Apr 19, 2020

Kentut


Secara purata setiap orang menghasilkan ½ liter gas kentut setiap hari. Para Penyelidik Ohio State University[1] mendapati purata manusia  kentut 10-20 kali sehari, yang mengeluarkan bau kuat atau sedikit. Ketika mencerna makanan, bakteria dalam usus akan dengan cepat mengambil protein dalam makanan dan menghasilkan belerang. Ini menghasilkan gas methanethiol Menurut Dr Patricia Raymond, American College of Gastroenterology[2] menyatakan kuantiti kentut dipengaruhi oleh banyaknya udara dalam badan (biasanya apabila makan terlalu cepat, mengunyah gula-gula getah (chewing gum) atau minum banyak air karbonat bergas), memakan makanan sihat (kentut busuk sebab buah-buahan, kekacang, sayur-sayuran, bijirin, kekacang bawang, brokoli, kobis, dll), atau kerana badan mempunyai masalah menyerap nutrien tertentu, terutama gula dari karbohidrat dan laktosa. Seterusnya, kajian menunjukkan semakin tinggi ketinggian (altitude) di udara, semakin menyebabkan gas dalam badan kita mengembang, dan berkentut. Jika kekerapan kentut dan kembung yang disusuli rasa sakit atau ada simptom lain seperti cirit-birit atau sembelit, wajarlah bertemu doktor, kerana ia mungkin simptom penyakit berkaitan BS (bloom syndrome) dan celiac (tubuh tidak dapat menghadam gluten).
Menurut Nick McDermott[3], jika bau kentut menghasilkan aroma tak sedap, mungkin ia dominasi gas hidrogen sulfida yang menjadi indikator rusak lapisan usus, dan berpotensi terkena penyakit inflamasi usus, termasuk kanser usus. Selain itu, jika terlalu banyak menghasilkan gas kentut berupa hidrogen dan metana, itu artinya kandungan gula dalam makanan yang dimakan tidak tercerna dengan baik.
Di sisi Islam, jumhur ulama’ bersepakat bahawa salah satu penyebab terbatalnya  wudhu’ adalah apabila keluar apa sahaja daripada qubul (urethra) atau dubur (rectum), daripada najis, air mani mahupun, angin (kentut). Terdapat hadis riwayat Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan bahawa ada sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda:

Maksudnya: Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia
mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau.
Hadis riwayat Imam Bukhari (137)

Justeru, kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut. Berdasarkan dalil hadis: HR at-Termidzi dari Abu Hurairah RA, "tidak wajib wudhu' kecuali kerana kedengaran bunyi atau bau."
Menurut Imam an-Nawawi[4], kentut itu membatalkan wudhu bila seseorang yakin memang dia benar-benar kentut. Karena itu, orang ragu kentut atau tidak, maka wudhunya tidak batal. An-Nawawi mengatakan,

Bermaksud, yang keluar dari qubul atau dubur lelaki dan wanita, menyebabkan
batal wudhu. Baik bentuknya fases, air kencing, angin, cacing, nanah, darah, kerikil
atau benda apapun lainnya. Tidak dibedakan antara yang sering mengalaminya
atau yang jarang-jarang. Dan tidak dibedakan antara yang keluar dari qubul wanita
atau lelaki atau yang keluar melalui duburnya. Demikian yang ditegaskan
as-Syafii – rahimahullah – dalam al-Umm dan disepakati oleh
ulama madzhab Syafiiyah.
(al-Majmu’, 2/4).

Dengan itu yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa jika memang ada hadas yang keluar, maka membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci berwuduk.
Cara mengelakkan was-was akibat kentut ialah berwudhu' dan solat dengan segera dan tetap yakin hingga anda dengar bunyi atau bau sahaja. maka ketika itu anda dikehendaki berwudhu' (bila dengar bunyi atau bau) (al-Sayyid Sābiq 1945. Fiqh As-Sunnah (Fiqh Sunnah).
Menurut Dr. Wahbah Az-Zuhaili[5], seseorang yang yakin bahawa dia telah kentut maka wudhu’nya akan terbatal serta merta sama ada angin tersebut mengeluarkan  bunyi atau tidak, berbau ataupun tidak.
Sebagai salah satu ikhtiar lain, eloklah kita berdoa agar kita dilindungi daripada wujud was-was bisikan syaitan tentang, “Aku ni terkentut atau tidak?Doanya ialah:


Yang membawa maksud: Aku perlindungkan akan dia dengan Allah yang Maha Esa
daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan
kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang
Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung.

Namun demikian, walaupun kentut merupakan nikmat Allah, seorang muslim sebaiknya tidak kentut di sembarang tempat. Hal ini dilakukan untuk menjaga etika dan tertib adab pada orang lain. Dalam hadis riwayat Aisyah, Nabi SAW bersabda:

إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ – رواه أبو داود
Maksudnya: Ketika kamu kentut ketika sedang solat, maka tutuplah hidung kamu
dan kemudian beranjak keluar (dari jamaah solat) (H.R Abu Daud).

Persoalan tambahan yang tidak kurang pentingnya adalah, apakah kita yakin kentut kita itu jenis kering atau mungkin basah (iaitu bercampur cecair atau bendasing lain)? Ini kerana agak kerap juga ianya kentut basah. Dengan sedemikian, nasihat terbaik yang boleh diberikan adalah: Jika anda terkentut, dan bercadang berwuduk, maka basuhlah (berinstinja’) dubur atau qubul terlebih dahulu.

NOTA:
Artikel pendek ini adalah kompilasi pelbagai sumber yang diperolehi oleh Dr Abdul Aziz Hussin





[1] Tina Comston. 7 Julai 2010, Farting – how much is normal and what can I do about it? https://u.osu.edu/buckmdblog/2010/07/07/farting-how-much-is-normal-and-what-can-i-do-about-it/
[2] Patricia Raymond, MD, HealthyWomenwww.healthywomen.org medical-expert. dalam jurnal “Refinery29/MSN
[3] Nick McDermott  “Top Trumps: Smelling farts may be good for your heart”. Thesun.co.uk  11 Julai 2016
[4] Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi. 676 H. Al-Majmu' sharh al-Muhadhdhab المهذب شرح المجموع.
[5] Dr. Wahbah Az-Zuhaili, 2017, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.

Apr 14, 2020

Pondok Telefon

Pada sekitar tahun 1960an-1980an, telefon awam amatlah memainkan peranan penting sebagai salah satu rangkaian penghubung maklumat yang murah dan berkesan. Pada satu tahap penggunaanya, orang yang mengunakan telefon agar ramai dan perlu beratur untuk menggunakannya, sehinggakan terpaksa dibuat kempen penggunaan telefon yang sopan dan bertimbangrasa. Namun mulai pertengahan tahun 1980an, penggunaan telefon awam semakin berkurangan dan mula diambilaleh oleh telefon bimbit, dan akhirnya telefon awam tinggal terbiar...



Apr 4, 2020

Bertemu Sahabat Lama

Pada 31 Januari 2020, sahabat rapat saya, Hj Zaki Mahmud dan isterinya Yaumee Hayati mengunjungi rumah saya di Taman Wangi Gua Musang Kelantan. Turut serta adalah Tengku Hayati dan suaminya Ahmad Abdullah dan abang Long. Kebetulan menantu saya, Abdul Latif juga ada di rumah. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah meriah..









Tangga Di Bukit ITM

Seorang sahabat saya telah mengirimkan gambar tangga yang kami biasa gunakan sekitar tahun 1976-1978 dari Kampus ITM (kini UiTM) Shah Alam untuk ke Perhentian Bas di tepi Lebuhraya Kuala Lumpur-Kelang. Kini tangga dan bangunan bangsal "Mamakteria" sudah tiada...


Abang Nawi Di Sungai Petani

Pada 29 Februari 2020, abang say, Mat Nawi dan isterinya Kak Yah serta anak mereka Ayu dan menantu Solehudin menziarahi saya di Sungai Petani. Terima kasih banyak-banyak... Semoga hubungan kekeluargaan kita tetap utuh hingga Jannah. Aamiiin










Sahabatku Mohd Nor Rashid Meninggal Dunia

Pada awal pagi 30 Januari 2020 saya menerima mesej berikut daripada Sdra Halim Daud,

Nak maklum sahabat kita Saudara Mohd Noor Rashid telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

Assalamualaikum wbt..

Sy mewakili keluarga almarhum ingin memaklumkan bhw solat jenazah di masjid besar pasir mas slps zohor 30/1/2020 & akn dikebumikan di kubur dusun nyior pasir mas..

Innalillahi wainnalillahi rojiun. Semoga roh arwah Md Nor Abd Rashid di tempatkan bersama2 dgn org2 yg beriman. Aamiin.




Di bawah ini gamar Allahyarham Mohd Nor yang ada dalam simpanan saya:


Saya memaafkan dan menghalalkan Allahyarham atas segalanya.

Erti Bacaan Solat

Ada orang sudah solat berpuluh tahun, tapi masih tidak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang mereka lakukan.. Ini boleh menjadi salah satu sebab kenapa kita tidak khusyuk dalam sembahyang. Di bawah ini diperturunkan makna atau maksud bacaan tersebut:

*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
Allah Maha Besar.

*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

*Bacaan ketika ruku'*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika bangun dari ruku':*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

*Bacaan ketika i'tidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

*Bacaan ketika sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

*Bacaan ketika Tahiyyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

*Bacaan ketika Tahiyyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat

Sabda Rasulullah SAW; 

*"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."*
(Hadis Riwayat Muslim)

Kredit: Nasha Nazlan

MUHASABAH DIRI & IKHTIAR KITA


Assalaamu’alaikum waroh matullaahi wabarokaatuh. Saya mengemukakan 2 cerita untuk kita sama-sama muhasabah diri:
Cerita 1: Cerita Seorang Pengusaha Kedai Makan
Zan dan suaminya menyewa sebuah gerai di pinggiran sebuah bandar. Mereka berniaga nasi dagang dan nasi kerabu, bermula sekitar tahun 2013. Mereka sungguh gigih berusaha dan perniagaan mereka cepat meningkat. Dari mulanya mereka dapat menhabiskan seperiuk nasi dagang dan seperiuk nasi kerabu (dan ada juga tak habis), namun 4 tahun kemudian perniagaan mereka meningkat dan nasi mereka sudah dengan beberapa periuk besar sehari. Pada awal 2017 mereka berpindah tapak dan menyewa dipinggir sebuah rumah. Mereka berpindah kerana mendapat tempat yang lebih besar, dan tempat pelanggan yang lebih selesa. Sebenarnya mereka menyewa daripada seorang penyewa. Pada masa itu, Zan telah menambah jenis jualan dengan menu tambahan iaitu laksam dan laksa. Mereka juga dapat menggaji 2 pekerja. Apa yang mereka tidak menjangkakan adalah kerenah dengan penyewa yang menyewakan tapak tersebut kepada mereka (saya namakan orang itu sebagai “YN”). YN menaikkan sewa sesuka hati dan jika tak setuju, YN menggertak supaya Zan pindah. Ada lagi pelbagai kerenah lain yang saya tak mahu dedahkan di sini. Pada 7 Ogos 2019, iaitu 4 hari sebelum Hari Raya Qurban, kedai mereka dilanda ribut, dan bumbung serta peralatan perniagaan musnah teruk. Zan meminta YN membaiki kerosakan namun setelah hampir dua bulan YN masih enggan membaikinya, dan kerana Zan terdesak akibat hilang sumber pendapatan, dia berusaha sendiri mencari tuanpunya sebenar rumah tersebut, yang akhirnya Zan berjaya, dan terbongkar cerita bahawa YN dah lama tidak membayar sewa. Akhirnya tuan rumah menamatkan sewaan YN dan terus membuat perjanjian sewaan dengan Zan, yang sewanya lebih rendah daripada sebelumnya, dan ini pula termasuk sewaan rumah. Jika kita baca facebook Zan, dia beberapa kali menyebut, antaranya, “Apa yang berlaku, ada hikmahnya” dan dia berdoa agar kesukaran itu berakhir. Alhamdulillah, akibat ribut, yang menjadi asbab terungkai masaalahnya, dan perniagaan Zan kini berkembang, dengan menambah lagi menunya dengan nasi budget, mihun sup dan nasi air. Pelannggan makin bertambah, sehingga kerap kena beratur untuk membuat pembelian. Bilangan pekerja juga telah bertambah menjadi 5 orang. Alhamdulillah, alhamdulillah...alhamdulillah..
Cerita 2: Cerita Covid-19 Melanda Dunia
Pada awal Mac 2020 Wabak  Covid-19 melanda dunia, dan Malaysia tidak terkecuali. Mulai 18 Mac  2020 Kerajaan mengenakan Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac, dan kemudiannya disambung pula hingga 14 April 2020. Maka bermulalah pelbagai “kesukaran dan cabaran” yang perlu diharungi oleh rakyat dan Pemerintah. Pemerintah  mula bertindak makin agresif untuk mengekang penularan wabak ini, dan meminimakan impak negatifnya semasa wabak dan selepas wabak, termasuk mempelkenalkan “bajet khas” yang diumumkam oleh Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.. Majoriti rakyat berganding bahu menyokong ikhtiar ini (namun minoriti ada juga yang menentang dan “tidak ambil kesah”).  Bagi kita Orang Islam, wabak ini tentunya datang daripada kuasa Allah SWT, yang tujuannya, hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Namun kita yakin dan percaya, atas nama Allah Yang Pemurah Lagi Amat Mengasihani, wabak ini akan berakhir: Dengan syarat kita berikhtiar, berdoa dan bertawakkal agar ia berakhir. Jangan lupa kita memohon keampunan dariNya.
Saya percaya, setelah berakhirnya wabak ini, InsyaAllah kita akan bertambah makmur. Lihatlah bukti “Cerita 1” yang saya paparkan. Allah SWT Maha Adil dan Maha Bijaksana. Kita jangan berputus asa, jangan tinggalkan solat dan lain-lain perintah Allah SWT, dan jangan sekali-kali melawan Allah SWT.



Jan 30, 2020

Mesyuarat SOP Al Khatiri

Pada 22 Januari 20202, saya mengetuai penyediaan SOP untuk Al Khatiri Group, Kubang Kerian, Kota Bharu. Gambar menceritakan keaktifan mesyuarat/sumbangsaran.














Mendaki Gunung Jerai

Pada 3 Disember 2019, saya, isteri, 4 anak, 3 cucu, 2 menantu telah mendaki Gunung Jerai, Yan, Kedah.
Macam-macam peristiwa lucu dan mendebarkan...
Termendaki hingga ke pagar Pusat Kawalan komunikasi ATM, dan terpaksa patah balik dengan amat berhati-hati, pergi ke Telaga Tok Sheikh  (jumpa orang separuh betul), masuk ke Jerai Resort (parking fee untuk 2 kerta tapi resit dikeluarkan hanya untuk sebuah jer)..dan macam-macam...