May 25, 2016

Masih Tinggal Di Khemah, atau Di Rumah: Yang mana Satu, BETUL?

Laporan Ketua Audit Negara tahun 2015 Siri 1 pada 18 Mei 2016 mendakwa beberapa mangsa banjir di Kelantan masih tinggal di dalam khemah dan rumah transit sejak bencana banjir pada November 2014.

Tetapi....


Maka pada Khamis, 19 Mei 2016, sekitar jam 7.20 petang, saya menyusur jalan dari Kg. Raja, Cameron Highlands ke Bandar Gua Musang, dan ternampak beberapa kediaman (seperti gambar di bawah), yang terletak sekitar 2 kilometer dari Bandar baru Gua Musang:


 Adakah itu rumah-rumah transit, atau rumah-rumah kekal, atau khemah-khemah?

May 18, 2016

Meraikan Yang Akan Berpencen

SETIAP YANG MULA, AKAN ADA AKHIRNYA. TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH SWT
Begitulah juga kehidupan seorang ahli akademik. Akan ada titik nokhtahnya. Pada 16 Mei 2016, sekitar jam 8 malam, bertempat di Hotel Eastin, Queen's Bay, Pulau Pinang, para pelajar kursus Pengurusan Binaan dan pensyarah telah mengadakan jamuan sempena Construction Management Day, dan juga bagi meraikan 2 penyarah yang akan berpencen tak lama lagi. Salah seorangnya adalah saya...


















Bersua Muka

Pada pagi isnin, 16 Mei 2016, saya menemani Prof Madya Dr Ismail Mat, Rektor Kolej Islam dan Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang untuk bertemu dengan En. Abdul Halim Muhamud (Presiden) dan Dr Zakaria Kasim (Pengarah Akademik) Kolej Teknologi Pulau, di Balik Pulau. Tujuan utama pertemuan adalah untuk saling mengenali, saling bersua muka, dan membincangkan kemungkinan untuk bekerjasama atau berkolaborasi dalam bidang akademik, dan sebagainya.




 Selepas sesi perbincangan, sempat pula merasa "durian Balik Pulau"....