Oct 29, 2018

Di Pondok Al Huda Yayasan Mahfatim, Kuala Berang.

Pada 17 Oktober 2018 saya menziarah Pondok Al Huda, Yayasan Mahfatim, Kuala Berang. Bersama Hj Mohd Zaki, Pengerusi Yayasan. Semoga Pondok ini berkembang maju demi penyebaran dan pemantapan agama Islam dan berbakti kepada masyarakat. InsyaAllah










Kursus PENGAMBILAN TANAH untuk Pegawai-pegawai Kerajaan Kelantan

Pada 15 dan 16 Oktober 2018, bertempat di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu, saya telah mengendalikan Kursus/Bengkel Intensif Pengambilan Tanah, anjuran Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kelantan. Ia dihadiri seramai 46 orang pegawai pelbagai peringkat.

Kandungan kursus/Bengkel ini, antaranya,
Pengambilan Tanah: Menjamin Kesaksamaan oleh Pentadbir Tanah
Pematuhan Hak Keadilan Asasi
Aplikasi "Munasabah" dan "Budibicara" serta Salahlaku dalam pengambilan tanah

Alhamdulillah kursus/bengkel berjalan lancar. Semoga ianya menjadi satu lagi "ilmu yang bermanfaat"
Terima kasih kepada pihak PTG Kelantan dan SUK Kelantan yang menjemput saya mengendalikannya








Oct 25, 2018

ReU Sahabat Sekolah Menengah Teknik Kuantan 1972/73 Bahagian 2

Pada 14-16 September 2018, bertempat di Forest City, Johor, diadakan pertemuan semula (ReU).
Pertemuan yang amat meriah dan penuh silaturrahim. Ramai juga yang membawa ahli keluarga, termasuk saya. Terdapat juga Mesyuarat Koperasi KASMET
















ReU Sahabat Sekolah Menengah Teknik Kuantan 1972/73 Bahagian 1

Pada 14-16 September 2018, bertempat di Forest City, Johor, diadakan pertemuan semula (ReU).
Pertemuan yang amat meriah dan penuh silaturrahim. Ramai juga yang membawa ahli keluarga, termasuk saya. Terdapat juga Mesyuarat Koperasi KASMET
















Oct 10, 2018

Bersama Ching

Pada sekitar 9.30 pagi 30 September 2018, saya dan Ching (Husin Subari, XTI, dari Kuala Kangsar), bertemu mesyuarat mini sambil makan pagi di warong Klate, Simpang UiTM Pulau Pinang:



Majlis Akad Nikah dan kenduri walimatulurus perkahwinan Wan Suhaini 2

Pada khamis malam jumaat 4 Oktober 2018 dan jumaat 5 Oktober 2018, bertempat di Kampung Chenulang, Kuala Krai, diadakan majlis Akad Nikah dan kenduri walimatulurus perkahwinan Wan Suhaini Wan Mamat. Wan Suhaini adalah anak Laila Mat Nawi (abang saya):