Oct 29, 2014

Para Pelajar Yang Mendalami Pengajian Undang-undang

Gambar berikut saya rakam pada pagi 29 Oktober 2014, dimana sebahagian pelajar saya sedang seronok belajar segmen Undang-undang Jenayah dalam kursus "PENGAJIAN UNDANG-UNDANG". Pesan saya kepada para pelajar, "Belajar lah dengan seronok, disamping memahami apa yang diajarkan... Tujuan akhir kelak adalah untuk menjadi orang yang baik-baik..."




Oct 27, 2014

Ronda-ronda Pahang dan Perak

Pada 24-26 Oktober 2014,kami meronda di beberapa tempat di Pahang dan Perak.... Ni gambar-gambarnya...











Hari Keluarga dan Teambuilding PPPBP USM

Pada 24-25 Oktober 2014, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) USM mengadakan Hari Keluarga dan "Membina Pasukan" (Teambuilding) di Felda Residence Hot Spring Resort, Sg. Klah, Sungkai, Perak. Alhamdulillah nampaknya amat meriah..meriuh dan meriang sakan....he he he..
Ni sambungan gambar-gambarnya...













Hari Keluarga dan Teambuilding PPPBP USM

Pada 24-25 Oktober 2014, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan (PPPBP) USM mengadakan Hari Keluarga dan "Membina Pasukan" (Teambuilding) di Felda Residence Hot Spring Resort, Sg. Klah, Sungkai, Perak. Alhamdulillah nampaknya amat meriah..meriuh dan meriang sakan....he he he..
Ni gambar-gambarnya...










Oct 12, 2014

JUTAWAN PISANG REBUS Dan ...

Pada awal pagi sabtu, 11 Oktober 2014, ditakdirkan di sebuah restoran, saya bertemu dengan seorang jutawan yang menetap di Sabah, yang asal beliau adalah dari sebuah negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Saya amat tertarik dengan kisah hidupnya, termasuklah yang berikut:

Saya pergi ke Sabah sekitar 40 tahun dahulu pada usia 17 tahun. Tiba di sana dengan keadaan amat miskin. Saya banyak kali kebuluran. Namun  saya kuatkan semangat dan melaksanakan pelbagai kerja. Satu hari saya bertemua seorang lelaki yang menyergah saya sambil berkata, "Kamu mesti menjadi seorang yang muka tebal, rajin". Baik bah, jawab saya. "Kamu ada berapa jumlah wang wang?". Sekitar 20 ringgit. "OK, kamu beli pisang masak, dan pergi ke ofis-ofis kerajaan, swasta dan menjual pisang. Cari keuntungan dari situ". Dengan terpinga-pinga, saya ikut pendapatnya. Dan mula menjual pisang masak dari ofis ke ofis. Saya mendapat sedikit keuntungan. Setelah beberapa bulan berlalu dan saya kenali kebanyakan pelanggan saya di pelbagai jabatan dan pejabat di Kota Kinabalu, saya terjumpa lagi orang tua yang menyergah saya dahulu. Dia bertanya saya, "Kamu dapat untung berniaga pisang masak?" Ya bah, dapat, tapi tak banyak. Dia menyergah saya lagi, "Kamu bodoh!!!. Guna akal kamu!!! Beli kuali, minyak dan tepung, dan jual la pisang goreng yang untungnya lebuh besar!!. Baik bah. Lalu saya tebalkan muka dan menjual pisang goreng serta pisang masak. Agak laris jualan saya dan saya makin rapat dengan ramai orang diperlbagai pejabat.., dari yang besar sampai yang kecil pangkatnya... Kemudian beberapa bulan, saya bertemu lagi dengan orang tua tadi, dan dia bertanya hal perniagaan saya. Saya menjawab saya sudah dapat menabung kerana untungnya berganda. Namun dia menyergah saya lagi, "Kamu bodoh!!!. Kamu gunakan akal, dan gunalah peluang hubungan baik kamu dengan pelbagai orang itu untuk menjalan perniagaan lain!!" Baik bah.. Lalu saya cuba beranikan diri untuk merapatkan diri dengan pelbagai pihak itu. Maka dari situ makin ramai diantara mereka meminta saya mencarikan pelanggan untuk menjual/membeli kereta terpakai, menjual/membeli tanah dan rumah, dan pelbagai lagi. Lalu saya berubah menjadi agen komisyen transaksi penjualan/pembelian harta dan hartanah dan lain-lainnya. Kemudiannya beberapa pegawai di pelbagai pejabat mencadangkan saya mengambil upah membaiki perabut, alatan pejabat, dan sebagainya, dan saya laksanakan sedikit demi sedikit sendirian dan kemudian dengan mengambil pekerja. Lalu kemudiannya saya memohon lesen perniagaan dan lesen Kementerian Kewangan, dan saya mula berkecimpung dalam perniagaan penyelenggaraan alatan...mesyin...pemadam api... dan makin membesar, dan menggunakan makin ramai pekerja di bawah perniagaan saya. Kemudiannya saya kembangkan kepada perniagaan membekal peralatan dan mesyin, dan menyelenggara peralatan besar termasuk penyaman udara berpusat.. Sekian lama masa berlalu, kemudiannya saya pergi bertemu orang tua yang menyergah saya beberapa tahnu lalu, yang kini amat uzur. Saya ceritakan kejayaan saya, dan dia berkata, "Kamu bodoh!!!" Terkejut saya. Lalu dia kata,"Kamu mesti mempunyai sifat kedekut!!!". Lalu saya tidak faham dan bertanya beliau, apa ertinya. Dia berkata, "Kita orang berniaga perlulah berhemah, jangan boros, kena membuat perkiraan yang amat jitu, dan jangan membazir.. Kekalkan menjadi kedekut, barulah kita kaya."

Ya, saya tahu orang itu memang jutawan sekarang. Difahamkan, cukai pendapatan orang yang saya temui itu adalah sekitar RM1 juta setahun.

Setelah selesai berbual panjang, dia meminta diri, dan dia secara "tebal muka" meminta saya bayarkan (belanja makan) makanan yang kami makan. Maka saya pun berkata di dalam hati, "Ya, memang dia melaksanakan nasihat orang tua yang berikan nasihat itu kepadanya, iaitu "KAMU MESTI KEDEKUT"... he he he...

Apapun, saya menamakan jutawan yang saya kenali itu sebagai "JUTAWAN PISANG REBUS". Apapun, saya kagum dengan kegigihannya mencari rezeki dengan gigih dan atas usaha sendiri yang sejati.

Oct 3, 2014

Yang Biasa..Tapi Tak Biasa..Yang Perlu Dibiasakan...

Berikut gambar yang saya rakam pada jam 1.31 petang, 2 Oktober 2014 iaitu semasa permulaan pembaca berita ini memulakan Berita Jam 1.30 (Buletin 1.30) TV3:



Gambar itu, "biasa" sahaja... Pembaca ini memulakan penyampaian berita dengan memberi salam (Assalamualaikum)...
Namun, apabila beliau ingin memulakan membaca berita penuh, beliau membaca ...
dan nampak dia tersenyum..
Kaget dan kagum serta sejuk hati saya mendengarkan ungkapan itu, yang pada pengalaman saya, belum pernah saya melihat pembaca berita membaca "bismillah"... Ini suatu perbuatan yang saya rasa luar biasa dalam satu slot yang biasa, yang perlu dibiasakan. Selain daripada itu, pakaiannya yang lengkap dan fesyen ranggi (namun menepati ciri-ciri menutup aurat yang betul) juga amat menarik Alhamdulillah..dan TAHNIAH kepada pembaca berita ini. Teruskan amalan yang baik ini.