Jul 17, 2018

Kemalangan di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur dekat persimpangan Rawang Selatan, jam 12 tengah hari 14 Julai 2018

Berikut disiarkan berita tersebut berdasarkan beberapa sumber. Kredit kepada sumber asal.

Empat maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dan Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 446, Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur dekat persimpangan Rawang Selatan, jam 12 tengah hari tadi. Kemalangan turut membabitkan tiga kenderaan lain model BMW, Toyota Alphard dan Honda City. Nahas di lebuh raya arah utara itu turut mengakibatkan seorang mangsa cedera parah dan tiga lagi mangsa cedera ringan.


Empat maut nahas enam kenderaan
Oleh Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my Sabtu, 14 Julai 2018 | 3:10pm
RAWANG: Empat maut, seorang parah dan tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam buah kenderaan di Kilometer 446, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, enam kenderaan yang terbabit adalah dua kereta, dua kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah treler.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.02 tengah hari.
"Anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Rawang dan BBP Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa yang meninggal dunia adalah dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang menaiki Perodua Alza serta seorang lelaki yang menaiki Toyota Vellfire.
"Sementara yang cedera parah adalah seorang kanak-kanak lelaki penumpang Toyota Vellfire, pemandu treler pula mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan.
Alimaddia berkata dua lagi mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler itu melanggar belakang kereta Nissan Almera di laluan menghala ke utara berhampiran simpang susur Rawang Selatan.
"Treler itu kemudian terbabas memasuki laluan bertentangan dan merempuh tiga kenderaan lain iaitu BMW, Perodua Alza, Toyota Vellfire dan bas.
"Kemalangan itu mengakibatkan pemandu Toyota Vellfire, Noorakhirludin Alam Mohamad Noor, 48, maut serta merta di lokasi kejadian," katanya.
Menurutnya, tiga lagi mangsa yang menaiki Perodua Alza iaitu Nur Fitrah Rosman, Nurbaya Mohd Zaki dan Mohammad Hafiz Shahrul Jefri Din masing-masing berusia 24 tahun turut meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Nahas turut mengakibatkan empat cedera termasuk seorang parah. Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/449004/empat-maut-nahas-enam-kenderaan
















Polis selesai rakam percakapan pemandu treler
AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF
Kosmo Online/ 15 Julai 2018 9:40 PM

KUALA LUMPUR -  Polis selesai merakam percakapan pemandu treler yang terbabit dalam satu kemalangan sehingga meragut empat nyawa selepas dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, anggota polis telah melakukan tangkapan terhadap suspek sejurus dibenarkan keluar dari hospital.
“Kita telah merakam percakapan suspek termasuk melakukan ujian saringan air kencing dan mendapati pemandu berusia 45 tahun tersebut negatif dadah.
“Suspek telah diberi jaminan polis setelah semua prosedur siasatan selesai dan disamping itu, kita akan meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Azman turut memberitahu, seorang penumpang Toyota Vellfire yang terlibat dalam kemalangan tersebut masih berada di hospital untuk menerima rawatan lanjut.
“Sementara jenazah Noorakhirludin Alam Mohamad Noor, 48; Nur Fitrah Rosman, 24; Nurbaya Mohd. Zaki, 24 dan Mohammad Hafiz Shahrul Jefri Din, 24, telah diserahkan kepada waris pada pukul 2 pagi tadi bagi urusan pengebumian,” jelasnya.
Kosmo! hari ini melaporkan, empat maut, seorang parah dan tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 446, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Rawang. - K! ONLINE
http://www.kosmo.com.my/terkini/polis-selesai-rakam-percakapan-pemandu-treler-1.709566


Jul 12, 2018

Fadhilat Solat Subuh dan Isya

Solat Subuh mempunyai banyak kelebihan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berjaya menunaikannya dengan sebaiknya. Disebabkan itu, di dalam sebuah hadith yang sahih dinyatakan bahawa solat Subuh merupakan salah satu solat yang berat untuk dilaksanakan buat orang munafiq. Ini kerana, ia memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi kerana ketika itu manusia baru sahaja bangun daripada tidur mereka. Hal ini disebutkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith:Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ أَثْقَلَ صَلَاةٍ عَلَى الْمُنَافِقِينَ صَلَاةُ الْعِشَاءِ، وَصَلَاةُ الْفَجْرِ، وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا

Maksudnya: “Seseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)]

Tidak dinafikan bahawa solat Subuh mempunyai kelebihan dan ganjarannya yang istimewa bagi sesiapa yang berjaya menunaikannya. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang menunaikannya secara berjemaah. Ini kerana, terdapat hadith lain yang hampir sama dengan riwayat di atas tetapi hadith ini adalah sahih dalam menyatakan ganjaran sesiapa yang solat subuh secara berjemaah. Antaranya adalah: Daripada Uthman bin al-Affan RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah, seumpama dia telah solat separuh daripada malam dan sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, seumpama dia telah solat sepanjang malam.” [Riwayat Muslim (656)]

Jul 11, 2018

Jamuan Hari Raya Di VSK Pada 9 Julai 2018

Berikut rakaman kemeriahan jamuan Hari Raya para penduduk Vila Seri Kenanga (VSK), Batu Uban, Pulau Pinang, yang diadakan pada 9 Julai 2018. Gambar menceritakan banyak perkara...
















Kelebihan Dan Manfaat Solat Dhuha

INILAH KELEBIHAN DAN MANFAATNYA SOLAT DHUHA:
Banyak orang yang belum tahu apa manfaat yang akan mereka rasakan bila rajin solat dhuha. Beruntung sekali anda punya kesempatan membaca tulisan di bawah ini, semoga memjadi pelajaran berharga untuk kita semua. Seperti diungkap oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya _Khasais al-Ummah al-Muhamadiyah_ tentang keutamaannya, penulis membeberkan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT bagi hamba yang menunaikannya lengkap dengan sumber hadisnya.
Pertama
orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan solat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Turmudzi)
Kedua
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).
Ketiga
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. “Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya lapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.” (HR. At-Thabrani).
Keempat
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk surga lewat pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. “Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).
Kelima
Allah menyukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.” (HR. Abu Darda`).
Keenam
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).


Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita kerjakan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat dzuhur.
Sebarkan pula kepada orang lain. Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Jul 5, 2018

Tukar Mozek Bilik Tingkat 16 Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang


Pada pertengahan tahun 2017, saya dapati mozek di salah satu bilik di apartment saya (bilik ini amat jarang dihuni, dan jika pun ada, ia cuma oleh tetamu yang datang bermalam) telah merekah dan membonjol pecah


 Apa yang mengejutkan, rupa-rupanya mozek berkenaaan diletakkan di atas satu lapisan pasir tanah yang dikajatkan. Tiada simen yang digunakan oleh kontraktor yang membina apartment ini. Kerja tipu...


Akhirnya pada 2 dan 3 Julai 2018, saya mengupah 2 pekerja kontraktor untuk tukar mozek salah satu bilik rumah saya di Tingkat 16 Vila Seri Kenanga, Batu Uban, Pulau Pinang. Kos yang saya tanggung adalah RM1500.




Nostalgia Tanah Melayu

Berikut gambar-gambar yang dikirimkan oleh seseorang (kredit kepada pemunya asal gambar) berkaitan sejarah dan nostalgia di Tanah Melayu
















Jul 2, 2018

Aktiviti Subjek EBPT 3103 Project Management

Berikut aktiviti Subjek EBPT 3103 Project Management Open University Malaysia pada 23 Jun 2018:





hadis-hadis yang dipaparkan di pintu gerbang keluar dari Raudhah, Masjid Nabawi

Berikut adalah hadis-hadis yang dipaparkan di pintu gerbang keluar dari Raudhah, Masjid Nabawi, melalui ruang paling hadapan, menghala ke Makam Rasulullah SAW: