Salah satu makanan kegemaran saya adalah coti canai (kosong atau bertelor)(bukan roti canai tu bertelor, yakni mengeluarkan telor, tapi roti canai tu dimasukkan telor semasa hujung sesi pencanaiannya sebelum digoreng).....
Salah satu kuah yang saya amat minat semasa makan roti canai adalah kuah dal (dhal)(bukan dhab, he he he..). Kalau nak makan roti canai, kena la pergi ke kedai/warung roti canai, kan? Tapi, kalau malas nak pergi, boleh juga beli roti canai segera dan masak/goreng sendiri.
Masaalahnya, macam mana nak dapatkan kuah kegemaran, kacang dal???? Tak kan nak pergi ke kedai roti canai dan,..."Nak beli kuah dal, boleh, mamak?"
Jadi, macam mana nak selesaikan masaalah ni? Emm, buat sendiri la wey...
Semalam, 25 Februari 2013, saya belajar buat kuah dal sendiri daripada seorang "Mami"... Ha, ni la resepinya...
Bahan-bahan dan caranya:
Kacang dal (dibasuh) dan direbus dengan sedikit serbuk kari ikan dan kunyit.
Bawang merah (dimayang halus), bawang putih (dimayang halus), halba campur, dan daun kari ditumis dengan sedikit minyak. Boleh juga dimasukkan cili kering yang dipotong besar. Kemudian masukkan bahan tumis ini ke dalam rebusan dal tadi. Masukkan sedikit gula dan garam.
Boleh ditambah dengan ubi kentang, terung dan lobak merah.
Saya dah buatnya malam tadi. Emmm...sedaaap...
Anakanda abah dengan gelaran "Abang Cik" yang suka memasak tu, nak cuba?
Ni gambarnya...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.