Saya "hilang" seminggu dari rumah saya di Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang (22-28 Januari 2018), dan bila lihat di beranda (tingkat 16), ada penghuni ini yang menumpang...he he he
Pada pagi 4 Februari 2018, saya bercadang nak siram pokok-pokok berpasu tu....tapi bimbang burung tu lari . Akhirnya saya buka pintu cermin tu perlahan-lahan, dan kata kat burung tu..."Mu jangan lari deh...aku nak siram pokok ni jer...". Alhamdulillah dia tak lari semasa saya menyiram pokok-pokok tu...he he he
Pada 28 Februari 2018 merpati ini sudah mendapat anak seekor. Sebiji lagi tak menetas
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
Jan 29, 2018
Jan 25, 2018
Ilmu Tasawuf: Satu Pengenalan
NOTA: Artikel ini dipetik dari satu sumber bebas:
Ilmu Tasawuf: Satu Pengenalan
Bab 1 : Pengenalan
1. Pengertian Ilmu
Tasawuf :
Ilmu Tasawuf ialah
ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati
dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau
menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
2. Ilmu Tasawuf
bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan
peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu
mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk
mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita
yang di alami oleh jiwa .
4. Imam Al-Ghazali
r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain
Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
Mahabbah ( Kasih
Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut (
Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali
juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam
kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri
).
10) Riya’ (
Menunjuk-nunjuk ).
Bab 2: Khauf
1. Khauf bererti takut
akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan
kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa
gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah –
Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak
akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah
s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat
kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga
hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang
ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal
Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu
akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan
gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan
perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun
mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan : Tasauf di
Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri
Melaka )
Bab 3 : Sifat Redha
1) Sifat redha adalah
daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha
ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.
baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada
Allah s.w.t.
3) Redha terhadap
Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
Redha menerima
peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima
ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum
Allah s.w.t. :
Redha menerima
hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan
iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima
peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa
atau dipaksa.
Merasa tunduk dan
patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima
syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari
mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni
serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi
Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad )
hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka
tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta
mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t
yang bermaksud :
” Dan alangkah baiknya
jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka
sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan
berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju “.
( Surah At Taubah :
Ayat 59 )
Pada dasarnya segala
perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah
dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan
Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha
dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap
orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima
hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud :
” Yang demikian itu
kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di
benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami akan tuntut kamu
dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka “. ( Surah
Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut
beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka
melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran
perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum
Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian
iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada’ :
Redha dengan qada’
iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik
berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan
bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka
memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam
keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah
s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
” Segala puji bagi
Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan “.
Dan apabila kedatangan
perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
” Segala puji bagi
Allah atas segala perkara “.
Perintah redha
menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda
yang lain yang bermaksud :
” Dan jika sesuatu
kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini
dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan :
Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana
sesungguhnya perkataan : andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” .
(Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan
mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau
sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik
tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya
hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik
Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar
kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling
baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan
diri sendiri.
Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud :
” Demi Allah yang
jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang
mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu
kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih
bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti
kebaikan baginya “.
( Riwayat Muslim )
Tasawwuf > Bab 7 :
Sabar
Iaitu menahan diri
daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
Sifat sabar perlu
ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri
daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain
daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Menahan diri dalam
mengerjakan segala perintah Allah.
3. Menahan diri dalam
meninggalkan segala larangan Allah.
Sifat sabar itu dipuji
pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan
sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah
agama.
Orang yang beriman
kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya
adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang
taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya.
Tasawwuf > Bab 8 :
Syukur
Iaitu mengaku dan
memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk
berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Tiap-tiap nikmat yang
diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah
kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan
sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat
tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Setiap nikmat juga
hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang
tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu
untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan
nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.
Tasawwuf > Bab 9 :
Tawakkal
Iaitu menetapkan hati
dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus)
pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan
tiap-tiap sesuatu.
Berserah kepada Allah
pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana
Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai
kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan
sebagainya.
Tasawwuf > Bab 10 :
Mahabbah
Iaitu kasihkan Allah
subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.
Kasihkan Allah ialah
dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri
kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari
maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.
Tasawwuf > Bab 11 :
Zikrulmawt
Iaitu sentiasa
mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.
Oleh kerana seseorang
itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan
hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang
berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan
kembali lagi.
Tasawwuf > Bab 12 :
Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am
(banyak makan)
Iaitu terlampau banyak
makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
Makan dan minum yang
berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa
kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan
zikrullah.
Makan dan minum yang
berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada
menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
2. Syarrul kalam
(banyak bercakap)
Iaitu banyak
berkata-kata atau banyak bercakap.
Banyak berkata-kata
itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada
banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
3. Ghadhab (pemarah)
Ia bererti sifat
pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada
kejahatan.
Sifat pemarah adalah
senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak
mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
Sifat pemarah yang
dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab
yang benar.
4. Hasad (dengki)
Iaitu menginginkan
nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
Seseorang yang
bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin
melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang
baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu
wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
Orang yang berperangai
seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang
lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana
dan kerosakan.
5. Bakhil (kedekut)
Iaitu menahan haknya
daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
Nikmat yang
dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan
sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang
demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan
dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
Lebih-lebih lagi dalam
perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan
memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah
suatu kesalahan besar di sisi agama.
6. Hubbul jah
(kasihkan kemegahan)
Iaitu kasihkan
kemegahan, kebesaran dan pangkat.
Perasaan inginkan
kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas
kerana Allah.
Akibat daripada sifat
tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan
seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
7. Hubbud dunya
(kasihkan dunia)
Ia bermaksud kasihkan
dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak
membawa sebarang kebajikan di akhirat.
Banyak perkara yang
diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara
perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan
tidak menjadi kebajikan di akhirat.
Oleh yang demikian,
kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga
membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada
Allah.
Namun begitu,
menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu
kesalahan.
8. Takabbur (sombong)
Iaitu membesarkan diri
atau berkelakuan sombong dan bongkak.
Orang yang takabbur
itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang
lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
Sifat takabbur ini
tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan
kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada
kebenaran.
9. ‘Ujub (bangga diri)
Iaitu merasai atau
menyangkakan dirinya lebih sempurna.
Orang yang bersifat
‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah
seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau
sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana
yang dia lakukan.
Dengan itu, maka
timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa
tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
10. Riya’
(menunjuk-nunjuk)
Iaitu memperlihatkan
dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
Setiap amalan yang
dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan
menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
Orang yang riya’
adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan
inginkan pujian daripada manusia.
Bab 4 : Ikhlas
1. Sifat ikhlas ialah
menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana
Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata
serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2. Firman Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan
ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan
sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah –
Ayat 5 )
3. Setiap pekerjaan
yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada
taat kepada perintah Allah s.w.t.
4. Hendaklah
dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji (
sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain
lagi.
5. Dalam meninggalkan
larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana
malu kepada makhluk atau sebagainya.
( Rujukan Kitab –
Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )
Bab 5 : Taubat
1. Iaitu kembali
daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
2. Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun
kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha
Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil
– Ayat 20 )
3. Syarat-syarat
taubat adalah seperti berikut :
Meninggalkan maksiat
atau perkara dosa tersebut.
Menyesal atas maksiat
atau dosa yang telah dilakukan.
Bercita-cita tidak
akan mengulanginya lagi.
Mengembalikan hak-hak
makhluk yang dizalimi.
Mengerjakan
perkara-perkara fardhu yang telah luput.
4. Setiap manusia
tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan
manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan
nabi-nabi.
5. Seseorang itu
hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan
memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh
agama.
6. Beberapa faedah dan
hikmah taubat iaitu:
Menghidupkan jiwa yang
resah kerana dosa.
Mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T .
Meningkatkan ketaqwaan
diri.
Membenteras tipu-daya
syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa
dan maksiat.
Memperolehi kemuliaan
dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat
( Dipetik daripada –
Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus M / S 269 – 273Ilmu
Tasawuf: Satu Pengenalan
Bab 1 : Pengenalan
1. Pengertian Ilmu Tasawuf :
Ilmu Tasawuf ialah
ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati
dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau
menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
2. Ilmu Tasawuf bertujuan mendidik nafsu dan
akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam
yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu
mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita
yang di alami oleh jiwa .
4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan
sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
Mahabbah ( Kasih
Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut (
Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan
sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan kemegahan.
7) Cintakan dunia .
Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan Diri
).
10) Riya’ (
Menunjuk-nunjuk ).
Bab 2: Khauf
1. Khauf bererti takut
akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan
kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa
gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah –
Ayat 40 )
3. Seseorang itu tidak
akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah
s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat
kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu juga
hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang
ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal
Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu
akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan
gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan
perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun
mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan : Tasauf di
Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri
Melaka )
Bab 3 : Sifat Redha
1) Sifat redha adalah
daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha
ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.
baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada
Allah s.w.t.
3) Redha terhadap
Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
Redha menerima
peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima
ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum
Allah s.w.t. :
Redha menerima
hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan
iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima
peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa
atau dipaksa.
Merasa tunduk dan
patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima
syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari
mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni
serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi
Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad )
hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka
tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta
mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t
yang bermaksud :
” Dan alangkah baiknya
jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka
sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan
berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju “.
( Surah At Taubah :
Ayat 59 )
Pada dasarnya segala
perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah
dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan
Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha
dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap
orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima
hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud :
” Yang demikian itu
kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di
benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami akan tuntut kamu
dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka “. ( Surah
Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut
beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka
melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran
perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum
Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian
iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada’ :
Redha dengan qada’
iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik
berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan
bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka
memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam
keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah
s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
” Segala puji bagi
Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan “.
Dan apabila kedatangan
perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
” Segala puji bagi
Allah atas segala perkara “.
Perintah redha
menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda
yang lain yang bermaksud :
” Dan jika sesuatu
kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini
dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan :
Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana
sesungguhnya perkataan : andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” .
(Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan
mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau
sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik
tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya
hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik
Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar
kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling
baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan
diri sendiri.
Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud :
” Demi Allah yang
jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang
mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu
kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih
bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti
kebaikan baginya “.
( Riwayat Muslim )
Tasawwuf > Bab 7 :
Sabar
Iaitu menahan diri
daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
Sifat sabar perlu
ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri
daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain
daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Menahan diri dalam
mengerjakan segala perintah Allah.
3. Menahan diri dalam
meninggalkan segala larangan Allah.
Sifat sabar itu dipuji
pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan
sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah
agama.
Orang yang beriman
kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya
adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang
taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan
meninggalkan laranganNya.
Tasawwuf > Bab 8 :
Syukur
Iaitu mengaku dan
memuji Allah atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk
berbuat taat kepada Allah subhanahu wata‘ala.
Tiap-tiap nikmat yang
diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada makhlukNya adalah dengan limpah
kurniaNya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan
sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur dan berterima kasih atas
nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah subhanahu
wata‘ala.
Setiap nikmat juga
hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang
tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu
untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan
nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat.
Tasawwuf > Bab 9 :
Tawakkal
Iaitu menetapkan hati
dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus)
pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan
tiap-tiap sesuatu.
Berserah kepada Allah
pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana
Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai
kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha atau berjimat cermat dan
sebagainya.
Tasawwuf > Bab 10 :
Mahabbah
Iaitu kasihkan Allah
subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya pada setiap masa dan keadaan.
Kasihkan Allah ialah
dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri
kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari
maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.
Tasawwuf > Bab 11 :
Zikrulmawt
Iaitu sentiasa
mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan amalan-amalan yang baik.
Oleh kerana seseorang
itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia dengan amalan-amalan yang baik dan
hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat daripada umurnya itu dengan perkara yang
berfaedah bagi akhiratnya kerana tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan
kembali lagi.
Tasawwuf > Bab 12 :
Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am
(banyak makan)
Iaitu terlampau banyak
makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.
Makan dan minum yang
berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa
kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan
zikrullah.
Makan dan minum yang
berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada
menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.
2. Syarrul kalam
(banyak bercakap)
Iaitu banyak
berkata-kata atau banyak bercakap.
Banyak berkata-kata
itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada
banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.
3. Ghadhab (pemarah)
Ia bererti sifat
pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada
kejahatan.
Sifat pemarah adalah
senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak
mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.
Sifat pemarah yang
dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab
yang benar.
4. Hasad (dengki)
Iaitu menginginkan
nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
Seseorang yang
bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin
melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang
baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu
wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
Orang yang berperangai
seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang
lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana
dan kerosakan.
5. Bakhil (kedekut)
Iaitu menahan haknya
daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.
Nikmat yang
dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan
sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang
demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan
dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala.
Lebih-lebih lagi dalam
perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan
memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah
suatu kesalahan besar di sisi agama.
6. Hubbul jah
(kasihkan kemegahan)
Iaitu kasihkan
kemegahan, kebesaran dan pangkat.
Perasaan inginkan
kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas
kerana Allah.
Akibat daripada sifat
tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan
seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
7. Hubbud dunya
(kasihkan dunia)
Ia bermaksud kasihkan
dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak
membawa sebarang kebajikan di akhirat.
Banyak perkara yang
diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara
perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan
tidak menjadi kebajikan di akhirat.
Oleh yang demikian,
kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga
membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada
Allah.
Namun begitu,
menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu
kesalahan.
8. Takabbur (sombong)
Iaitu membesarkan diri
atau berkelakuan sombong dan bongkak.
Orang yang takabbur
itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang
lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat.
Sifat takabbur ini
tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan
kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada
kebenaran.
9. ‘Ujub (bangga diri)
Iaitu merasai atau
menyangkakan dirinya lebih sempurna.
Orang yang bersifat
‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah
seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau
sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan
sebagaimana yang dia lakukan.
Dengan itu, maka
timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa
tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.
10. Riya’
(menunjuk-nunjuk)
Iaitu memperlihatkan
dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.
Setiap amalan yang
dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang
dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.
Orang yang riya’
adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan
inginkan pujian daripada manusia.
Bab 4 : Ikhlas
1. Sifat ikhlas ialah
menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana
Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata
serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.
2. Firman Allah s.w.t.
di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan
ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan
sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah –
Ayat 5 )
3. Setiap pekerjaan
yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada
taat kepada perintah Allah s.w.t.
4. Hendaklah
dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji (
sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain
lagi.
5. Dalam meninggalkan
larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana
malu kepada makhluk atau sebagainya.
( Rujukan Kitab –
Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )
Bab 5 : Taubat
1. Iaitu kembali
daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
2. Firman Allah S.W.T.
yang bermaksud :
” Dan mohonlah ampun
kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha
Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil
– Ayat 20 )
3. Syarat-syarat
taubat adalah seperti berikut :
Meninggalkan maksiat
atau perkara dosa tersebut.
Menyesal atas maksiat
atau dosa yang telah dilakukan.
Bercita-cita tidak
akan mengulanginya lagi.
Mengembalikan hak-hak
makhluk yang dizalimi.
Mengerjakan
perkara-perkara fardhu yang telah luput.
4. Setiap manusia
tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan
manusia yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan
nabi-nabi.
5. Seseorang itu
hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan
memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh
agama.
6. Beberapa faedah dan
hikmah taubat iaitu:
Menghidupkan jiwa yang
resah kerana dosa.
Mendekatkan diri
kepada Allah S.W.T .
Meningkatkan ketaqwaan
diri.
Membenteras tipu-daya
syaitan yang selama ini memerangkap manusia
dengan berbuat dosa
dan maksiat.
Memperolehi kemuliaan
dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat
(Dipetik daripada –
Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus M / S 269 – 273)
Subscribe to:
Posts (Atom)