Jun 3, 2017

Manis Mangga Harumanis Yang Ceritanya Makin Kurang Manis



Ini adalah pokok harumanis yang sedang berbuah lebat, dan buahnya dibungkus (gambar diambil di Kampung Semadong, Perlis pada 30 Mei 2017):


Jabatan Pertanian Negeri Perlis, http://pertanian.perlis.gov.my/index.php/ms/berita-aktiviti/217-mangga-harumanis-perlis-telah-didaftarkan-sebagai-harta-intelek (28 Mei 2017), membuat kenyataan berikut:

MANGGA HARUMANIS PERLIS TELAH DIDAFTARKAN SEBAGAI HARTA INTELEK

Mangga Harumanis Perlis Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah didaftarkan sebagai Harta Intelek sejak 2 Ogos 2011 lagi.
Kualiti,Reputasi atau Ciri Lain
Mangga Harumanis Perlis merupakan klon mangga MA 128 dan merupakan antara baka mangga terbaik di Malaysia.Mangga Harumanis Perlis mendapat namanya daripada aromanya yang harum dan rasanya yang manis.Mangga harumanis memerlukan musim kemarau iaitu dari Januari hingga Mac untuk berbunga(Stress Period).Musim Mangga Harumanis Perlis adalah singkat iaitu hanya sebulan atau sebulan setengah dalam setahun.Faktor ini membuatkan Mangga Harumanis Perlis berbeza dengan mangga lain kerana pengeluaran dan pasaran mangga harumanis adalah sangat terhad.
Pokok Mangga Harumanis Perlis mendapat panjagaan yang rapi dan dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi menjaga kualiti buahnya . Jabatan Pertanian telah memperkenalkan pembalut khas yang mempunyai lapisan dalam gelap,dihujungnya pula tersedia dengan dawai bagi memudahkan petani mengikat tangkai buah selepas dibalut dan memberikan hasil mangga harumanis yang cukup memuaskan iaitu bersih dan segar.
Sepohon Mangga Harumanis Perlis boleh menghasilkan antara 200 hingga300 biji buah mangga harumanis akan digredkan mengikut berat menggunakan mesin penggred kemudian dibasuh dan menjalani rawatan air panas bagi mengelak jangkitan kulat.Setelah kering ,buah mangga harumanis diperam selama 72 jam dan hanya selepas itu,buah mangga harumanis akan digred.
Mangga Harumanis Perlis adalah unik kerana ianya akan mengeluarkan aroma yang harum apabila masak dan isinya berwarna oren kekuningan.Lazimnya Mangga Harumanis Perlis enak dimakan begitu sahaja tetapi boleh juga dimakan bersama pulut dan dijadikan jus untuk minuman istimewa.
Dengan keistimewaan tersendiri dan kualiti yang baik ,Mangga Harumanis Perlis telah berjaya mendapat permintaan tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan menembusi Pasaran Jepun.


Utusan Malaysia. Utusan Online. 18 Julai 2011 membuat laporan seperti berikut:
Tanaman harumanis diperhebat
Laporan oleh ZAINU’L AZHAR ASH’ARI dan KHAIRUNNISA SULAIMAN

BENTUK dan rupanya cukup menggiurkan. Aromanya pula pasti menawan hati sesiapa saha dan akan membuka selera untuk menikmatinya. Itulah kehebatan harumanis, sejenis mempelam dari Perlis yang kini menjadi kegilaan atau menimbulkan keghairahan ramai tidak kira di mana sahaja. Sama ada di makan begitu sahaja atau dihidang bersama pulut, keenakan harumanis tetap memukau. Sebab itu ia menggamit kehadiran ramai ke Perlis walaupun musimnya hanya sekali dalam setahun. Musimnya pula cukup singkat. Hanya sebulan atau sebulan setengah dalam setahun. Sebab itu ia membuatkan ramai yang tidak sabar malah sanggup berebut-rebut untuk mendapatkan harumanis. Walaupun musimnya kali ini baru sahaja berakhir, ramai masih bertanyakan tentang harumanis khususnya di kalangan penduduk luar negeri Perlis. Faktor tersebut juga menyebabkan pengeluaran dan pasaran harumanis sentiasa tidak mencukupi setiap tahun sehingga membuatkan agensi terlibat memikirkan langkah tertentu untuk menampung permintaannya yang tinggi. Bagi tahun ini, segala-galanya bermula pada penghujung April sehingga Jun apabila orang ramai berpesta’meraikan kedatangan harumanis yang sekali gus menyebabkan harganya meningkat. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri Perlis, Sabry Ahmad mempunyai jawapan mengenai keistimewaan harumanis yang kini bukan sahaja digemari di dalam negeri malah ‘menyeberangi’ lautan sehingga ke Jepun. Beliau menjelaskan, seindah namanya, mempelam tersebut cukup manis dan enak dimakan jika ia masak cukup tempohnya atau setelah mengeluarkan aroma yang harum.“Apabila ia mengeluarkan aroma yang harum, mempelam ini sudah boleh dimakan. Disebabkan rasanya yang manis itulah antara faktor ia digelar harumanis. Selain itu, keunikan harumanis ialah kerana kulitnya tetap hijau walaupun sudah masak. Ia tidak boleh dimakan sewaktu masih muda atau dibuat jeruk kerana rasanya akan menjadi masam, jelasnya. Pada tahun lalu, Perlis mengeluarkan kira-kira 244 tan metrik harumanis yang bernilai RM 1.17 juta meliputi tanaman di kawasan seluas 257.9 hektar. “Musim ini pengeluaran harumanis sebanyak 400 tan metrik dengan setiap tahun dirancang pertambahan pengeluaran sebanyak 200 hektar setahun,” tambah beliau. Walaupun pengeluarannya meningkat, namun masih belum mencukupi untuk menampung permintaan. Bayangkan belum pun habis musim, harumanis yang dijual di Jabatan Pertanian Negeri Perlis di Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat sudah kehabisan stok. “Begitu juga dengan hasil tanaman pengusaha harumanis di Perlis masih gagal menampung keperluan semasa yang kian meningkat saban tahun,” tambah beliau. Saiz negeri yang kecil, hanya berkeluasan 810 kilometer persegi atau 81,713.90 hektar, tentulah agak sukar untuk menambah kawasan penanaman harumanis. Justeru, tenaga pelbagai agensi seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) digembleng untuk mencari kaedah mengatasi kekurangan harumanis setiap tahun. Antara pilihan ialah mempergunakan seluas-luasnya kawasan penanaman di samping menggalakkan penduduk negeri paling kecil di Malaysia itu sekurang-kurangnya menanam sepohon harumanis. Ladang-ladang terbiar dipulihkan. Pokok-pokok yang tidak berhasil ditebang untuk ditanam semula dengan harumanis bagi meningkatkan pengeluaran. Kerajaan negeri memperuntukan RM1.8 juta setahun untuk membangunkan industri harumanis dengan sasaran tanaman seluas 1,000 hektar menjelang 2015,”kata beliau. Begitu juga dengan penjagaan tanaman harumanis, Jabatan Pertanian memperkenalkan pembalut khas yang diimport bagi menjaga kualiti buahnya. Memang buah yang mula keluar dari pokok akan dibalut. Lazimnya dengan kertas suratkhabar. Tetapi ia lebih berkualiti jika dibalut dengan pembalut khas yang dipasarkan oleh Jabatan Pertanian. Pembalut baru ini mempunyai lapisan dalam gelap, di hujungnya pula tersedia dengan dawai bagi memudahkan petani mengikat tangkai buah selepas dibalut dan hasilnya cukup memuaskan kerana ia (harumanis) nampak bersih dan segar,”kata beliau.
Di samping itu, kata beliau, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Jabatan Pertanian Negeri Perlis mendaftarkan nama harumanis Perlis sebagai harta intelek. Pendaftaran ini untuk mengesahkan bahawa harumanis yang berkualiti hanya mempelam dari Perlis berdasarkan kesesuaian muka bumi selain menjaga reputasinya. Menerusi pendaftaran harta intelek, barulah tindakan boleh diambil ke atas peniaga yang menjual mempelam jenis lain tetapi menggunakan nama harumanis,”kata beliau.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm

Warna buah, saiz buah dan isinya amat mengujakan..



Isinya ada yang kemerah-merahan, dan ada yang kuning kekuningan...

BERNAMA 27 Mac 2016 nelaporkan...
Harga ladang bagi mempelam harum manis musim 2016 bermula April ini dijangka mencecah tidak kurang daripada RM25 sekilogram berbanding antara RM18 hingga RM23 sekilogram mengikut gred tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pertanian Perlis, Zulkepli Amin Jusoh berkata kenaikan itu ekoran kemerosotan pengeluaran akibat fenomena El Nino yang melanda negara sejak Disember tahun lepas.
Beliau berkata selain itu, ia juga sejajar dengan kos upah membalut buah, penjagaan dan mendapatkan air untuk menyiram pokok pada musim kemarau.
Katanya musim panas tidak menjejaskan pokok harum manis yang mengeluarkan bunga tetapi hujan dalam bulan Januari lepas telah menyebabkan bunga atau putik tumbuhan itu luruh.
“Oleh sebab itu kita menjangka harga tahun ini lebih tinggi selain berat buah setelah diperam susut 15 hingga 20 peratus. Jadi, peniaga terpaksa menjual lebih tinggi bagi menampung kerugian mereka,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran kempen peningkatan hasil padi dan penggunaan benih padi sah oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Ahmad Bakri Ali di sini hari ini.
Zulkepli Amin berkata kesan hujan pada Januari lepas menimpa lebih 50 peratus pokok harum manis yang sedang berbunga termasuk ladang di Bukit Bintang dan Bukit Air milik Jabatan Pertanian Perlis.
Beliau berkata kejadian seumpama itu pernah berlaku pada 1978 dan 1997 mengakibatkan pengeluaran terjejas teruk.
Pengeluaran musim ini dijangka sebanyak 1,600 tan metrik sahaja berbanding lebih 3,000 tan metrik bernilai lebih RM60 juta tahun lepas, tambahnya. – BERNAMA 27 Mac 2016


Portal ISLAM & MELAYU PADA 28 Mac 2016 (http://www.ismaweb.net/2016/03/harga-mempelam-harum-manis-khabarnya-sehingga-rm40-sekilogram-tahun-ini/) pula melaporkan seperti berikut:

Harga mempelam harum manis khabarnya sehingga RM40 sekilogram tahun ini



ARAU, Isnin – Mempelam harum manis yang menjadi ’emas’ bagi peladang di Perlis khabarnya bakal dijual sehingga mencecah harga RM40 sekilogram bagi musim ini.
Peningkatan harga itu dikatakan disebabkan kemerosotan pengeluaran akibat cuaca yang anas berganda di negeri itu.
Selain itu, sambutan menggalakkan setiap tahun terhadap mempelam berkenaan juga menyebabkan harganya terus meningkat.
Sebelum ini, pada musim 2011 harga harum manis adalah sekitar RM16 hingga RM18 sekilogram (kg), tetapi meningkat RM17 hingga RM20 kg pada 2012.
Harganya terus meningkat antara RM20 hingga RM30 kg pada 2014; RM23 hingga RM35 (2014) dan RM26 hingga RM35 kg (2015).
Peladang menjangkakan harga siling mempelam harum manis tahun ini boleh mencecah sehingga RM40 sekilogram.
Sementara itu, Jabatan Pertanian Perlis pula menjangkakan harga mempelam itu tidak kurang RM25 sekilogram mengikut gred tertentu.
Pengarah Jabatan Pertanian Perlis, Zulkepli Amin Jusoh, berkata selain keadaan cuaca uang menjejaskan pengeluaran, kos juga bertambah sejajar peningkatan upah membalut buah, penjagaan dan mendapatkan air untuk menyiram pokok pada musim kemarau.
“Oleh sebab itu kita menjangka harga tahun ini lebih tinggi selain berat buah setelah diperam susut 15 hingga 20 peratus. Jadi, peniaga terpaksa menjual lebih tinggi bagi menampung kerugian mereka,” kata kepada pemberita selepas pelancaran kempen peningkatan hasil padi dan penggunaan benih padi sah di sini, hari ini.
Pengeluaran musim ini dijangka sebanyak 1,600 tan berbanding lebih 3,000 tan bernilai lebih RM60 juta tahun lepas.

Pada 1 Jun 2017, seorang sahabat mengemukakan gambar "harumanis" yang dibelinya secara "atas talian" berikut kepada saya, dan beberapa sahabat mempertikaikan bahawa ini adalah harumanis...
RTM melalui TVI Slot Agro Jurnal pada 12 Februari 2015 telah menyiarkan:
Buah Mangga Harum Manis Perlis Harumanis Agro Jurnal
video 


Isu Terbaru Harumanis Yang "Kurang Manis":
1. Seorang kawan memberitahu saya pada 28 Mei 2017, bahawa sahabatnya seorang pemborong/penjual buah yang meletakkan 3 raga besar buah harumanis di satu keramaian/pesta di Arau, Perlis, tak dapat menjual walaupun sebiji, dan orang yang lalulalang cuma menjeling, menjengok sahaja buah harumanisnya. Walhal, harga yang ditawarkan amat murah, iaitu RM15 sekilogram. 
2. Ada kes pembeli dari Kuala Lumpur yang singgah di satu gerai buah di tepi jalan Kuala Perlis-Kangar, telah membeli 5 kilogram buah harumnanis, dan telah kembali untuk mengembalikan buah tersebut kerana katanya, "Masam".
3. Terdapat banyak kes yang saya dapat tahu, pekebun harummanis memetik buah yang belum cukup tua, dan memeramyua dengan menggunakan bahan pemeram karbait. Akibatnya buah tersebut kurang harum dan kurang manis (dan difahamkan boleh membahayakan kesihatan pemakannya).
4. Ada pekebun yang menggunakan "terlebih" racun makhluk perosak pada perdu pokok harumanis yang sedang berbuah, dan menyembur racun makhluk perosak pada buah harumanis, demi mendapatkan buah harumanis yang bagus (tiada tebukan kumbang, atau ulat buah).
5. Cerita terkini awal Jun 2017, terdapat juga pekebun harumnanis yang sanggup menjual buah RM10 sekilogram biah harumnanis dari kebunnya (mungkin buah klon yang bukan harumanis sebenar?)(atau "harumanis siam"?)
6. Banyak tempat, termasuk dalam kawasan institusi/agensi kerajaan yang menanam harumanis, dan sedang berbuah, terpaksa berjaga malam, bercekang mata, kerana wujud "pemampas harumanis (kutip buah tak kira tua atau muda) pada malamnya.
7. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sudah merebak amat banyak kawasan di Perlis yang ditanam pokok harumanis. Beberapa penduduk Perlis yang saya temui pada awal Jun 2017 meluahkan kerisauan bahawa, "tidak mustahil beberapa tahun lagi, buah harumanis akan menjunam harganya kerana bekalan berlebihan". 
8. Banyak juga kes dimana penjual anak benih harumanis telah menjual pokok harumanis yang kurang/tidak berkualiti kepada pembeli (biasanya yang datang dari luar Perlis).

Mungkinkah cerita harumanis Perlis ini akan menjejaki cerita dokong Kelantan (terutamanya), Pahang dan Terengganu, dimana pada sekitar tahun 1980an dan awal 1990an, harganya mencecah RM8 sekilogram. Ramai yang "geram" dan maka ramailah yang menanam dokong, dan akibatnya pada tahun 2000an, harganya pernah jatuh ke RM1 sekilogram, dan menjadi "baja tanah" kerana terlalu banyak dan tidak ada pembeli, kerana ramai yang sudah ada kebun, termasuk saya (he he he...)



Ini berita 12 Jun 2017:

Petani terpaksa bakar harumanis
Oleh ZAID MOHD. NOR
dan MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM



Musa (dua dari kanan) dan isterinya, Zainab Hasim (kanan) melayan pelanggan yang datang ke ladang mereka untuk membeli harumanis di Santan, Padang Besar kelmarin

PADANG BESAR – Para petani harumanis di Perlis mengalami kerugian besar berjuta-juta ringgit pada tahun ini kerana berlaku lambakan buah dan penurunan mendadak harga harumanis yang memaksa sesetengah mereka membakar hasil ladang masing-masing untuk mengelakkan ancaman penyakit.
Malah lebih buruk, buah harumanis yang dipetik terpaksa dijual pada harga serendah RM10 sekilogram kepada peraih dan RM15 kepada pembeli akibat lambakan di pasaran pada bulan puasa selain faktor kelemahan pemasaran.
Fenomena itu cukup mengejutkan kepada pengusaha ladang harumanis berbanding zaman kemuncak pada tahun 2015 apabila seorang petani mampu mengaut untung dengan menjual harumanis pada harga RM50 sekilogram.
Menurut seorang pekebun, Musa Darus, 75, dia tidak menyangka tahun ini merupakan ujian terbesar bagi dirinya dan pengusaha lain kerana permintaan merosot teruk lebih 70 peratus sehingga menyebabkan banyak buah terbiar busuk di pokok.
Musa berkata, 133 pokok mempelam harumanisnya mengeluarkan hasil kira-kira lima tan (5,000 kilogram) tahun ini, namun malangnya 2.5 tan terpaksa dibiarkan busuk di pokok dan terpaksa dibakar bagi mengelakkan penyakit yang mengancam pokok lain.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.