Pada sabtu 8 April 2017 (9 Rejab 1438), bertempat di FRIM, Kepong, diadakan Majlis Walimatulurus anak bungsu sdra Mohd. Zulkifly Zainal Abidin, sahabat sekuliah saya semasa belajar Diploma di ITM Shah Alam. Semoga pasangan berkenaan kekal aman damai, murah rezeki dan diberkati Allah SWT.
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Apr 11, 2017
Apr 4, 2017
Menentang makhluk halus bernama Qarin (termasuk ummu sibyan)
Berikut
adalah penerangan oleh (Allahyarham) Dr Haron Din mengenai makhluk halus
bernama qarin dan
yang berkaitan dengannya. Qarin daripada ungkapan Arab yang bermaksud "rakan". Ungkapan qarin bermaksud roh-roh jahat dari kalangan
makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin
adalah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang
jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa
berusaha untuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan
kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia
mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim. Dalam surah al-An'am:
112 Allah s.w.t. berfirman (bermaksud): Dan
demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin,
sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah
untuk menipu. Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud): Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan
dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang
kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai
Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya
daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.
Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq: Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar
dari sisinya pada satu malam, tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan)
terhadapnya. Maka Rasulullah pun datang melihat perkara yang sedang saya
lakukan. Baginda bertanya: Apakah yang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa
halnya saya, tidak diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau?
Jawab Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab:
Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya bertanya
lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka saya pun
bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab Rasulullah: Ya
tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat daripada tipu dayanya.
Dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud): Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan (jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya. Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. bersabda (bermaksud):
Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi sesuatu ke atasnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)