Aug 18, 2017

Bangunan Berstrata: Isu Kebocoran Antara Tingkat

Salah satu isu dan masaalah yang kerap berlaku pada bangunan berstrata adalah berkaitan kebocoran antara tingkat. Berikut iktisar tindakan oleh pihak yang terkilan dan Pesuruhjaya Bangunan:

AKTA 757
AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
 Tarikh Persetujuan Diraja            5 Februari 2013
Tarikh diterbitkan dalam Warta  8 Februari 2013
Tarikh mula berkuatkuasa ditetapkan     1-6-2015 [P.U. (B) 231/2015, berkuat kuasa di Negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perak, Perlis dan Selangor] 1-6-2015 [P.U. (B) 237/2015 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya] 12-6-2015 [P.U. (B) 248/2015 berkuat kuasa di Negeri Pulau Pinang]



Q1
Adakah Orang berkenaan “Pemilik”
Seksyen 2 Akta Pengurusan Strata 2013.
Tafsiran
"pemilik" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985;
Seksyen 4 Akta Hakmilik Strata 1985 (Pindaan 2016)
"pemilik" merujuk kepada pemilik petak, iaitu orang atau badan yang pada masa itu didaftarkan sebagai pemilik sesuatu petak, dan juga kepada pemilik sesuatu blok sementara, iaitu orang atau badan yang pada masa itu didaftarkan sebagai pemilik sesuatu blok sementara melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya;
[Pin Akta A1290; s 4(l)]

P.U. (A) 107
AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaran dan Pengurusan) 2015
Bahagian XV
KEBOCORAN ANTARA TINGKAT
55. Maksud kebocoran antara tingkat
56. Notis bahawa petak terbabit dengan kebocoran antara tingkat
 57. Pemeriksaan petak terbabit
58. Perkara untuk dipertimbangkan dalam menentukan penyebab kebocoran
59. Perakuan pemeriksaan
60. Kebocoran antara tingkat disebabkan oleh kecacatan kemahiran kerja dsb., dalam masa tempoh liabiliti kecacatan
61. Kebocoran antara tingkat disebabkan oleh atau dikenal pasti berpunca daripada suatu petak
62. Kebocoran antara tingkat disebabkan oleh atau dikenal pasti berpunca daripada harta bersama atau harta bersama terhad
63. Akses
64. Rujukan kepada Pesuruhjaya


Kebocoran antara tingkat disebabkan oleh atau dikenal pasti berpunca daripada suatu petak

61. (1) Jika kebocoran antara tingkat disebabkan oleh atau dikenal pasti berpunca daripada suatu petak atau mana-mana bahagian daripadanya, pembeli, pemunya petak atau pemilik petak itu, tanpa prejudis kepada haknya untuk mendapatkan indemniti dari mana-mana pihak lain, hendaklah mengambil semua langkah perlu untuk membaiki kebocoran antara tingkat itu dalam masa tujuh hari dari penerimaan Borang 28.

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013
Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015
BORANG 28
[Peraturan 59]
PERAKUAN PEMERIKSAAN KEBOCORAN ANTARA TINGKAT/
*KEROSAKAN KEPADA DINDING DUA PIHAK
Nama kawasan pemajuan
*No. Petak/ No. Unit terbabit
No. Bangunan/ No. Blok
Nama *pemunya petak/*pemilik petak terbabit
Nama orang atau badan yang menguruskan bangunan dan harta bersama dalam kawasan
pemajuan (contohnya *pemaju/*badan p e n g u r u s a n b e r s a m a / * p e r b a d a n a n
pengurusan/*perbadanan pengurusan subsidiary yang dilantik oleh Pesuruhjaya)

Kepada:
Nama dan alamat pemunya petak/*pemilik petak terbabit.
dan
Nama dan alamat pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki kebocoran antara tingkat/*kerosakan pada dinding dua pihak.
1. Saya/Kami,…………………*pemaju/*badan pengurusan bersama/*perbadanan pengurusan/*perbadanan pengurusan subsidiari yang dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 86(1)/subseksyen 91(1) Akta Pengurusan Strata 2013, sebagai orang atau badan yang menyenggara dan menguruskan bangunan dan harta bersama di atas dalam kawasan pemajuan di atas dengan ini mengesahkan bahawa kami telah menerima suatu notis dari *pemunya petak/*pemilik petak terbabit di atas pada …………………
2. Selaras dengan peraturan 57 Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015, kami telah pada …………..……………. menjalankan suatu pemeriksaan ke atas petak terbabit/*petak/*unit lain No. ………..……../*harta bersama/*harta bersama terhad.
3. Kami telah menentukan bahawa penyebab kebocoran antara tingkat/* kerosakan kepada dinding dua pihak itu adalah disebabakan kecacatan yang berikut—
………………………………………………………… [secara ringkas terangkan kecacatan yang menyebabkan kebocoran antara tingkat/*kerosakan kepada dinding dua pihak].
4. Kami telah menentukan bahawa pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki kecacatan yang menyebabkan kebocoran antara tingkat/*kerosakan kepada dinding dua pihak itu ialah …………………………………………. [Nyatakan nama dan alamat pihak yang bertanggungjawab dan *no. petak/*no. unit, jika berkenaan dengan]
Bertarikh:……………………………………………………….
………………………………………………………………………
Tandatangan penandatangan yang diberi kuasa bagi *pemaju/*badan pengurusan bersama/*perbadanan pengurusan/*perbadanan pengurusan subsidiari/ejen pengurusan yang dilantik oleh pesuruhjaya, yang menjalankan pemeriksaan
Nama:…………………………………………………………………….
No. K.P./No. Passport:……………………………………………….....
Jawatan:…………………………………………………………………

(2) Sekiranya langkah-langkah yang dinyatakan dalam subperaturan 61(1) tidak dilaksanakan, mana-mana pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari atau ejen pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 86(1) atau 91(3) Akta, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengambil semua langkah perlu untuk membaiki kebocoran antara tingkat itu dan hendaklah mengenakan caj dan mendapatkan semua kos dan perbelanjaan dari pihak yang bertanggungjawab untuk membaiki kebocoran itu.
Seksyen 86. Pelantikan ejen pengurusan oleh Pesuruhjaya
(1) Jika—
(a) suatu keadaan di bawah perenggan 19(2)(b) berlaku; atau
(b) selepas siasatan sewajarnya dijalankan oleh Pesuruhjaya atau seseorang yang dilantik olehnya berdasarkan suatu aduan yang dibuat kepada Pesuruhjaya oleh seseorang pembeli atau pemilik atau mana-mana orang atau badan yang lain yang mempunyai kepentingan dalam suatu petak, yang berdaftar atau selainnya, Pesuruhjaya berpuas hati bahawa penyenggaraan dan pengurusan sesuatu bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama tidak dijalankan dengan memuaskan oleh pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan,
Pesuruhjaya boleh melantik, melalui pemberitahuan bertulis, seorang atau lebih untuk bertindak sebagai ejen pengurusan untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak atau mana-mana bangunan atau tanah yang dipecah bahagi dan harta bersama itu bagi suatu tempoh yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.

Seksyen 91. Penamatan perjanjian pengurusan
(3) Sekiranya perjanjian pengurusan ditamatkan, Pesuruhjaya boleh melantik seorang ejen pengurusan yang lain untuk menyenggarakan dan menguruskan bangunan atau tanah itu bagi suatu tempoh yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.

Akses
Peraturan 63.
(1) Orang atau badan yang menjalankan pemeriksaan ke atas petak terlibat atau mana-mana petak lain dan harta bersama atau harta bersama terhad di bawah peraturan 57 atau dalam menjalankan kerja untuk membaiki kebocoran antara tingkat itu, hendaklah mempunyai akses kepada petak terlibat, manamana petak lain, harta bersama atau harta bersama terhad dengan notis bertulis tujuh hari.
  (2) Mana-mana pembeli, pemunya petak, pemilik atau penghuni petak yang terlibat atau mana-mana petak lain yang gagal memberikan akses kepada petak yang terlibat atau petak lain kepada orang atau badan yang menjalankan pemeriksaan menurut subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Keperluan untuk notis di bawah subperaturan (1) tidak terpakai dalam apa-apa keadaan kecemasan, dan akses dengan cara kekerasan boleh dilaksanakan.
  



Aug 8, 2017

HAZIM FIQRI Cucu Baruku

Pada Isnin 17 Julai 2017 (23 Syawal 1438H), bertempat di Hospital Selayang, Selangor, lahirlah cucu saya yanag ke 4, bernama Hazim Fiqri bin Luqman Nulhaqem:







Pada Jumaat 4 Ogos 2017, saya menziarahi Hazim Fiqri di rumah atoknya (sebelah ibunya) di Jengka 24, Jengka, Pahang




Ya Allah, kami mendoakan semoga Hazim Fiqri menjadi seorang lagi umat Islam yang bagus sifat dan agamanya, dan mendapat kehidupan yang baik, rezeki yang melimpah, dan kehidupan yang sempurna. InsyaAllah.

Aug 7, 2017

Retreat Akta 605 Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Pada 25 hingga 26 Julai 2017, pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjemput saya mengendalikan "Retreat Akta 605" untuk pegawai-pegawai kanan MPOB, bertempat di Dewan Sawit, Ibupejabat MPOB, Bangi, Selangor. Retreat tersebut mengandungi ceramah, bengkel, tugas kumpulan (kajian kes), persembahan peserta, dan Q & A, serta perbincangan dengan Timbalan Ketua Pengarah MPOB dan saya.
Gambar-gambar berikut menerangkan hal retreat tersebut:

















Aug 6, 2017

"Perniagaan" Yang MENGUNTUNGKAN

*PERNIAGAAN* YANG MENGUNTUNGKAN, antaranya, 
1. Memaafkan setiap orang, setiap masa, terutama meniatkannya sedemikian sebelum tidor, 
2. Memberi sedekah, walau pun sekadar berwajah manis dan dengan senyuman,
3. Menderma, walaupun sebiji tamar,
4. Menasihati, ingat memperingatkan, dan saling menasihati, walaupun sekadar menyebar salam,
5. Menyampaikan kalimah Allah SWT, walaupun sekadar satu Ayat (Al-Qur'an)
6. Mengeratkan persahabatan, dan persaudaraan, demi Islam,
7. Menghentikan (termasuk tidak menyebarkan) aib orang lain.

InsyaAllah...