May 24, 2018

Jumpa Sahabat Lama: Ramli

Pada petang 15 Mei 2018, saya diketemukan semula dengan sahabat lama, setaman (Taman Wangi, Gua Musang) dan setempat kerja (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan), iaitu sdra Ramli Zulkifli. Beliau berpencen 2 tahun lepas, di mana sebelum berpencen beliau bertugas di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Pertemuan ini bertempat di Coffee Corner, RHR Hotel, Bangi. Kami dapat berkhidmat bersama semasa di Gua Musang mulai tahun 1985 hingga 1990. Selepas itu kami berpisah kerana tugas, dan dapat bertemu semula selepas 28 tahun kemudian. Alhamdulillah...sempat la kami bermaafan...maklum la kita ni dah semakin hampir ke "garisan penamat" kehidupan duniawi....




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.