Mar 26, 2018

Kawasan Air Panas Ber, Gua Musang

Dalam perjalanan pulang, dari kenduri di Beruas, Perak, pada petang 18 Mac 2018, saya, isteri, menantu, anak lelaki dan 2 cucu singgah sekejap di Kawasan Lipur Air Panas Ber, dalam kawasan Gua Musang. Kawasan lipur ini terletak sekitar 500 meter dari jalan besar Gua Musang-Lojing-Cameron Highlands-Simpang Pulai, dan terletak sekitar 25 km dari Lojing menghala ke bandar Gua Musang:






Terdapat 3 lingkungan air panas, dengan 2 daripadanya berbumbung. Terdapat tempat letak kereta berturap yang boleh menampung sekitar 20 kereta,
Di bahagian bawahnya terdapat sebatang sungai, iaitu Sungai Ber, yang akan bercantum dengan Sungai Kelantan.

Namun..
Kawasan kolam air panasnya telah terdapat banyak sampah, termasuk di dalam kolam.
Atap pondok telah ada yang pecah
Sebahagian jalan masuknya tidak bertar dan agak menyukarkan kereta kecil untuk masuk
Tiada kemudahan tandas dan tempat pembuangan sampah.
Nota: Kalau kita nak majukan sesuatu destinasi pelancongan, tunjukkanlah kesungguhan kita... Jagalah (termasuk pembersihan), sediakan tandas dan bilik orang bersalin pakaian. Jalan masuk perlulah sesuai untuk orang masuk. Kita bangunkan sesuatu projek, biarlah sampai matlamatnya, kerana jika tidak, ia hanya menghabiskan wang rakyat tanpa faedah (membazir)(yang kita selalu war-warkan, "Membazir amalan syaitan")

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.