Sekitar jam 9 pagi, 12 Mac 2015, di perkarangan kompleks Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, saya sedang berjalan dari ofis saya untuk ke Pejabat Am. Saya terserempak dengan seorang tukan cuci kawasan. Saya namakan dia, Samy (bukan nama sebenar). Tidak seperti lazimnya yang agak ceria, namun pagi itu dia nampak sugul (sedih). Lalu saya menyapanya:
Saya: Eiiii, Samy, kenapa nampak soooo sad niii?
Samy: Bos, ada ka patut, tadak pasai pasai baru sekejap tadi saya kena marah itu Supervisor
Saya: Kenapa dia marah?
Samy: Dia kata saya malas bekerja. Ponteng kerja.
Saya: Kenapa dia cakap itu macam?
Samy: Tadi, jam 8.30, saya rehat makan, minum la..Tapi itu waktu, orang lain yang kerja macam saya sedang kerja la...
Saya: Ooooo..pasai makan jam 8.30 la... Samy tarak cakap ka, Samy mula kerja, jam 7... Dan banyak kali saya lihat Samy sudah mula menyapu ini tempat jam 6.45 pagi.
Samy: Apa mau cakap....Dia sudah marah... Bos tahu, saya tinggal Bayan Baru, awal-awal pagi saya sudah naik bas mari sini. Itu macam dia tarak paham...
Wajah Samy nampak amat sayu. Saya boleh bayangkan cara Penyelianya (yang saya tahu agak garang) memarahi Samy.
Nak tahu hal kerja Samy? Samy ini saya lihat mula "wujud" bekerja di kompleks ini semenjak pertengahan tahun 2014. Saya lihat dia ini amat rajin, dan mutu kerjanya amat baik (iaitu jalan dan tempat letak kereta disapu bersih daripada sampah, daun dll). Dia bekerja setiap isnin-sabtu. Kebanyakan awal pagi, saya lihat dia mula bekerja menyapu/membersih sebelum jam 7 pagi, dan banyak kali juga saya lihat dia mula menyapu jam 6.45 pagi (Saya tahu hal itu sebab, jika saya tidak ke mana-mana tugasan luar, maka kelaziman saya pada awal pagi, selepas solat subuh di Masjid USM, saya akan terus ke pejabat, iaitu sekitar jam 6.40 pagi).
NOTA: Kenapa kita (termasuk Penyelianya) begitu cepat "menghukum" orang, atas sekilas fakta sahaja? Jika kita silap membuat keputusan, yang boleh pula menjejaskan orang lain (termasuk maruah dan sensitiviti Samy dalam kes ini), maka pada saya: INI ADALAH SATU PENGANIAYAAN: PENGANIAYAAN YANG TERJADI KERANA KECUAIAN KITA SEBAGAI KETUA.
Ini gambar Samy sedang bekerja yang saya rakam awal pagi ini, sekitar jam 7.05 pagi, 13 Mac 2015:
Nampak tak, daun-daun kering sudah pun siap Samy sapu dan kumpulkan?
Ini pula gambar Samy sedang bekerja yang saya rakam awal pagi ini, sekitar jam 6.50 pagi, 4 September 2015:
Nampak tak, gambar Samy sedang menyapu dekat pokok?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.