Oct 3, 2014

Yang Biasa..Tapi Tak Biasa..Yang Perlu Dibiasakan...

Berikut gambar yang saya rakam pada jam 1.31 petang, 2 Oktober 2014 iaitu semasa permulaan pembaca berita ini memulakan Berita Jam 1.30 (Buletin 1.30) TV3:



Gambar itu, "biasa" sahaja... Pembaca ini memulakan penyampaian berita dengan memberi salam (Assalamualaikum)...
Namun, apabila beliau ingin memulakan membaca berita penuh, beliau membaca ...
dan nampak dia tersenyum..
Kaget dan kagum serta sejuk hati saya mendengarkan ungkapan itu, yang pada pengalaman saya, belum pernah saya melihat pembaca berita membaca "bismillah"... Ini suatu perbuatan yang saya rasa luar biasa dalam satu slot yang biasa, yang perlu dibiasakan. Selain daripada itu, pakaiannya yang lengkap dan fesyen ranggi (namun menepati ciri-ciri menutup aurat yang betul) juga amat menarik Alhamdulillah..dan TAHNIAH kepada pembaca berita ini. Teruskan amalan yang baik ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.