EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Jun 26, 2016
Rumah GEMILANG, Sik, Kedah (Siri 2)
Pada 25 Jun 2016, sekali lagi saya mengunjungi Rumah Didikan Anak-anak Yatim Islam, Sik, di Rumah Gemilang 1 (untuk penghuni perempuan berumor 13-17 tahun) dan 2 (untuk penghuni lelaki), dan Nur Jannah (untuk penghuni perempuan berumor 12 tahun ke bawah). Selain bertujuan megunjungi mereka (berkenalan dan memahami penghidupan harian daan kemudahan sedia ada dan yang diperlukan), saya juga mneyampaikan amanah rakan-rakan seperjuangan di USM yang menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka. Berikut rakaman aktiviti dan suasana tempat berkenaan:
Jun 22, 2016
Pokok Yang Saya Tanam
Berikut beberapa pokok yang saya tanam semenjak beberapa tahun lepas, di sekitar Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM, Pulau Pinang. Di antara yang masih hidup adalah rambutan dan nangka. Sepokok limau, sepokok nangka yang telah dapat kami nikmati buahmya telah dihilangkan untuk memberi laluan pembinaan jalan. Dua pokok limau kasturi dan dua pokok dokong telah mati...
Pada sekitar November 2015, saya tanam pula sepokok cempedak (yang benihnya saya ambil dari Jengka, Pahang)
Namun akibat cuaca panas kering melampau yang terlampau panjang (mulai Januari hingga Jun 2016), maka pokok tersebut tidak dapat bertahan...yang tinggal hanya lubangnya...
Pada sekitar November 2015, saya tanam pula sepokok cempedak (yang benihnya saya ambil dari Jengka, Pahang)
Namun akibat cuaca panas kering melampau yang terlampau panjang (mulai Januari hingga Jun 2016), maka pokok tersebut tidak dapat bertahan...yang tinggal hanya lubangnya...
Jun 15, 2016
Rumah GEMILANG, Sik, Kedah
Pada 13 Februari 2016, saya dan Abang Zan (Fauzan) seorang aktivis masyarakat, telah mengunjungi Rumah Gemilang, Sik, Kedah. Ianya adalah sebuah rumah yang menempatkan anak-anak yatim, miskin, dan yang ketiadaan keluarga, dan sebagainya, sekitar daerah Sik, Kedah. Mereka berumur antara 7 hingga 17 tahun, dan disekolahkan di sekolah-sekolah berhampiran Pekan Sik. Pada masa lawatan, terdapat 76 anak-anak yatim, perempuan dan lelaki.
Sesiapa yang sudi menderma, mohon disalurkan ke:
Pertubuhan Asuhan Dan Didikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Sik (ADIK).
No a/c Public Bank 3987376110.
a/c Agro Bank 2000101000047647.
a/c Bank
Rakyat 113841000231.
Subscribe to:
Posts (Atom)