Sebaik tiba, saya terpandang beberapa ekor burung "gembala kerbau" (nama saintifiknya Acridotheses tristis) sedang berada di hadapan tempat letak kerata yang lazim saya meletakkan kenderaan saya. Rasa hairan juga dihati, kerana rasanya belum pernah sebanyak itu burung-burung berkenaan seperti "menunggu" saya, sambil riuh berkicau...
Lalu saya teringat di dalam pejabat saya masih berbaki beberapa keping roti. Saya segera naik ke pejabat saya, dan mengambil roti, dan segera turun, dan mencubit-cubit roti tersebut menjadi beberapa bahagian kecil agar burung-burung tersebut senang memakannya. Setelah saya "taburkan" roti tersebut, maka banyak pula burung yang datang berebut makanan itu.. Oooo.. mereka lapar....
Bersyukur kita kerana ada makanan yang dapat kita makan. Namun, insaflah bahawa banyak/ramai lagi yang memerlukan makanan...kerana "mereka lapar"...
Jadi,
JANGAN MEMBAZIRKAN MAKANAN
SEDEKAHKANLAH REZEKI KITA KEPADA ORANG/MAKHLUK LAIN JUGA
JANGAN TAMAK UNTUK DIRI SENDIRI SAHAJA
TANAMKAN RASA SYUKUR, BAHAWA "AKU ADA MAKANAN"...