Mulai 1 Januari 2014, Negeri Johor (untuk pentadbiran awam Negeri dan badan-berkanun Negeri sahaja) akan bercuti hujung minggu pada jumaat dan sabtu.
Berikut beberapa laporan yang relevan:
Cuti mingguan Johor diubah kepada Jumaat dan Sabtu
http://www.astroawani.com/news/show/cuti-mingguan-johor-diubah-kepada-jumaat-dan-sabtu-25867
MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni
Almarhum Sultan Iskandar menitahkan pertukaran cuti minggu negeri Johor kepada
hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.
Titahnya pertukaran cuti tersebut bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu
segala hari.
Keputusan itu dibuat selaras dengan negeri Johor yang paling awal mengiktiraf
agama Islam sebagai agama rasmi.
Titah baginda keputusan muktamad itu dibuat selepas membuat penilaian terhadap
beberapa pandangan.
Titahnya, ia bagi memudahkan kaum lelaki yang beragama Islam menunaikan solat
Jumaat dalam keadaan sempurna dan tidak tergesa-gesa.
“Jika kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk
solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu khutbah Jumaat pula
sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan selepas selesai solat
mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak sempat untuk menunggu imam
membaca doa dan mengaminkannya. Kita semua sedia maklum bahawa di Malaysia ini
masih ada beberapa buah negeri yang mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang
diamalkan cuti hari Jumaat negeri Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini.
Oleh yang demikian setelah dinilai banyak pandangan saya telah membuat
keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan
Sabtu.”
Baginda bertitah demikian pada majlis sambutan Hari Keputeraanya kali ke -55 di
Dewan Jubli Intan Muar, Johor.
Jelas baginda hari Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan dan umat
Islam wajar memperbanyakkan amalan yang dituntut kerana ganjarannya yang besar
dan berlipat kali ganda.
Negeri Johor pernah menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu
sebelum tahun 1994.
Malah negeri lain seperti Kedah, Kelantan dan Terenganu turut mengamalkan cuti
Jumaat dan Sabtu sebagai cuti minggu di negeri tersebut.
Sementara itu, baginda menyarankan agar Majlis Agama Islam negeri Johor (MAIJ)
mewujudkan talian secara online bagi menyalurkan maklumat berkaitan agama
kepada seluruh umat islam.
Ianya bagi memberikan maklumat yang betul kepada umat Islam melalui satu sumber
yang boleh dipercayai.
Swasta tidak terikat cuti
Jumaat, Sabtu - MB Johor
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131124/dn_26/Swasta-tidak-terikat-cuti-Jumaat,-Sabtu---MB-Johor
PASIR GUDANG
24 Nov. - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak
swasta tidak terikat dengan pelaksanaan pertukaran cuti hujung minggu dari
Sabtu dan Ahad ke Jumaat dan Sabtu di negeri ini bermula awal tahun depan.
"Terpulang
kepada pihak swasta untuk mengikutnya atau tidak," katanya kepada
pemberita selepas aktiviti gotong royong di Taman Dahlia di sini Ahad.
Beliau
berkata, sebelum ini Johor pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada Jumaat
iaitu sebelum 1994 dan ia dijangka tidak akan memberi kesan besar terhadap
ekonomi Johor.
Mohamed
Khaled berkata, sektor perniagaan dan pelaburan tidak akan terkesan secara
negatif malah mendapat lebih manfaat kerana pejabat kerajaan negeri beroperasi
pada Ahad.
"Sebelum
ini terdapat rungutan bahawa sektor swasta tidak dapat berurusan dengan jabatan
kerajaan negeri kerana kesibukan urus niaga tetapi sekarang dengan pertukaran
tersebut kita harapkan mereka akan datang kerana kita akan bekerja pada
Ahad," katanya.
Sebuah media
Singapura, Channel News Asia melaporkan keputusan itu akan menjadikan
Johor sedikit kurang menarik untuk pelaburan selain ia tidak tepat pada masanya
berikutan kerjasama dalam pelbagai sektor semakin meningkat antara Johor dan
republik itu.
Mohamed
Khaled berkata, sememangnya akan ada perbezaan pendapat apabila sesuatu yang
baharu dilaksanakan namun yakin ia tidak memberi kesan besar terhadap ekonomi.
Kerajaan
negeri, katanya, akan memaklumkan kerajaan pusat mengenai pertukaran cuti
hujung minggu itu sebelum 1 Januari tahun depan.
"Ini
akan memberi masa untuk kerajaan pusat mengkaji sebelum membuat keputusan sama
ada jabatan dan agensi kerajaan pusat akan mengikuti keputusan untuk tidak
bekerja pada Jumaat dan Sabtu," katanya.
Pertukaran
cuti hujung minggu itu dititahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
pada majlis Doa Kesyukuran, Majlis Terimaan, Majlis Menghadap Takzim dan Majlis
Darjah dan Pingat sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda di Dewan
Jubli Intan Sultan Ibrahim di Muar Sabtu. - BERNAMA
Berikut senarai Negara di dunia yang salah satu hari CUTI MINGGUAN adalah Hari Jumaat:
Afghanistan
Algeria
Arab Saudi
Bahrain
Bangladesh
Brunei
Darussalam
Emirates
Arab Bersatu
Iran
Iraq
Israel
Jordan
Kuwait
Libya
Maldives
Mauritania
Mesir
Oman
Qatar
Sudan
(Republik Islam)
Syria
Yemen
Nota:
Austria
(Jumaat bekerja separuh hari)
Sila teliti kenyataan berikut tentang justifikasi CUTI HARI JUMAAT di Arab Saudi...
24 June 2013
Last updated at 12:24 GMT
http://www.bbc.co.uk/news/business-23031706
Saudi Arabia switches start of
weekend from Thursday to Friday
Saudi Arabia
is to change the start of its two-day weekend from Thursday to Friday, official
sources say.
The change
will bring it into line with other countries in the region and help co-ordinate
business and banking days.
A similar
proposal in 2007 was rejected, but the Saudi business community has been
lobbying for the change so that it can harmonise its activities with regional
commercial hubs, such as Dubai. A royal decree takes effect this week.
After Oman
switched to a Friday-Saturday weekend last month, Saudi Arabia was the only
country left among the six-member Gulf Co-operation Council to persist with the
old format.
A statement
carried by the the national Saudi news agency SPA said the change, decreed by
King Abdullah, was "for the sake of putting an end to the negative effects
and the lost economic opportunities consistently associated with variation
based on work days between local departments, ministries and institutions and
the regional and international counterparts."
It will mean
that Saudi businesses will now have four working days overlapping with Western
and regional businesses rather than three, making it easier to trade.
Friday
remains a holiday in Muslim countries because it is a holy day set aside for
communal prayer.
Friday-Saturday weekend to up
productivity
Arab News
2013 Tuesday, 26 November 2013 | 22
Muharram 1435 AH
The Shoura
Council will soon discuss the issue of changing the country’s weekend to Friday
and Saturday instead of Thursday and Friday.
Shoura
member Khidr Al-Qurashi said the idea of changing the weekend had been brought
up before but not discussed. He said a change would benefit financial
institutions, foreign agencies and citizens.
Saud
Al-Shammari, a member of the Shoura’s foreign affairs committee, said Saudi
Arabia was different from other countries in the world in terms of weekend
holidays. Neighboring Middle East countries have their weekend on Friday and
Saturday, which means Saudi Arabia has four working days coinciding with them,
and only three with other countries.
Shoura
member Asia Al-Asheikh supports a change, saying it would increase productivity.
Fuad Halabi,
chairman of the foreign investment committee at the Jeddah Chamber of Commerce
and Industry (JCCI), said the Thursday and Friday holiday prevents many Saudi
companies from communicating and managing their interests with their
international counterparts for two days of the week. They are only able to have
three days for international dealings because overseas countries have their
weekends on Saturday and Sunday. Approving Saturday instead of Thursday would
be better for foreign trade, he added.
Yasin
Al-Jifri, a financial analyst, said four days are lost currently in
communication with foreign companies, which has an impact on traders and banks.
“I hope the new weekend holiday is implemented.”
The head of
the JCCI’s securities committee, Muhammad Al-Nufaie, said working on Saturday
has an impact on important sectors of the local economy.
Having
Saturday as a holiday is an economic requirement to connect the Kingdom with
the international economy, he said.
Berikut adalah FATWA
tentang...
Pertukaran Cuti Hujung Minggu
Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad
Bahagian
Pengurusan Fatwa
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia
Aras 5, Blok
D7, Kompleks D,
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
W.P
Putrajaya
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/pertukaran-cuti-hujung-minggu-dari-hari-jumaat-ke-hari-ahad-0
Status Penwartaan: Tidak Diwartakan
Tarikh
Keputusan: 11 May, 1988
Keputusan:
Islam tidak
mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan
suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka
bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu,
hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang
bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja. Adalah
wajar diteruskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti yang menjadi tradisi
dan adat resam Melayu di Negeri Perlis. Masyarakat Islam Perlis telah biasa dan
sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja
menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan
pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah
tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian
membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak
langkah mereka. Sedangkan rasulullah saw bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang
menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia
tergolong dari kalangan mereka. Oleh itu, Jawatankuasa Syariah bersetuju
sebulat suara bahawa cuti mingguan dikekalkan pada hari Jumaat, Jawatankuasa
Syariah juga bersetuju sebulat suara mendesak Majlis Agama dan Adat Istiadat
Melayu Perlis mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu itu.
Ini pula versi saya tentang cuti hari Jumaat:
1. Seingatan saya, selain Perlis, negeri Pahang dulu pun bercuti pada hari Jumaat.
2. Bagi saya yang sering berada di syaf hadapan pada waktu sebelum sehingga selepas solat Jumaat, di negeri yang tidak bercuti hari Jumaat, saya dapati "ramai juga" yang datang untuk solat jumaat yang muncul pada bahagian akhir khatib membaca khutbah, atau apabila hampir sahaja solat jumaat akan di dirikan, dan keluar dengan segera sebaik sahaja imam memberi salam siap solat. Jika khutbah Jumaat agak panjang, maka ada yang resah, dan ada yang akan memberikan komen apabila pulang ke pejabat selepas itu. Ada juga orang Islam lelaki, yang saya difahamkan oleh staf wanita, yang mengambil kesempatan rehat jumaat untuk keluar "ke tempat lain, selain ke mesjid". Ramai juga yang datang itu dengan pakaian kerja, seperti berseluar panjang (yang saya bimbang juga ianya sudah tidak bersih bagi tujuan menunaikan solat sebab sudah dipakai separuh hari dan sudah menjelajah ke banyak tempat termasuk tandas)(kecuali bagi mereka yang sudah mengambikira bahawa seluar tersebut akan digunakan untuk bersolat jumaat dan yakin ianya bersih).
3. Di negeri yang hari Jumaatnya adalah hari bercuti, saya dapati ramai juga para ahli jemaah yang mengambil peluang bersua muka dan mengambil masa bertemu sahabat handai bersantai dalam kumpulan kecil di sana sini di dalam kawasan masjid sebaik sahaja selepas solat jumaat. Ini suatu yang baik untuk jalinan kemasyarakatan.
4. Saya lebih suka cuti hujung minggu adalah hari Jumaat dan sabtu.
5. Dalam kes Negeri Johor, adalah elok jika SEMUA perkhidmatan (jabatan dan badan berkanun Negeri DAN Persekutuan) menseragamkan cutinya iaitu JUMAAT DAN SABTU. Ini bagi mengelakkan "kecelaruan" dan "salah faham/mengerti" kepada pelanggan yang mahu berurusan, dangan soalan: "Hari ni hari apa? Sebab saya nak berurusan dengan Jabatan..., yang cuti atau tidak pada hari ni?". Lagipun, kalau diselaraskan diantara Negeri dan Persekutuan, maka ia benar-benar menampakkan "kesepakatan".Jika Negeri, ikut cuti Negeri (jumaat dan sabtu), dan Persekutuan, ikut cuti Persekutuan (sabtu dan ahad), maka makin "bercelaru" dan lebih menyukarkan rakyat termasuk penjawat awam. Contohnya, si suami bekerja sebagai penjawat awam Persekutuan, dan si isteri yang bertugas sebagai penjawat awam Negeri, maka pasangan ini cuma dapat bersama untuk berziarah dan lain-lain cuma pada hari sabtu sahaja. Bagaimana pula jika mereka ada anak yang bersekolah (sekolah di bawah Kerajaan Persekutuan). Alangkah eloknya jika "diharmonikan" menjadi SEMUA (Jabatan dan badan berkanun Persekutan dan Negeri) CUTI HARI JUMAAT DAN SABTU (seperti diamalkan di Kedah, Kelantan dan Terengganu).