Oct 26, 2013

Ayam bakar berempah bermadu

Kadangkala semasa makan ayam bakar di warung, restoran dan lain-lain, rasa sedeaaap jer ayamnya. Resepi tu adalah ayam bakar berempah bermadu. Nak cuba buat sendiri?

Bahan-bahan
Tiga ketul ayam (yer la, nama lagi ayam bakar.. tapi boleh digantikan dengan angsa, itik, puyuh, burung unta dan lain-lain)

Bahan-bahan untuk dikisar halus:
Sedikit halia
Sebatang serai
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Kemudian,
Sesudu besar madu
Sesusu besar santan
Sesudu garam

Caranya:
Perap ayam dengan semua bahan di atas sekitar satu atau dua jam
Kemudian dibakar....



Oct 22, 2013

Tumbang juga akhirnya...

Pada sekitar jam 9 pagi, ahad 20 Oktober 2013, semasa sya memandu masuk ke kampus induk USM di Pualu Pinang, saya terpandang satu pokok besar (yang dikenali "brown heart" atau nama saintifiknya, "andira inermis leguminosae")(yang biasa menjadi tumpuan saya sebab dia besar, nampak gagah, dan agak "bersendirian" daripada jajaran pokok-pokok lain), telah tumbang. Saya memberhentikan kenderaan saya dan memeriksa serta mengambil gambar.



Sedang asyik melihat-lihat untuk menjawab soalan di benak saya, "Kenapa pokoko ni tumbang..", tiba-tiba saya terpandang Abang Mat, tukang kebun yang sedang memandang saya dari arah tebing bukit. Lalu saya ajukan soalan tersebut kepadanya, dan spontan jer dia jawab, "Mungkin ujan lebat sejak dua tiga hari ni kuit, dan tanah jadi lembut..."
Ya la juga, sebab saya lihat pokok ini segar dan tak ada la pula akarnya rosak berpenyakit dan lain-lain.

Begitulah berakhirnya riwayat satu pokok yang gah besar berdiri, namun akhirnya menyembah bumi, hanya kerana tanah yang menyokong akarnya telah tidak lagi dapat bertahan.

Begitulah juga kita...
Rasa gah, memang nampak gah, hebat, kaya, rasa diri berilmu tinggi, disanjung orang, digeruni orang, semuanya tidak akan bertahan. Jika Allah telah menghendaki kita jatuh, maka kita akan jatuh juga, walaupun atas sebab yang amat kecil, yang tak terlintas pun difikiran kita.
Jadi, kenapa perlu bersifat dan bersikap riak, ajib dan sombong pada diri dan orang? Itu soalan untuk diri saya sendiri sebagai "peringatan" bertapa kerdilnya saya (dan kita semua).

KITA JUGA AKAN "TUMBANG" satu hari nanti.
ITU ADALAH YANG PASTI AKAN BERLAKU...

Oct 16, 2013

Suasana Di Tempat Kurban

Berikut adalah suasana di temapt pelaksanaan aktiviti kurban di Taman Wangi, Gua Musang, Kelantan pada pagi 15 Oktober 2013. Perhatikan aktiviti berjual-beli bahagian lembu, diikuti gotong-royong melaksanakan penyembelihan, dan diakhiri bergotong-royong melapah dan mengagehkn daging kurban...







Oct 13, 2013

"Ngantuk Hati-hati"...

Pada 12 Oktober 2013, anak bungsu saya menunjukkan label pada sebotol ubat yang baru dia dapat dari sebuah Klinik persendirian di sebuah bandar...
Ni label pada botol tersebut:

Labelnya tertulis, "BOLEH MENGANTUK HATI-HATI".
He he he...
Yang menjadi mengantuk tu adalah hati-hati?
Atau
Boleh mengantuk, jadi minumlah ubat tu berhati-hati?
Atau
Boleh mengantuk, jadi kalau nak mengendalikan mesyin, jentera, memandu, menoreh, kenalah berhati-hati....