Jul 22, 2015

Ikhtiar Mengubat Sakit Jantung, Lelah



Ada seorang sahabat berpesan kepada saya agar menyebarkan ikhtiar berubat seperti di bawah ini, bagi mengubati sakit lelah, sakit jantung, jantung tersumbat, darah beku, dan seumpamanya. Namun, ini cuma salah satu ikhtiar kita. Penentunya adalah Allah SWT jua.
(Nota: Sahabat saya itu telah sembuh sepenuhnya daripada masaalah jantung tersumbat. Alhamdulillah...)

Ramuan:
1 cawan jus lemon  
1 cawan jus halia muda
1 cawan jus bawang putih
(Nota: Untuk dijadikan jus, maka halia dan bawang putih tersebut dikisar halus dan ambil airnya)
1 cawan cuka epal/kurma
3 cawan madu
 
Cara Penyediaannya:
Bancuh kesemua ramuan (jus lemon +jus halia+jus bawang putih+cuka epal/kurma ) dan jerang dengan api kecil (perlahan lahan) selama kira-kira setengah jam sehingga ramuan tersebut menjadi 3 cawan sahaja.
Selepas itu, biarkan ianya sejuk dan  campurkan dengan 3 cawan madu. Simpan campuran tersebut ke dalam bekas.

Cara Pengambilannya:
Mulakan dengan membaca Bismillah, Berselawat dan berdoa agar Allah SWT menyembuhkan penyakit/sakit yang dialami.
Kemudiannya, minum 3 sudu teh campuran tersebut ketika perut kosong setiap awal pagi. Boleh juga dicampur/dibancuh dengan air sebelum meminumnya.

InsyaAllah, semoga sembuh. Bertawakkallah kepada Allah SWT...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.