Nov 25, 2011

Suatu pagi di Kuala Perlis

Pada awal pagi 20 November 2011, saya berada di Kuala Perlis, dalam perjalanan ke Langkawi. Gambar-gambar berikut menceritakan banyak perkara...





Hidup ini penuh kembara..kadang seolah KEMBARA DI TANAH GERSANG.. DEMI MENCARI KEHIDUPAN DAN REZEKI YANG HALALAN TOYYIBAH




Berkongsi Ilmu 30: Kursus Tatatertib PBBM Langkawi

Pada 22-24 November 2011, bertempat di de Baron Resort, Langkawi, Kedah, saya menjalankan ceramah/kursus "Pemahaman dan Aplikasi Peraturan Tatatertib"  anjuran Yayasan Amanah Latihan Berkanun Malaysia. Terdapat pegawai-pegawai daripada SEDCO, LADA, FINAS, dan Perbadanan Putrajaya, yang hadir. Sambutan amat baik dan perbincangan tertumpu kepada isu dan aplikasi sebenar peraturan tatatertib di organisasi, termasuk semasa sesi sumbangsaran. Alhamdulillah...





Kita jiwang-jiwang kejap, sebelum pulang, yer, he he...




Berkongsi Ilmu 29: Kursus Membina Potensi Diri, PBBM, Kuching

Pada 27-29 Oktober 2011, bertempat di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak, saya menjalankan ceramah/kursus "Membina Potensi Diri"  anjuran Yayasan Amanah Latihan Berkanun Malaysia. Terdapat pegawai-pegawai daripada PTPTN, Imigresen, IPK, UMP, dan KKM yang hadir. Sambutan amat baik dan banyak perbincangan berlaku antara satu sama lain, termasuk semasa sesi sumbangsaran. Alhamdulillah...











Berkongsi Ilmu 28: Kursus AkauntabilitiIntegriti PBBM, Kuching

Pada 24-26 Oktober 2011, bertempat di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak, saya menjalankan ceramah/kursus "Akauntabiliti & Integritit"  anjuran Yayasan Amanah Latihan Berkanun Malaysia. Terdapat pegawai-pegawai daripada PTPTN, PPUKM, MARDI, UMP, NSR dan SSM yang hadir. Sambutan amat baik dan banyak perbincangan berlaku antara satu sama lain, termasuk semasa sesi sumbangsaran. Alhamdulillah...





Jeruk..oooo..Jeruk... Teruk..oooo...terukkkk....

Di suatu tempat di Pulau Pinang, ada JERUK PENANG (PINANG????)  tau...!! he he he he...

Nak tanya..
1. Kenapa ejaan "MUHAMMAD" tu ada tanda baca, tetapi "ALLAH" tak pula diletakkan tanda baca?
2. Ada ker, "mangga kulit"? Mangga telor, mangga kampung, mangga harum manis... ada la pernah dengar
3. Buah kabung dijeruk juga ker? Tak pernah makan la pulak "kabung jeruk"..he he he..
4. "Lain-lain barang-barang am" pun ada juga dijeruk?  Termasuk "buah kulubi" la kuit....hi hi hi..

Nov 16, 2011

Keluarga abang angkat

Pada malam 15 November 2011, satu keluarga angkat saya dari Kelantan datang ke Pulau Pinang, dalam perjalanan menghantar anak sulong (perempuan) mereka ke UiTM Arau, Perlis. Mereka bermalam di rumah saya di Pulau Pinang. Oleh kerana ini kali pertama mereka menjejakkan kaki ke Pulau Pinang, maka saya pun membawa mereka ronda sebahagian pulau, Pulau Pinang.. makan pesambur, jagung bakar, he he... Semoga mereka seronok....
 



Kalau kita panjang umor, semoga kita dapat berjumpa lagi.... Dan semoga anak-anak Abang Nor cemerlang dalam kehidupan dan dalam pencarian ilmu. InsyaAllah...

Nie hadiah lagu untuk Abang Nor sekeluarga...


Nov 2, 2011

Melancong ke Kuching, Bau dan Serikin, Sarawak

Pada 29 Oktober 2011, saya dan sekumpulan peserta kursus telah berpeluang untuk meneroka sebahagian kecil Sarawak, iaitu di Kuching, Bau dan Serikin:

a. Ini di Pekan Hujung Minggu (sabtu-ahad) di Serikin






b. Ini satu tempat persinggahan pelancong di Bau



c. Ini pula di sekitar Bandaraya Kuching (gambar diambil pada 21-26 Oktober 2011)






Semasa di atas perahu menyeberangi Sungai Kuching ni, teringat lagu Ben Nathan, STANZA SEPI SEKEPING HATI...





Di HENTIAN INI...