Pada
musim kemarau, beberapa jenis haiwan
akan “bertapa” di dalam tanah demi kelangsungan hidup mereka, dan ini merupakan
putaran kehidupan yang mereka perlukan.
Manusia
dan kebanyakan makhluk lain akan lebih mudah bergerak dengan selamatnya (berbanding
pada musim hujan atau banjir).
Kerja-kerja
tanah (projek membina jalan, tapak perumahan) termasuk kerja pembinaan laluan
air, empangan, kerja bawah tanah, perlombongan/penggalian bawah tanah yang lebih sesuai dilaksanakan pada musim
kemarau.
Beberapa
penyakit berkaitan alahan juga akan berkurangan/hilang apabila tibanya musim
kemarau.
Pakar
pertanian menyatakan bahawa beberapa jenis kajian berkaitan tanaman amat sesuai
dilakukan pada musim kemarau.
Kajian
di beberapa tempat di seluruh dunia mendapati apabila tiba musim kemarau, kadar
jenayah akan menurun.
Apabila
kolam, empangan atau sungai hampir kering akibat kemarau, rezeki dari sumber
air (ikan dan sebagainya) akan mudah diperolehi.
Ahli
pertanian menyatakan bahawa banyak jenis penyakit berkaitan tanah yang
membahayakan tanaman dan manusia serta haiwan akan hilang (terhapus) apabila
tanah menjadi kering kontang akibat kemarau. Dengan itu penanaman pada musim berikutnya menjadi lebih baik dan lebih produktif.
Pakar
kesihatan (berkaitan manusia, haiwan, tumbuhan) menyatakan bahawa beberapa
jenis kajian pengawalan penyakit amat sesuai dilakukan pada musim kemarau.
Rezeki
penjual air, aiskrim, cendol, air kelapa, nira, air tebu, dan seumpamanya akan meningkat.
Aktiviti pengeringan (kelapa, daunan seperti tembakau, herba) dan makanan (ikan dan makanan laut yang lain) akan lebih mudah, cepat dan menjimatkan, serta lebih bagus hasilnya jika dilakukan pada musim kemarau.
Musim kemarau memaksa kita pandai
menghargai air dan keperluan berjimat. Dengan itu dapat memberikan keinsafan
dan rasa syukur betapa pentingnya air.
Musim kemarau juga "memaksa" pokok-pokok tertentu untuk berbunga, dan apabila tiba musim hujan, maka terhasillah buahan (misalnya durian, dokong dan sebagainya)...
Gambar-gambar di atas dirakam pada awal pagi 10 Mac 2014 (sekitar sebulan kemarau) di dalam kebun di belakang rumah saya. Pokok-pokok kelihatan sedang mengeluarkan bunga dengan lebatnya... Alhamdulillah... petanda awal bahawa tahun ini akan dapat hasil buah-buahan yang banyak (insyaAllah..)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.