemahaman iaitu mengenai ‘lesen’ dan ‘sementara’ adalah betul dan menggambarkan
atau menberi takrif ‘Lesen Pendudukan Sementara’.
Nik Abdul Rashid[4] mentakrif Lesen Pendudukan
Sementara (beliau menggunakan istilah ‘Lesen Tumpangan Sementara’) sebagai
suatu kebenaran yang diberi oleh pihak berkuasa negeri kepada mana-mana orang
atau badan untuk melakukan sesuatu aktiviti di atas tanah; tanpa kebenaran
sedemikian itu, pelaku itu akan dianggap sebagai penceroboh.
Kedua-dua perkataan iaitu ‘lesen’
dan ‘sementara’ adalah penting dalam memberikan takrif ‘Lesen Pendudukan
Sementara’. Dalam the Random House Dictionary,[5] perkataan ‘lesen’ bermaksud,
antara lain, suatu kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa yang sah untuk
melakukan sesuatu perkataan yang khusus; dan perkataan ‘sementara’ pula
bermaksud menyediakan atau terpakai atau berkuat kuasa untuk sesuatu tempoh
masa sahaja. Jadi, bolehlah disampulkan bahawa Lesen Pendudukan Sementara
adalah suatu kebenaran daripada pihak berkuasa negeri yang diberi kepada orang
atau melakukan sesuatu perkara khususbagi suatu tempoh masa yang tertentu.
Hakim Suffian dalam kes Fatimah lwn Moideen Kutty[6] menyebut
mengenai status tanah itu dan status orang yang diberi Lesen Pendudukan Sementara.
Beliau menekankan, antara lain,
“Sebelum sahaja tanah itu diberi Lesen Pendudukan
Sementara …, tanah berkenaan adalah tanah negeri. Selepas diberi Lesen Pendudukan Sementara, tanah itu masih tanah negeri tetapi…
(orang itu) … ada suatu lessen untuk mendudukinya
secara sementara.”[7]
[1] [1965] M.L.J.
127 (Mahkamah Tinggi).
[2] Ibid., hlm. 12. Telah dirujuk juga penghakiman
oleh hakim Seah dalam kes Cheo Lean lwn Fock
Fong Looi [1985]2 M.L.J.440.
[3] David Wong Tenure and Land Dealings in Malay State,
1975. Singapura: Singapore University
Press.
[4] [1978]
J.M.C.L.85.
[5] Jess Stein,
1980. New York:
Ballataine Books.
[6] [1969] 1 M.L.J. 72.
[7] Ibid ., hlm. 72.
Oct 7, 2015
Kebakaran Pondok Di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan
Satu kebakaran besar melibatkan 60 pondok di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan, telah berlaku pada kira-kira pukul 8.15 malam, 5 Oktober 2015 (21 ZulHijjah 1436):
Berikut ini adalah kesan kemusnahan akibat kebakaran tersebut:
Sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah disampaikan ke akaun berikut:
Subscribe to:
Posts (Atom)