Feb 5, 2018

Haji Zanol Rashid Dipanggil Pulang...

Pada awal pagi sabtu, 3 Februari 2018, saya menerima berita daripada sdra Riduan Ibrahim, bahawa sahabat sekuliah (semasa menuntut ijazah pertama bidang undang-undang Universiti Malaya), iaitu Hj Zanol Rashid (jawatan terakhir beliau adalah Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani), telah meninggal dunia sekitar jam 3.30 pagi 3 Februari 2018 di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, kedah. Awal pagi itu saya bergegas ke Masjid Muhajirin, masjid berhampiran rumahnya di Taman Aman Jaya Sungai Petani. Difahamkan beliau lemah jantung dan sesak nafas.
Berikut gambar-gambar kenangan bersama allahyarham


Gambar atas, semasa kenduri perkahwinan anak perempuannya dalam tahun 2017.

Gambar atas, semasa beliau menziarahi seorang lagi sahabat kami yang uzur (Sekeri Mamat) di Damansara Utama.
Gambar kami (kiri, Sdra Abu Bakar Katar, JC Mahkamah Tinggi Alor Setar), saya dan Mohd Riduan Ibrahim di Masjid Muhajirin pada 3 Februari 2018, menunggu untuk solat jenazah allahyarham Zanol. Kita pakat-pakat sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham, dan sama-sama memaafkan dan menghalalkan beliau atas segalanya.
Sahabat handai saudara mara Allahyarham sedang menunggu Allahyarham dimandikan...


Akan ada giliran kita pula untuk "dipanggil pulang" menghadap yang Maha Esa. Ya Allah, ampunilah kami atas segalanya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.