Sekitar jam 11 malam, 7 Mei 2018, sekitar 3 km selepas R$R Bukit Beruntung, menuju ke Selatan, berlaku kemalangan jalanraya melibatkan sebuah treler yang melanggar sisi kanan belakang sebuah lagi treler yang berhenti di tepi lebuhraya akibat rosak (yang tidak dipasang kon dan amaran kecemasan).
Treler yang melanggar tersebut dipandu oleh, Saiful, anak saudara saya (di sebelah isteri), dan kelendannya juga adik beliau. Beliau tidak cedera, namun adiknya, Fitri, cedera parah, dan semasa berita ini ditulis, masih dirawat dalam wad ICU, Hospital Sungai Buloh... Semoga Fitri sihat pulih seperti sediakala, InsyaAllah...
NOTA: Itulah pentingnya menyediakan langkah kecemasan (termasuk siap sedia ada kon merah di atas kenderaan)
EDU = EDUCATION kasi = dedikasi: Blog ini cuba menyuburkan pendidikan positif, dedikasi dalam kehidupan, mengembangkan baiksangka, nilai positif, setiakawan, jaringan sahabat, saling membantu demi kebaikan. Blog ini tidak mengalu-alukan elemen mengumpat, gosip negatif, cerita seks/kelucahan, jenayah/kemungkaran, elemen politik kepartian, judi, pengubahan wang haram, perbincangan agama yang ekstrim atau isu sensitif yang membawa perbalahan, perpecahan, dan apa-apa jua yang negatif
May 31, 2018
May 28, 2018
Konsep Dan Aplikasi MUNASABAH
Berikut adalah ringkasan Konsep dan Aplikasi MUNASABAH.
Aplikasi MUNASABAH amat berguna dalam urusan harian kita, terutama dalam memutuskan sesuatu.
Aplikasi MUNASABAH amat berguna dalam urusan harian kita, terutama dalam memutuskan sesuatu.
May 24, 2018
Jumpa Sahabat Lama: Ramli
Pada petang 15 Mei 2018, saya diketemukan semula dengan sahabat lama, setaman (Taman Wangi, Gua Musang) dan setempat kerja (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan), iaitu sdra Ramli Zulkifli. Beliau berpencen 2 tahun lepas, di mana sebelum berpencen beliau bertugas di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Pertemuan ini bertempat di Coffee Corner, RHR Hotel, Bangi. Kami dapat berkhidmat bersama semasa di Gua Musang mulai tahun 1985 hingga 1990. Selepas itu kami berpisah kerana tugas, dan dapat bertemu semula selepas 28 tahun kemudian. Alhamdulillah...sempat la kami bermaafan...maklum la kita ni dah semakin hampir ke "garisan penamat" kehidupan duniawi....
May 22, 2018
Saksi
Dalam hukum Islam, Juz 3 Al Qur'an telah menerangkan dengan jelas tentang siapakah saksi dan cara persaksiannya:
May 20, 2018
Merpati: Evolusi Kehidupan
Merpati
Berikut evolusi kehidupannya, dari peringkat telor, menetas, membesar, belajar terbang, dan pergi...
Berikut evolusi kehidupannya, dari peringkat telor, menetas, membesar, belajar terbang, dan pergi...
(Gambar diambil pada 25 Mac 2018)
(Merpati datang bertelor)
(Gambar diambil pada 4 April 2018)
(Baru keluar dari telor)
(Gambar diambil pada 10 April 2018)
(Mula keluar bulu hitam kekuningan)
(Gambar diambil pada 29 April 2018)
(Belajar berjalan)
(Gambar diambil pada 30 April 2018)
(Sudah pandai bergerak di sekitar pasu-pasu)
(Gambar diambil pada 5 Mei 2018)
(Dah dapat terbang panjat dan menenggek)
(Gambar diambil pada 7 Mei 2018)
(Mula mengembangkan sayap berlatih kekuatan sayap)
(Gambar diambil pada 8 Mei 2018)
(Mula terbang dekat dan patah balik)
Demi Kelangsungan Hidup
Perhatikanlah dengan mata hati, tentang "kegigihan" sebatang pokok, yang asal benihnya "terdampar" pada satu dinding, dan kemudian ia tumbuh...namun demi kelangsungan hidupnya, akarnya perlu menjulur turun ke tempat yang terdapat "makanan" dan juga demi "memegang teguh" pokoknya daripada tercabut. Saya kira akarnya menjulur panjang melebihi 7 meter...
JIKA POKOK PERLU BERUSAHA DEMI KELANGSUNGAN HIDUPNYA, BAGAIMANA PULA DENGAN KITA, SEBAGAI MANUSIA YANG DIKURNIAKAN ALLAH SWT DENGAN AKAL?
JIKA POKOK PERLU BERUSAHA DEMI KELANGSUNGAN HIDUPNYA, BAGAIMANA PULA DENGAN KITA, SEBAGAI MANUSIA YANG DIKURNIAKAN ALLAH SWT DENGAN AKAL?
Pencuci Mulut?
Pada pagi 26 April 2018, semasa saya bersarapan pagi di Hotel Grand Continental, Langkawi, sekumpulan tetamu hotel berkenaan, dari sebuah negara lain, datang bersarapan bersama. Cara mereka makan ini aneh..makan sambil membawa pinggan dan berjalan mundar mandir, kombinasi makanan yang aneh...dan pelbagai gelagat yang aneh..
Ini salah satunya...Kombinasi tembikai+kacang nipis+limau+cili
Ini salah satunya...Kombinasi tembikai+kacang nipis+limau+cili
TELEKONG...
*TELEKONG*
Menantu
perempuan (nama Ida), orang Kedah, baru pertama kali dibawa balik jumpa
ibu mertua (im) di Kuala Krai, Kelantan. Waktu masuk solat zohor, .....
Ida: Mak, mana telekong?
Im: Jauh, bakpo nyo?
Ida: Nak solat
Im: Solat di rumoh la deh.
Ida: Ya, boleh. Tapi Ida nak telekong
Im:
Anak lelaki: Mak, Ida ni nok telekong tu, maksud dio, dio nok kain kkano...
Im: Alohaiii, ingat ko, Ida nok gi Telekong, dekat Kualo Kre
Ida, im, anak lelaki: 🤣🤣
Subscribe to:
Posts (Atom)