Feb 26, 2013

Kuah Dal

Salah satu makanan kegemaran saya adalah coti canai (kosong atau bertelor)(bukan roti canai tu bertelor, yakni mengeluarkan telor, tapi roti canai tu dimasukkan telor semasa hujung sesi pencanaiannya sebelum digoreng).....
Salah satu kuah yang saya amat minat semasa makan roti canai adalah kuah dal (dhal)(bukan dhab, he he he..). Kalau nak makan roti canai, kena la pergi ke kedai/warung roti canai, kan? Tapi, kalau malas nak pergi, boleh juga beli roti canai segera dan masak/goreng sendiri.
Masaalahnya, macam mana nak dapatkan kuah kegemaran, kacang dal???? Tak kan nak pergi ke kedai roti canai dan,..."Nak beli kuah dal, boleh, mamak?"
Jadi, macam mana nak selesaikan masaalah ni? Emm, buat sendiri la wey...
Semalam, 25 Februari 2013, saya belajar buat kuah dal sendiri daripada seorang "Mami"... Ha, ni la resepinya...

Bahan-bahan dan caranya:
Kacang dal (dibasuh) dan direbus dengan sedikit serbuk kari ikan dan kunyit.
Bawang merah (dimayang halus), bawang putih (dimayang halus), halba campur, dan daun kari ditumis dengan sedikit minyak. Boleh juga dimasukkan cili kering yang dipotong besar. Kemudian masukkan bahan tumis ini ke dalam rebusan dal tadi. Masukkan sedikit gula dan garam.
Boleh ditambah dengan ubi kentang, terung dan lobak merah.

Saya dah buatnya malam tadi. Emmm...sedaaap...
Anakanda abah dengan gelaran "Abang Cik" yang suka memasak tu, nak cuba?

Ni gambarnya...

Feb 24, 2013

Ada apa di sebaliknya?

Cuba perhatikan 2 gambar berikut, dan perkataan-perkataan yang digunakan... Saya rakamkan 2 gambar tersebut di sebuah sekolah menengah di Kedah. Apa yang anda faham? Tentu ada sesuatu yang nak disampaikan, kan?


Kenduri Kahwin

Pada 23 Februari 2013, saya menghadiri kenduri perkahwinan anak seorang sahabat saya, seorang pensyarah USM, sdra Roslan Talib di Kg Kota Aur, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Emm, meriah juga kenduri ni.... Maklum la, diadakan di kampung, kan? Best sangat nampak suasana kenduri tu.., TAHNIAH....



Feb 22, 2013

Berkongsi Ilmu 57: Kursus/Bengkel PENYELIAAN EFEKTIF

Pada 20 November 2012, saya mengendalikan kursus/bengkel "PENYELIAAN EFEKTIF" untuk sekumpulan panjawat USM. Alhamdulillah kursus/bengkel ini berjalan lancar dan peserta memberikan respon yang amat mengalakkkan. Semoga "Majilis Ilmu" pada hari tersebut dapat disebarluas dan dimanfaatkan dalam urusan rasmi dan famili. Jumpa lagi....