Nov 17, 2013

Larian Jambatan Pulau Pinang 17 November 2013

Ini gambar yang saya rakam pada awal-awal pagi 17 Nov. 2013, dimana sebahagian besar peserta telah mula turun dari jambatan. Peserta mula kelihatan menuju jambatan sekitar jam 1.30 pagi lagi...





GEORGE TOWN, Nov 18 — The 2013 edition of the Penang Bridge International Marathon was a special occasion for two different reasons.
First, the annual event saw a record participation of 47,000 runners and second, it is said to be the last edition held at the Penang Bridge before shifting to the Second Penang Bridge next year. ...
Besides the full marathon (42.2km), the event also featured other categories such as the half marathon (21km) and the 10km and 5km fun runs.
The Malay Mail Online

Bermacam-macam "Larian", "Berjalanan", "Berkayuhan", "Berenangan", "Berbasikalan", dan sebagainya yang dilakukan dengan pelbagai tujuan, termasuk "mencari nama" (publisiti, dan sebagainya). Cuma, kadangkala terlintas di benak saya, "Jika yang melakukan itu orang Islam, masa mana mereka melaksanakan ibadat solat?"

Kita ambil analogi berikut: 
Katakan yang menyertai larian Jambatan Pulau Pinang tu berjumlah 40, 000 orang. Katakan, jumlah orang Islam yang menyertainya, 20,000 orang, dan 10,000 daripadanya tidak dapat/mampu menunaikan solat atas alasan "uzur syarii" dan sebagainya yang sah. Bagaimana dengan baki orang Islam seramai 10,000 lagi tu? Kat mana mereka bersolat subuh? Acara bermula sekitar jam 1.30 pagi dan tamat sekitar jam 9.30 pagi (pukul rata). Mungkin separuh daripada 10,000 tu menyertai larian selepas solat subuh (tu pun kena ambil yang larian terpendek 5 km la, baru sempat tamat sebelum jam 9.30 pagi). Saya tidak temui "Tempat Muslim Bersolat" sementara yang disediakan, di mana-mana tempat sepanjang laluan (Maafkan saya jika sebenarnya "ada"). Baki 5000 orang lagi tu tak bersolat ker? Jangan la kerana "larian", maka kita lari daripada mengerjakan solat. 
Hal ini berlaku juga kepada jenis aktiviti yang hampir sama yang namanya seperti, "Berjalanan", "Berkayuhan", "Berenangan", "Berbasikalan", Berkonvoian", "Berenangan", "Berdakian", "Berjelajahan", dan sebagainya, yang dibuat secara solo atau berkumpulan. Pihak penganjur dan/atau peserta Islam sepatutnya (?)(mesti!!!) mengambilkira perkara penting ini: iaitu bersolat. Tidak dapat dinafikan memang ada acara sedemikian yang saya tahu, menyediakan waktu dan/atau tempat bagi menunaikan ibadat solat, namun jumlah atau bilangan aktiviti atau acara yang melaksanakan hal sedemikian (melaksanakan solat), (dengan meminjam kata P.Ramlee dalam filem "Nujum Pak Belalang"), ianya dalam kategori, "jarang-jarang" atau "kadang-kadang".

2 comments:

  1. Saya dan anak2 sering mengikut jamboree mountain bike di mana2 saja event diadakan..Apapun tiada alasan untuk skip solat..mau pun ketika menonton bola atau konsert...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Sdra adalah "keluarga contoh". terima kasih....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.