Feb 24, 2017

Khasiat Buah Tunjuk Langit


BUAH TUNJUK LANGIT

Buah Tunjuk Langit (Sky Fruit)(buah Swietenia macrophylla) telah mendapat perhatian dunia sejak kebelakangan ini setelah banyak kajian bioteknologi dijalankan telah menemui pelbagai kebaikan yang boleh diperoleh daripada Buah Tunjuk Langit tersebut. Pada tahun 1996 , satu pasukan biokimia Amerika terkenal mempunyai penemuan kejayaan besar dalam kajian mereka bahawa terdapat banyak Flavonoids dan Saponins di dalam Buah Tunjuk Langit. Pengenalan Buah Swietenia macrophylla dipanggil sebagai “buah tunjuk langit”, kerana ia seolah-olah tergantung terbalek diatas pokok. Pati sari buah tunjuk Langit dijual sebagai penawar semulajadi yang dikatakan dapat meningkat peredaran darah dan kulit. Ia juga dikatakan mempunyai sifat seperti Viagra mengenai disfungsi erektil. Buah Tunjuk Langit (Swietenia macrophylla.) juga dikenali sebagai Sky-fruit atau Buah Mahagony merupakan sejenis tumbuhan herba yang terdapat di Asia Tenggara.Swietenia macrophylla, Mahogani Daun Besar atau Mahogani Honduras adalah tumbuhan liar yang berasal dari jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok Mahogani atau Mahoni). Pokok ini tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang bersuhu kering dan lembap terutamanya di Amerika Selatan, India Barat, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia. Ia digelar Raja Swietenia atau Raja Mahogani oleh kerana mutu kayunya yang tinggi di pasaran dunia sejak beratus tahun yang lalu. pokok tunjuk langit ni berbuah setahun sekali sahaja.
Swietenia atau pun dipanggil Buah Tunjuk Langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria – Belanda Gerard van Swieten (1700-1772). Buah Tunjuk Langit mengandungi Protein, Vitamin B1, Iron, Vitamin D, Folic Acid, Carbohydrate, Vitamin A, Dietary Fiber, Potassium, Vitamin E, Calcium, Vitamin B6, Magnesium, Sodium, Vitamin B3. Khasiat Buah Tunjuk Langit ini sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Di samping itu, khasiat Buah Tunjuk Langit juga mengandungi pelbagai nutrisi semulajadi yang dapat mengekalkan tahap kesihatan tubuh badan dan meningkatkan tenaga keseluruhan badan manusia seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya: Flavonoids daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan. Saponins adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax. Bitter Alkaloids di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organik yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Buah Tunjuk Langit boleh membantu:
  • menurunkan paras kolestrol
  • gout
  • sakit dan lemah jantung
  • sakit sendi
  • darah tinggi
  • melancarkan perjalanan darah
  • melambatkan pembekuan darah
  • meningkatkan kecergasan badan
Antara Penyakit yang boleh dirawat, InsyaAllah.
  • Kencing Manis;
  • Darah Tinggi;
  • Kolestrol Tinggi;
  • Gout;
  • Darah Tercemar;
  • Strok Awal;
  • Batu Karang;
  • Buasir;
  • Resdung;
  • Jerawat/Sopak;
  • Masalah Ereksik;
  • Asma;
  • Sakit Sendi;
  • Senggugut;
  • Masalah Haid;
  • Alahan Darah;
  • Kencing tak puas;
  • Angin;
  • Obesiti;
  • Alahan kulit;
  • Sakit Urat;
  • Ejakulasi;
  • Kebas-kebas; dan
  • Malaria denggi
Siapa yang Perlukan Buah Tunjuk Langit?
Individu sihat yang ingin mengimbangi pengambilan gula berlebihan dan mencegah penyakit kencing manis. 1/5 masyarakat belia berumur 20-30 tahun menghadapi risiko kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi berdasarkan amalan pemakanan hari ini ( Rujuk: NADI Institut)
Pesakit darah tinggi, sakit sendi, urat dan kekejangan otot;
Pesakit kencing manis, gangguan metabolism dan gastrik;
Pesakit stroke, lebihan lemak pada perut dan obesiti;
Pesakit asma, redung, jangkitan demam denggi dan malaria;
Pesakit gout, arthritis, lutut, pinggang dan keletihan melampau;
Pesakit alahan kulit, gatal-gatal, sopak, buasir dan keracunan makanan;
Pesakit lemah tenaga batin, mati pucuk, ejakulasi pramatang; dan
Pesakit batu karang, kencing tak puas, kencing kerap, prostate dan kegagalan ginjal.




 

Berikut adalah Tunjuk Langit serbuk yang telah dimasukkan ke dalam kapsul (yang mudah dimakan dan tidak pahit), yang diusahakan (dihasilkan) oleh seorang pengusaha menggunakan buah tunjuk langit yang diperolehi di sekitar kampus sebuah universiti penyelidikan di Malaysia:




Feb 21, 2017

Bahaya HUTANG

Ada seorang sahabat mengirimkan saya artikel pendek di bawah. Tidak diketahui siapa penulis asalnya, namun isinya amat baik. Saya kongsikan dengan pembaca (kredit kepada penulis asal, semoga Allah memberikan pahala dan rahmatNya kepada anda):

BAHAYA BERHUTANG SAMPAI MATI:

Meskipun berhutang itu boleh, hanya saja Islam menyuruh umatnya agar menghindari hutang semaksima mungkin jika ia mampu membeli dengan tunai atau tidak dalam keadaan kesempitan ekonomi. Karena menurut Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, hutang itu dapat menimbulkan pengaruh buruk dan bencana bagi pelakunya di dunia dan akhirat. Diantaranya:

1. Hutang merupakan penyebab kesedihan di malam hari, dan kehinaan di siang hari.

2. Hutang dapat membahayakan akhlaq. Maksudnya dapat menimbulkan perilaku yang buruk bagi orang yang suka (hobi) berhutang, seperti suka berdusta dan ingkar janji.

» Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam (yg artinya): “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang, maka dia sering berkata lantas berdusta, dan berjanji lantas memungkiri.” (HR. Al-Bukhari).

3. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam pernah menolak mensolatkan jenazah seseorang yang diketahui masih memiliki hutang dan tidak meninggalkan harta untuk melunasinya.

4. Tanggungan Hutang Yang Dibawa Mati Tidak Akan Diampuni Oleh Allah Pada Hari Kiamat.

» Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:
يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إِلاَّ الدَّيْنَ
Semua dosa orang yang mati syahid Akan diampuni (oleh Allah), kecuali hutangnya.” (HR. Muslim III/1502no.1886, dari jalan Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhu).

» Dan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Qatadah radhiyallahu ‘anhu, bahwasannya Rasulullah SAW pernah berdiri di tengah-tengah para sahabat, lalu Beliau mengingatkan mereka bahawa Jihad di jalan Allah dan iman kepada-Nya adalah amalan yang paling afdhol (utama). Kemudian berdirilah seorang sahabat, lalu bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu jika aku gugur di jalan Allah, apakah dosa-dosaku akan terhapus dariku?” Maka jawab Rasulullah shallallahu alaihi wasallam kepadanya: “Ya, jika engkau gugur di jalan Allah dalam keadaan sabar mengharapkan pahala, maju pantang melarikan diri.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Kecuali hutang (tidak akan diampuni/dihapuskan oleh Allah, pent), karena sesungguhnya Jibril ’alaihissalam menyampaikan hal itu kepadaku.” (HR. Muslim III/1501 no: 1885, At-Tirmidzi IV/412 no:1712, dan an-Nasa’i VI: 34 no.3157. dan di-shahih-kan oleh syaikh Al-Albani dalam Irwa-ul Ghalil no: 1197).

5. Orang Yang Mati Dalam Keadaan Memiliki Hutang Akan Terhalang Dan Tertunda Dari Masuk Surga.

» Hal ini berdasarkan hadits shohih yang diriwayatkan dari Tsauban, mantan budak Rasulullah SAW, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
« مَنْ فَارَقَ الرُّوحُ الْجَسَدَ وَهُوَ بَرِىءٌ مِنْ ثَلاَثٍ دَخَلَ الْجَنَّةَ مِنَ الْكِبْرِ وَالْغُلُولِ وَالدَّيْنِ »
Barangsiapa yang rohnya berpisah dari jasadnya (baca: meninggal dunia)dalam keadaan terbebas dari tiga hal, niscaya ia akan masuk surga, yaitu:
(1) Bebas dari sombong,
(2) Bebas dari khianat, dan
(3) Bebas dari tanggungan HUTANG.” (HR. Ibnu Majah II/806 no: 2412, dan At-Tirmidzi IV/138 no: 1573. Dan di-shahih-kan oleh syaikh Al-Albani).

» Dan juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
« نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ »
Jiwa orang mukmin bergantung pada hutangnya hingga dilunasi.” (HR. Ibnu Majah II/806 no.2413, dan At-Tirmidzi III/389 no.1078. dan di-shahih-kan oleh syaikh Al-Albani).

6. Pahala Kebaikan Orang Yang Mati Dalam Keadaan Berhutang Akan Menjadi Tebusan Bagi Hutangnya Pada Hari Kiamat.

» Hal ini berdasarkan hadits shohih yang diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:
« مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِىَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ »

Artinya: “Barangsiapa meninggal dunia dalam keadaan menanggung hutang satu Dinar atau satu Dirham, maka dibayarilah (dengan diambilkan) dari kebaikannya; karena di sana tidak ada lagi Dinar dan tidak (pula) Dirham.”. (HR. Ibnu Majah II/807 no: 2414. dan di-shahih-kan oleh syaikh Al-Albani).

Demikianlah beberapa pengaruh buruk dan bahaya berhutang yang akan menimpa pelakunya di dunia dan akhirat.

Dan bahaya berhutang akan semakin dahsyat apabila terkandung di dalamnya unsur riba (baca: bunga) meskipun hanya sedikit, 0,1 %. Atau bilamana seseorang ketika berhutang kpd orang lain, di dalam hatinya ia telah berniat tidak akan melunasi hutangnya, atau bersengaja mengulur-ulur pelunasan hutangnya yg telah jatuh tempo. Karena perbuatan semacam ini adalah bentuk kezholiman kepada orang lain yg akan membinasakan pelakunya dan menjadi kegelapan baginya pada hari Kiamat.

Semoga Allah Ta’ala melindungi kita semua dari bahaya berhutang di dunia dan akhirat. Dan semoga Allah melimpahkan kpd kita rezeki yg lapang, halal dan berkat

Feb 20, 2017

Perhimpunan Dataran Merbuk 18 Februari 2017

Berikut rakaman berita dan gambar (kredit kepada sahabat yang mengirimkannya kepada saya) berkaitan Perhimpunan Dataran Merbuk, Kuala Lumpur pada 18 Februari 2017, yang menyokong Rang Undang-undang pindaan Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah:








Feb 16, 2017

Jawatankuasa Pemasaran KUSMB

Pada pagi 15 Februari 2017, telah diadakan Jawatankuasa Pemasaran Koperasi USM Bhd (KUSMB). Perhatikan betapa serius dan khusuknya setiap ahli membincangkan isu semasa berkaitan KUSMB. Semoga KUSMB berjaya cemerlang.