Dec 26, 2013

“Ayat 1000 Dinar‎”



Sejarah Dinamakan “Ayat 1000 Dinar‎”

Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki di sebuah negara di Timur Tengah yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Ayat tersebut adalah seperti berikut:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya (daripada sumber) yang tidak di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya (dalam segalanya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.


Maka beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎ Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir. Kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak dengan kuatnya. Namun pedagang  tidak putus-putus membaca ayat tersebut, sehingga sampai satu ketika kapal itu pun karam dan semua anak kapal mati lemas, kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎ Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar “Ayat ‎‎1000 dinar”.‎

Dec 23, 2013

Sahabat lama... Halim Daud

Ini gambar sahabat saya HALIM DAUD dan isterinya, yang kini "berhijrah" dan menetap di satu kampung di Perlis. Setelah berpencen, dan semua anak telah berkeluarga/mencari kehidupan sendiri, maka mereka kini tingal berdua dengan bertemankan sebidang tanah pertanian yang terletak di tepi sebuah sungai yang kecil.... Sunggguh menarik tempatmu, wahai sahabat. tenang dan menenangkan jiwa...

Saudara Halim, ini saya hadiahkan sebuah lagu, nyanyian Abiet G. Ade, berjodol "BERITA KEPADA KAWAN"..

Yang TERSEMBUNYI dan TERSIRAT

Perhatikan gambar berikut: Apakah yang TERSEMBUNYI dan TERSIRAT disebaliknya?



Dec 18, 2013

Sekitar Kenduri Sempena Pernikahan Luqman

Berikut beberapa gambar kenangan kenduri sempena pernikahan anak saya, Luqman Nulhaqem pada 14 Disember 2013, di Jengka 24, Pahang:







Dec 17, 2013

Anugerah "Sijil Dekan"

Berikut gambar-gambar sebahagian pelajar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan & Perancangan, USM yang mendapat Anugerah "Sijil Dekan" atas kecemerlangan akademik (mendapat GPK 3.50 ke atas) pada petang 16 Disember 2013:


TAHNIAH kepada semua mereka. (TAHNIAH juga kepada Kak Lang, Nur Izzatul Asyqem, anak abah tu, yang setakat ni, setiap semester mendapat Anugerah yang serupa, he he he...)
Apapun, seperti nasihat Dekan, Prof Madya Dr Aldrin Abdullah, "...kita juga mesti cemerlang dalam sahsiah diri, kemahiran perhubungan sesama dan antara manusia, dan lain-lain..."
SEMOGA ANDA SEMUA BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.

Dec 16, 2013

Abang Ngah Kahwin...

Pada jumaat, malam sabtu 13 Disember 2013 (10 Safar 1435) berlangsung Majlis Akad Nikah anak lelaki saya (Abang Ngah)(Luqman Nulhaqem) dengan Norhasliza Ramli, di Jengka 24, Pahang. Alhamdulillah akad nikah tu lancar (sekali sebut jer lafaznya..), he he he..

a. Rombongan pengantin lelaki



b. Urusan Akad nikahnya



 c. Ahli keluarga pengantin perempuan












PESAN ABAH:
SETELAH BERGELAR SUAMI-ISTERI TU, KENA BANYAK SABAR, KENA BANYAK BERUNDING, KERAPKAN SOLAT BERJEMAAH (Abang Ngah menjadi imam), SAMA-SAMA BERUSAHA GIGIH DAN TABAH MENCARI REZEKI YANG HALAL. BERDOALAH SETIAP MASA AGAR MENJADI KELUARGA YANG TERBAIK (DUNIA DAN AKHIRAT). Aamiiin....

Dec 13, 2013

Ceramah Anjuran Setiausaha Kerajaan Kelantan: "Kemiskinan Bandar"

Berikut gambar-gambar Seminar Pembangunan Tanah anjuran Pejabat SUK Kelantan dan Persatuan Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Kelantan yang diadakan pada 9 Disember 2013 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu. Saya menyampaikan ceramah dan diskusi, 
"KEMISKINAN & PEMBANGUNAN BANDAR: PERSPEKTIF PEMILIKAN HARTA"






Dec 12, 2013

Kenduri Kerana Berkhatan

Gambar ini diambil pada 8 Disember 2013 di sebuah Kampung Bintung, dekat Kangar, Perlis. Musim cuti sekolah ni, ramai la budak lelaki yang kena "sembelih", ops, dikhatankan..he he he.. Mesti "kena" la acara tu seorang sekali (pssst, termasuk saya)... Tapi, ada pula la dibuat kenduri... (walaupun yang makan kenduri tu tak ler termasuk budak yang dikhatankan...)


Tandas VIP?

Berikut adalah gambar menunjukkan satu tandas di satu masjid yang dikunci, yang dikhaskan untuk VIP. Dengan melihat keadaan tandas, VIP mana yang sudi masuk ke tandas dan kemudian menggunakan tandas tersebut? Atau....perkataan "VIP" tu, bermaksud apa?




Dec 3, 2013

Di Sempadan Kelantan-Thailand

Gambar-gambar berikut saya ambil pada 6 November 2013 di beberapa lokasi sempadan Kelantan-Thailand. Gambar-gambar ini menceritakan, mempunyai versi, terdapat  kesan, dan perlukan tindakan, dalam banyak perkara. Tafsirkan sendiri...




 


YANG MANA SATU?



Bagai Melepaskan Batuk Di Tangga

Bagai Melepaskan Batok Di Tangga

Bagai Melepaskan Betok Di Tangga


“Betuk” adalah nama lain bagi ikan puyu (anabas testudineus).

“Batuk” adalah mengeluarkan nafas dari para-paru dengan keras dan bising bunyinya (Kamus DBP).

“Batok” pula adalah sejenis perkakas penceduk yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Pada dahulu kala, menurut adat orang Melayu, sebelum seseorang naik ke atas rumah, orang berkenaan akan membasuh kaki dulu menggunakan air dari satu bekas bernama tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan tersebut.